Langtera
Cahaya yang datang tak sentiasa kekal. Ada kala ia untuk sementara, ada kala ia juga hadir buat selamanya.
Bagaimana pula dengan dua jiwa yang bertemu secara kebetulan? Adakah mereka hanya bertemu kerana takdir yang sementara... atau ketentuan buat selamanya?
Raqif Huznain seorang yang tenang, namun sedikit tegas. Senyumannya membawa ketenang buat orang-orang di sekelilingnya. Tetapi di sebalik senyuman itu, tersimpan luka lama yang tak pernah sembuh. Tujuan hidupnya hanya satu, menjaga orang terdekatnya sehingga akhir hayat.
Sifat cerianya membuat orang-orang di sekitarnya tersenyum bahagia. Yalefa Lumira, seorang yang periang dan penyayang. Hidupnya bahagia walaupun sederhana. Namun kesibukan ibunya membuat dia kesepian. Adakah dia dapat menghilangkan kesunyian itu?
"Sampai satu masa nanti, kita akan berjumpa lagi."
"Jaga diri, abang.."
Namun.. adakah mereka akan bahagia bersama buat selamanya? Apakah yang terjadi? Bagaimanakah pengakhiran mereka?
100% fresh dari otak sendiri, no plagiarism, banyak kesalahan dari segi tatabahasa, kalau tak suka tak perlu baca.