AshyikinHelvins
Aloya Shefrin~
Model terkenal, hot, dan penuh keyakinan. Tapi ada satu masalah besar... dia langsung tak pandai bahasa Inggeris.
Impian jadi model antarabangsa? Kuburkan saja.
Orang ejek dia bodoh? Lantaklah. Hidup mesti terus. Hidup mesti fun.
Tapi segalanya berubah bila dia terserempak dengan Halil Qausar, lelaki serius, dingin, dan penuh rahsia.
Aloya cuma nak minta nombor telefon, tapi jawapan Halil hampir buat dia pitam.
"Nak minta nombor telefon awak boleh?"
- Aloya Shefrin
"Boleh, tapi ada bayaran. Satu digit nombor harga dua ribu. Nombor telefon aku ada 11 digit, jadi kau kena bayar aku 22 ribu."
- Halil Qausar
"Ahh melampau!"
- Aloya Shefrin
"Kalau melampau, sila berambus."
- Halil Qausar
Tersentap? Memang. Tapi itu tak halang Aloya untuk terus kejar misi peribadinya. Buat bekas kekasihnya Hendry, menyesal seumur hidup.
Rancangannya? Gunakan Halil sebagai 'kekasih gelap sementara'. Plot revenge yang konon-konon genius.
Tapi masalah muncul bila hati sendiri mula goyah.
Halil tak sama macam lelaki lain. Lelaki itu kasar, direct, dan langsung tak pandai memujuk. Tapi kenapa Aloya makin terjatuh?
Dan bila kita jatuh cinta...
Segalanya tak lagi dalam kawalan.