Cikyam0603
Pada suatu pagi Jumaat, saya bermimpi berada di Masjid Bunohan. Di sebalik ketenangan rumah Allah, hati saya dipenuhi rasa malu, gelisah dan kekeliruan. Saya tersalah berniat solat, hilang fokus ketika khutbah, dan terjaga dengan pelbagai persoalan yang masih belum terjawab.
Adakah ia sekadar bunga tidur, atau sebuah teguran yang halus daripada-Nya?
Sebuah catatan baharu daripada Diari Mimpi Cikyam 🌙, menghimpunkan mimpi-mimpi yang pernah hadir dalam hidup saya, ditulis semula sebagai kenangan dan renungan.