jeterdelamae
Part of Algarash Royal Series.
Putera Ketiga Algarash.
Di seluruh kerajaan, Eimir dikenali sebagai Royal's Sweetheart.
Putera yang terlalu mesra sampai kadang-kadang pengawal istana sendiri pening nak kejar dia yang suka hilang sebab sertai aktiviti rakyat.
Dari pertandingan tarik tali sampai memasak di dapur komuniti, Eimir memang tak pernah gagal mencuri perhatian... dan juga buat keadaan jadi sedikit kecoh.
Kali ini, dia menyertai kelas memasak mingguan, bukan sekadar untuk belajar, tapi sebagai sebahagian daripada projek diraja untuk memahami makanan rakyat.
Malangnya... bakat memasaknya boleh dikatakan tragik.
Garam jadi gula. Sup jadi terlalu masin. Dan sekali hampir membakar dapur.
Di tengah kekalutan itu, ada seorang gadis yang sentiasa cuba mengelak daripada kekecohan tersebut.
Arissa.
Dia pendiam, pemalu, dan kalau boleh-nak jadi halimunan saja dalam kelas. Tapi malangnya, dia selalu tersangkut dengan Eimir. Sebab apa? Sebab Eimir selalu pilih dia sebagai partner memasak.
Walaupun tahu dia tahu Eimir itu putera, Arissa langsung tak tahu nak layan Eimir yang terlalu santai, yang boleh tiba-tiba tanya soalan pelik... atau senyum padanya seolah-olah mereka sudah lama kenal.
Pada awalnya, Arissa hanya bertahan... betulkan kesilapan, elak pandang, jawab sepatah dua. Tapi lama-lama... dia mula terbiasa.
Dan Eimir juga mula berubah. Dari sekadar mengusik, kepada seseorang yang mula menunggu setiap reaksi kecil Arissa, senyuman yang jarang muncul, suara perlahan, dan kebaikan yang dia sembunyikan.
Mereka berubah menjadi teman.
Memasak bersama.
Ketawa bersama.
Dan tanpa sedar... mula menyimpan perasaan yang sama.
Namun satu perkara tetap tak berubah, Eimir ialah putera. Dan Arissa masih gadis yang tak pernah rasa dia layak berada di sisinya.
Tapi mungkin, di antara kekacauan dapur dan resipi yang selalu gagal, mereka akan belajar sesuatu yang tak pernah diajar...
Iaitu cara untuk jatuh cinta.
© 2026
By delamae