Novelmelayu Stories

Refine by tag:
novelmelayu
WpAddcinta
WpAddmelayu
WpAddkaryaseni
WpAddnovel
WpAddnovelcinta
WpAddmalay
WpAddnovelfiksyen
WpAddromance
WpAddromantik
WpAddpenulisan2u
WpAddmalaynovel
WpAddmalaysia
WpAddnovelmurah
WpAddnovelterbaik
WpAddnovelbest
WpAddsweet
WpAdddearnovels
WpAddceritamelayu
WpAddlovestory
novelmelayu
WpAddcinta
WpAddmelayu
WpAddkaryaseni
WpAddnovel
WpAddnovelcinta
WpAddmalay
WpAddnovelfiksyen
WpAddromance
WpAddromantik
WpAddpenulisan2u
WpAddmalaynovel
WpAddmalaysia
WpAddnovelmurah
WpAddnovelterbaik
WpAddnovelbest
WpAddsweet
WpAdddearnovels
WpAddceritamelayu
WpAddlovestory

369 Stories

  • Dear Crush, With Love by zaida_sh
    zaida_sh
    • WpView
      Reads 121
    • WpPart
      Parts 19
    Dear Crush, With Love Some feelings don't need to be loud-they only need to be felt. She was just another name among the many who quietly replied to his stories. A stranger who admired his world from afar. A woman he noticed... only when it was already too late. Before he could reach out, she disappeared without a trace. Years passed. Life broke them in different ways. She learned to survive. He learned how to live with loss. Until fate crossed their paths again- not through a screen this time, but in the heart of London. She wanted to keep her distance. He wasn't about to lose her twice. Between quiet conversations, unspoken feelings, and a little boy who unknowingly became the bridge between them, two wounded hearts slowly discovered that love doesn't always arrive with grand confessions. Sometimes... it arrives as a quiet presence that chooses to stay. A heartwarming story about healing, second chances, found family, and the kind of love that patiently waits for the right time. Because perhaps... the greatest love stories aren't the ones that begin with "I love you." They're the ones that end with, "I'm just glad we met at all." - Zaida Sh.
  • π“π‘πž π‹πšπ¬π­ π‹π¨π―πžπŸ–€ by CameliaBatrisyix
    CameliaBatrisyix
    • WpView
      Reads 324,265
    • WpPart
      Parts 80
    Luthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti Maya Darena, seorang anak tunggal yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara dan kanser ovari. Dato' Johari, iaitu ayah kandung Maya telah melafazkan talak disaat ibu Maya sedang nazak bertarung dengan maut. Dato' Johari juga langsung tidak pedulikan Maya setelah kematian isterinya. Malahan Dato' Johari terus berkahwin dengan seorang wanita yang dia cintai "Kau bukan anak aku! Kalau kau keluar daripada rumah ni pun, aku tak kisah lah!" - Dato Johari Sakit? Ya, teramat! Hanya Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan Maya ketika itu, ayah yang sepatutnya menjadi tempat untuk berlindung. Telah membuangnya tanpa hati perut disaat Maya baru saja berumur 16 tahun "Maya janji dengan papa yang Maya tak akan muncul lagi dalam hidup papa! I hate you!" - Maya Darena Tragis bukan? Bukan saja masalah keluarga, tetapi Maya juga diuji dengan masalah percintaan. Dia dicurangi oleh Luqman Rayyan, seorang lelaki yang kacak, kaya dan diminati oleh ramai gadis di universitinya Rayyan menduakan Maya tanpa Maya sedari, namun kuasa Allah. Dalam sekelip mata saja Allah membuka mata si gadis "Jangan salah faham, awak salah dengar tu!" - Luqman Rayyan "Salah dengar? Apa yang awak maksudkan salah dengar?! Awak nak cakap yang tu suara kucing ke, macam tu?!" - Maya Darena "Yes! Tu suara kucing, awak tahu kan saya ada kucing betina?" - Luqman Rayyan Tergamam? Sudah tentu! Alasan yang langsung tidak logik di akal! Namun kehadiran seorang lelaki yang bernama Luthfan Darren telah menjadi penawar untuk kisah pahit Maya, setelah mengenali lelaki itu. Maya berasa lebih selamat, tapi sayangnya. Kisah diantara Maya dan Darren akan berakhir apabila Maya mengetahui yang Darren sudah berkahwin, malahan lelaki itu sudah mempunyai seorang anak perempuan "Being cheated on is painful, isn't it?" - Maya Darena "I'm sorry for everything, Maya" - Luthfan Darren ~ The Last Love ~
  • Single Terlalu Lama! by karyaseni2u
    karyaseni2u
    • WpView
      Reads 31,761
    • WpPart
      Parts 16
    Tajuk: Single Terlalu Lama! Penulis: PyNat Mouri Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2321-12-5 Harga: RM 28.00 (Semenanjung) // RM 31.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : November 2019
  • MISS FORENSIC, CAN YOU HELP ME? (OG) by ATIKAH_ANUAR
    ATIKAH_ANUAR
    • WpView
      Reads 569
    • WpPart
      Parts 35
    ~Don't Trust Anyone~ "Aku tak boleh mati." Itulah ayat terakhir sebelum Zayril Naufal kehilangan nyawanya. Seorang ahli toksikologi yang dibunuh secara misteri. Namun selepas kematiannya, dia kembali... bukan untuk mencari kehidupan yang telah hilang, tetapi untuk mencari siapa yang bertanggungjawab meragut nyawanya. Dan satu-satunya orang yang mampu melihatnya ialah... Nayla Inara. Seorang pakar forensik yang hanya percaya pada bukti, fakta dan logik. Bagi Nayla, perkara ghaib hanyalah sesuatu yang tidak mempunyai tempat dalam dunia sebenar. Sehinggalah Zayril muncul dalam hidupnya. Meminta bantuan. Menuntut jawapan. Dan enggan pergi walaupun berkali-kali ditolak. "Aku takkan pergi selagi kau tak tolong aku." - ZAYRIL Namun sejak kehadiran Zayril, satu demi satu kematian misteri mula berlaku. Adakah semuanya hanya kebetulan? Atau ada seseorang yang sedang menyusun setiap kejadian dari balik bayang-bayang? Semakin Nayla menyiasat, semakin banyak petunjuk aneh muncul. Petunjuk yang mula mengaburkan batas antara logik dan realiti. Dan semakin hampir dia menemui kebenaran... Semakin dia sedar bahawa kematian Zayril bukan sekadar sebuah pembunuhan biasa. Ada rahsia yang sengaja disembunyikan. Ada seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kebenaran terus terkubur. "Kalau kau tahu siapa aku... kau akan benci aku, Nayla." - ZAYRIL Siapakah sebenarnya Zayril? Mengapa hanya Nayla yang mampu melihatnya? Dan apakah kematian Zayril mempunyai kaitan dengan rahsia besar yang selama ini tersembunyi? Kerana dalam permainan ini... Don't trust anyone. Genre: TRILLER+ROMANCE COMEDY Thank you kepada semua yang sudi membaca. Semoga korang suka dengan perjalanan cerita ini. ❀️ Started on: 8 June 2026 End: ***********
  • Watched by nurulatiqh_
    nurulatiqh_
    • WpView
      Reads 51
    • WpPart
      Parts 4
    Chloe Harper sudah biasa menjadi perhatian. Hadiah, nota cinta di lokar dan pemberian diterima tanpa henti daripada mereka yang meminatinya. Sehinggalah satu hadiah tanpa nama terasa terlalu peribadi. Seperti ada yang mengenalinya lebih daripada yang sepatutnya. Kemunculan jiran baharu di rumah sebelah pula menarik perhatian Chloe. Auranya tenang dan bersahaja, membuatkan Chloe berasa tidak dikejar buat pertama kali. Namun satu kejadian membuatkan rasa ingin tahu Chloe mengatasi batas. Dengan beberapa klik, dia berjaya mengakses kamera litar tertutup rumah jirannya. Namun apabila giliran dirinya pula menjadi pemerhati, adakah dia benar-benar tahu siapa yang sedang dilihatnya? Apabila pemerhati pula diperhati... kau fikir kau tahu siapa yang kau lihat? Kehadiran Lucas Grayson, jiran baharu yang tenang, sukar dibaca, dan penuh misteri, mula menarik perhatian Chloe. Namun semakin dia mengenalinya, semakin banyak persoalan mula muncul. Chloe mula menyedari bahawa tidak semua perhatian datang dengan niat yang baik. Kerana ada seseorang yang melihat lebih daripada apa yang ditunjukkan. Apabila kebenaran mula terbongkar, satu persoalan kekal. Kau fikir kau tahu siapa yang kau lihat?
  • Kapten Zuhayr Ahnaf : Selama Aku Ada by asmanizadin
    asmanizadin
    • WpView
      Reads 104
    • WpPart
      Parts 9
    Dia pulang membawa jasad yang bernyawa, tetapi jiwanya tertinggal di medan perang. Bagi Kapten Zuhayr Ahnaf, memori berdarah di Sektor Alpha bukan sekadar mimpi ngeri. Bayang-bayang itu masih menghantuinya. Zuhayr menyangka dia mampu terus hidup dengan luka yang dipendam. Namun, kemunculan Dr. Eshal Ayana mula mengubah segalanya. Mampukah Zuhayr melepaskan belenggu trauma masa lalu demi sebuah kebahagiaan yang abadi?
  • Ingkar Dari Setia by asmanizadin
    asmanizadin
    • WpView
      Reads 101
    • WpPart
      Parts 4
    Nuha Eryna tidak pernah menyangka bahawa perkahwinan yang dibina atas dasar cinta bersama Ilham Wafiy akan berakhir dengan pengkhianatan yang merobek hatinya. Kehadiran Seroja Airis memusnahkan kepercayaan yang selama ini digenggam erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya, Nuha merasai luka yang paling dalam. Tidak berdarah, namun cukup tajam untuk melumpuhkan seluruh jiwanya. Dunia yang dahulu penuh warna kini kelam dan sepi. Dalam runtuhan rumah tangga yang hancur, dia cuba berdiri sendiri. Di tengah kekosongan itu, Hud Rafael hadir sebagai nafas tenang. Bukan untuk menggantikan sesiapa, tetapi untuk mengingatkannya bahawa dia masih layak untuk bahagia. Saat setia dikhianati, mampukah Nuha belajar melepaskan... dan memilih dirinya sendiri untuk kembali bahagia?
  • LUNA by NORAISHAHGHAZALI3
    NORAISHAHGHAZALI3
    • WpView
      Reads 11
    • WpPart
      Parts 4
    LUNA mengisahkan misi menyelamatkan Arman yang membawa Badri kembali berdepan dengan Tony, musuh lama yang masih menyimpan dendam terhadapnya. Namun perjalanan Badri bersama Luna tidak semudah yang disangka apabila mereka berdepan bahaya tersembunyi di pulau itu. Siapakah Luna hingga Badri begitu tulus menerimanya? Bukan Isteri. Bukan juga Adik melainkan seekor Husky. Dalam satu malam yang penuh ketegangan, kesetiaan, kemarahan dan dendam bertembung sehingga menentukan segalanya. Apabila keadaan bertukar menjadi pertempuran hidup dan mati, Badri sedar bahawa bukan semua musuh memakai wajah manusia. Kadangkala, yang paling setia bukan manusia yang dikurniakan akal... tetapi makhluk yang tidak pernah tahu erti berkhianat. Kisah ini menceritakan perjalanan Luna yang tersesat dan Badri yang rela bekorban untuk membantu Luna bertemu keluarganya kembali.
  • Hanya Mimpi by Vanessawrites7
    Vanessawrites7
    • WpView
      Reads 26
    • WpPart
      Parts 2
    Laila mempunyai segala yang diimpikan oleh setiap wanita. Seorang suami yang mencintainya sepenuh hati. Seorang lelaki yang sentiasa berada di sisinya dalam setiap suka dan duka, yang tidak pernah gagal membuatnya tersenyum walaupun pada hari-hari yang paling sukar. Dia juga dikurniakan sepasang anak kembar yang menjadi penyeri hidupnya. Gelak tawa mereka memenuhi setiap sudut rumah, menjadikan setiap hari terasa lebih bermakna. Walaupun hidup mereka tidak sempurna, Laila tidak pernah meminta lebih daripada apa yang dimilikinya. Dan sebuah keluarga yang tidak akan ditukarnya dengan apa pun di dunia ini. Namun sebuah kemalangan telah meragut semuanya. Apabila Laila membuka mata semula, dunia yang dikenalinya sudah tidak lagi sama. Orang di sekelilingnya mengatakan bahawa dia telah koma selama setahun. Lebih mengejutkan, tiada seorang pun mengenali suami dan anak-anak yang selama ini hidup bersamanya. Seolah-olah mereka tidak pernah wujud. Tetapi bagaimana mungkin mereka hanya mimpi... sedangkan setiap kenangan, setiap sentuhan, dan setiap pelukan masih terasa begitu nyata? Jika itu semua hanyalah mimpi, Kenapa hatinya masih merindui mereka?
  • Rating 1 Bintang by asmanizadin
    asmanizadin
    • WpView
      Reads 6
    • WpPart
      Parts 1
    Satu bintang daripada @FoodHunter ibarat hukuman mati. Bagi Ziyad, itulah permulaan sebuah perang. Siang hari, Adelia ialah seorang eksekutif pemasaran. Menjelang malam pula, dia bertukar identiti menjadi @FoodHunter, pengulas makanan yang paling digeruni pengusaha kafe di sekitar Kuala Lumpur. Apabila dihidangkan burger dengan daging rentung dan kentang goreng yang lembik di gerai Burger Da Bomb, Adelia tanpa ragu-ragu memberikan ulasan satu bintang. Bagi Ziyad, pemilik Burger Da Bomb, ulasan tersebut ibarat menabur garam pada luka. Sudahlah fikirannya kusut menguruskan abah yang tiba-tiba dimasukkan ke unit kecemasan, dia dituduh pula mengabaikan kualiti makanan. Hilang sabar, Ziyad membalas ulasan itu sehingga tercetus perang kata-kata yang menggegarkan media sosial. Tanpa mengetahui identiti sebenar masing-masing, Adelia dan Ziyad kerap bertemu di sebuah dobi layan diri. Ditemani deruman mesin basuh, dua insan asing itu mula berkongsi cerita, penat lelah dan impian hidup. Ziyad mula terpikat pada gadis yang saban minggu ditemuinya dengan novel di tangan, manakala hati Adelia perlahan-lahan terpaut pada ketabahan lelaki itu. Namun, bangkai gajah mana boleh ditutup dengan nyiru. Apabila apron Burger Da Bomb dan identiti @FoodHunter akhirnya terbongkar, hubungan yang baru berputik terus retak. Keadaan bertukar tegang dalam sekelip mata. Mampukah Adelia menebus kesilapannya? Bersediakah Ziyad memaafkan musuh internetnya demi sebuah rasa yang tidak mampu dinilai dengan bintang?
  • Derita Arabella by dergadiesz
    dergadiesz
    • WpView
      Reads 16
    • WpPart
      Parts 18
    PENGENALAN WATAK DERITA ARABELLA!! Arabella Binti Mad Zain ( Bella ) Anak kedua keluarga. Gadis lembut, penyabar, kuat bekerja. Siang bekerja di pejabat, malam bekerja part time di 7-Eleven untuk membantu keluarga. Arep Zuhair ( Arep ) Abang Bella. Anak sulung yang sering menjadi kebanggaan keluarga. Sayang keluarga tetapi sering tidak sedar pengorbanan adiknya. Zulaikha ( Ika ) Adik perempuan Bella. Manja tetapi sebenarnya menyayangi Bella. Zul Afieq ( Afieq ) Adik lelaki Bella. Banyak bergantung kepada Bella sejak kecil. Amizah Binti Gahar ( Umi ) Ibu Bella. Sayang keluarga tetapi terlalu memberi perhatian kepada anak-anak lain hingga sering terlepas pandang Bella. Mad Zain Bin Bahran ( Ayah ) Ayah Bella. Tegas dan keras dalam mendidik, namun tidak sedar kata-katanya sering melukakan hati Bella. Ayra Qisteena Binti Johan ( Ayra ) Kawan baik Bella sejak zaman sekolah. Orang yang paling memahami kesunyian Bella. Naura Mikayla Binti Ahmad Nazri ( Naura ) Sahabat Bella yang sentiasa menjadi tempat Bella meluahkan perasaan. Qays Nashril Bin Mohd Talha ( Qays ) Lelaki yang menyukai Bella. Satu-satunya orang yang nampak nilai Bella sejak awal.
  • MR. AND MRS. HOT by MisaMelayu
    MisaMelayu
    • WpView
      Reads 1,693
    • WpPart
      Parts 2
    SINOPSIS Kerana misinya, Wafa sanggup menyamar sebagai kakak kembarnya, Widad. Wafa bekerja di sebuah butik pengantin milik Tuan Eilmi Zahrin. Hidupnya jadi huru-hara kerana walaupun menyamar, namun sikapnya kekal sebagai dirinya sendiri hingga tular digelar Mr. & Mrs. Hot. "I'm talking to you, Cik Widad!" Nada itu naik lagi setingkat. Wafa tersentak. "Saya minta maaf. Saya tahu saya salah. Saya janji, saya akan jaga mulut saya selepas ni." "Maaf? Awak ingat senang saya nak maafkan awak? Bak sini telefon awak!" "017-2829127." "Apa tu?" "Nombor telefon saya." "Eh, jangan perasanlah. Saya nak telefon bimbit awak, bukannya nombor telefon!" WAFA akur, mengundur diri dari butik dan beri laluan kepada Widad. Namun dua beradik itu saling bekerjasama dalam apa jua perkara walaupun Tuan Eilmi akhirnya menjadi tunangan Widad. "Cincin berlian Widad..." Wafa terdiam. Dia tidak dapat meneruskan kata-kata bila nama Widad terpacul di mulutnya tanpa sengaja. Eilmi memegang tangan 'Widad'. Jelas, cincin berlian yang diberikannya tiada di jari itu. T-shirt putih ditanggal dan dia terjun semula ke dalam kolam renang. Tidak lama kemudian, dia muncul di permukaan kolam. "Tak ada!" Wafa terpempan. Resah. Dia bimbang kalau Widad berfikir dia sengaja sorokkan cincin itu kerana cemburu. Dia takut dengan prasangka Widad yang itu. Air mata Wafa sudah bertakung malah menitik laju. "Sayang, saya gurau je la." Di tangan Eilmi ada kilauan permata yang bersinar. "Suka tahu buat orang menangis," marah Wafa seraya memukul manja lengan lelaki itu. Spontan tindakannya hingga gamam tatkala Eilmi menyapu air matanya yang jatuh. "I'm sorry," pinta Eilmi lembut seraya menarik bahu 'Widad' rapat ke dada. APA akan jadi selepas Widad menghilangkan diri saat akhir di majlis perkahwinannya dengan Eilmi? "Awak sangat licik, Wafa. Di Cherating tu, awak atau Widad, Wafa?" - Tuan Eilmi. "Saya tahu saya salah kerana menyamar sebagai Widad tapi saya tak pernah merancang untuk jadi isteri awak." - Wafa
  •  ||MAIRIEZ|| She's With Me by IsabellaNajwa_
    IsabellaNajwa_
    • WpView
      Reads 8,322
    • WpPart
      Parts 26
    WARNING: some cliche things may happen as I'm a sucker for those. You have been warned. Also, please keep in mind that i wrote this when i was 16 "Maisarah tu cucu pengasas sekolah kita tau! Plus, dia tu ramai geng.." "Aku tahu tu, so?" "So..kau dah cari pasal dengan dia tu. Kang dia susah kan kau kang,satu hal.." "Aku tak takut dengan minah tu, kau jangan risau- -Iagipun kan.. she seems... nice"
  • Meant To Be❀️ by sdrhdyni
    sdrhdyni
    • WpView
      Reads 11,674
    • WpPart
      Parts 13
    Meant To Be❀️
  • Aku Bukan Untukmu.... by miszmeen
    miszmeen
    • WpView
      Reads 1,622
    • WpPart
      Parts 1
  • Still Loving by luvyshun
    luvyshun
    • WpView
      Reads 16
    • WpPart
      Parts 1
    "Alyn Tasneem binti Muhd Rusydin!" "Muhd Rusydan Bin Muhammad Malek!" -lulus temu duga dengannya.Hanya mengenali dia sebagai rakan sekerja,rakan semeja.Tapi selepas pergaduhan yang berlaku di hadapan mata mereka mula rapat dan menjaga sesama sendiri.Alyn mahu mengetahui lebih banyak pasal Syahdan tetapi dia keras menghalangnya.Walaupun banyak rahsia belum dirungkai,dia tetap jatuh hati kepadanya. "Syah,aku nk tau lebih banyak pasal kau,boleh?" "Aku rasa baik tak.Aku takut lepas aku bagitau...kau mungkin akan menjauh dari aku." "Kalau aku tersuka?" "lepas aku bagitau tu kau akan jijik dengan aku sabun." "Yela sardin oi" "Asal kau 'sardin'kan aku?" "dah kau 'sabun'kan aku,siap tiru nama bapak aku lagi." bermulalah kisah mereka....merungkai segala cerita yang dipendam.
  • Please Stay by ariannanur
    ariannanur
    • WpView
      Reads 884
    • WpPart
      Parts 13
    Sarah, A girl that has been disappeared with no connection attached to her family nor friends for years. Nobody knows where she has gone to or who is she with. And now she's back in town. Hayden thought she would be back for good. He thought wrong. She's back just for a while. A ninja, that would be the best word to describe her. Sneak in and out of the city without anyone knowing. The time they have been spending together left him with a deep weird feeling in his heart. He needs to find her and convince her to stay with him forever. Will the girl who can't stay in one place stay with him? Or would he even found her? γ€ŠThis book (?) is not meant for grammar nazi》
  • HIDUP by shunjae
    shunjae
    • WpView
      Reads 58
    • WpPart
      Parts 3
    Kenapa hidup ni lebih banyak duka daripada suka? Kenapa manusia suka menilai seseorang dengan melihat luarannya? Kenapa hidup ni tak adil sebab ambil dua orang yang aku sayang dengan begitu cepat? Kenapa manusia suka buat andaian yang bukan-bukan tanpa berfikir?
  • Alicia Catrine by erinaruby
    erinaruby
    • WpView
      Reads 11
    • WpPart
      Parts 1
    "Rin tak nak kahwin dengan dia mama....." - Alicia Catrine. Seorang gadis dijodohkan oleh keluarga mereka kerana keluarga mereka memiliki hutang yang banyak sehingga mereka terpaksa mengjodohkan anak bongsu perempuan mereka satu-satunya dengan seorang pemuda yang terkenal dan kaya-raya. "How am i supposed to live without you Alicia Catrine" - Tengku Daniel Harry. "Abang carilah perempuan yang boleh jaga abang yang lebih baik daripada Rin....." - Alicia Catrine. All rights reserved to Erinaruby
  • Kau Yang Hilang by tiraminkei
    tiraminkei
    • WpView
      Reads 2,233
    • WpPart
      Parts 59
    Ishioka Daiki sudah lama mengekori seorang gadis Melayu yang menyebabkannya jatuh hati. Hatinya berbunga-bunga keriangan setelah gadis itu bertindak menegurnya pula! Hubungan atas dasar pensyarah-pelajar kemudian berkembang menjadi kawan lelaki-perempuan setelah Daiki mengetahui ibunya, Ishioka Yuko, mahu mengahwinkannya dengan kenalan wanita tersebut. Demi menentang rancangan ibunya, dia merapati gadis idamannya yang bernama Akira, tetapi dia belum cukup berani untuk mendedahkan identitinya kepada Yuko. Ishioka Daiki tidak dapat menerima kenyataan bahawa Yuko sebenarnya mahu memadankan Akira dengan Daiki. Yuko juga tertarik dengan peribadi Akira yang berbeza padanya. Tidak ingin membiarkan hubungan mereka di tahap kawan lelaki-perempuan, keluarga Ishioka berkeputusan untuk menyatukan Daiki dan Akira menjadi pasangan suami isteri yang sah. Bapa Akira, Salman meletakkan syarat kepada Daiki untuk mempelajari ilmu agama Islam sebelum meminang semula Akira. Dalam tempoh pembelajarannya itu, Salman mahu Akira menghabiskan pengajiannya di Jepun. Keluarga Ishioka bersetuju dengan syarat, Daiki tidak mahu berjumpa dengan Akira selama tempoh itu berlangsung. Akira, gadis yang setia menunggu Daiki, diuji pula dengan kehadiran Ishida Yuto, seorang pelakon yang sedang menaik namanya. Yuto sentiasa cuba mengejar cinta Akira tetapi Akira enggan menerimanya kerana dia mempercayai Daiki. Dia tidak tahu kebenaran bahawa Ishida Yuto ialah Ishioka Yuya, adik kandung Daiki yang menyamar untuk mengintip aktiviti harian Akira bagi pihak abangnya. Kalau dah namanya jodoh tak ke mana. Ishida Yuto menemukan Akira dan Daiki. Ternyata syarat yang diletakkan oleh Salman berjaya dipenuhi. Bagaimana?