luneasha
"Boleh tak, buat masa sekarang, kita jadi kawan?" -Fareeha Aralyn
Atas kehendak keluarga, mereka disatukan bukan kerana cinta, tetapi kerana tanggungjawab dan sebuah harapan.
Hubungan mereka tidak lahir dari janji-janji manis atau kata-kata indah. Ia tumbuh dalam senyap, dalam hal-hal kecil yang tidak dirancang, dalam diam yang tidak terasa janggal, dan dalam masa yang mengalir perlahan tanpa paksaan.
"Kawan pun tak apa. Bahagia awak, cukuplah jadi sebab untuk saya terus tersenyum." -Thaqif Aqashah
Dan apabila tiba satu hari yang dipilih takdir, mereka tidak memintanya untuk dimiliki. Mereka hanya menerimanya, agar dua hati sempat untuk saling jujur, walau sedar, tidak semua yang datang itu akan kekal tinggal selamanya.
"Terima kasih sebab sudi sayang saya, walau hanya satu hari. Lepas ni, awak dah tak perlu sayang saya lagi." -Thaqif Aqashah
"Sampai jumpa, bila kita ditakdirkan semula." -Thaqif Aqashah
mula: 2/1/26
tamat: ?