Langtera
Dahulu kala, Langkadewa, kerajaan yang pernah berkuasa kini hanya tinggal legenda.
Mufasa Indera dan Rufasa Purnama, pewaris kembar yang akan menerusi legasi Langkadewa. Namun, oleh dek kerana Mufasa Indera tidak mampu lagi meneruskan pemerintahannya, Rufasa lah yang harus menggantikan tempatnya.
Bagaimana Rufasa yang tidak berpengalaman dan tidak cukup pengetahuan itu akan menjadi seorang raja yang agung? Rakyatnya saja tidak mempercayai kebolehannya, apatah lagi kerajaan luar.
"Kau perlu berkahwin, Purnama. Aku tak boleh meneruskan pemerintahan." - Mufasa -
"Tapi aku tiada calon.." - Rufasa -
"Aku sudah siapkan calon untukmu, adikku. Aku pasti, orang suruhan aku mesti mencari calon yang setara." - Mufasa -
Arahan abang kembarnya itu membuat Rufasa merasa sedikit ragu. Mengapa bukan Mufasa saja yang berkahwin? Mengapa pula dia yang harus mempunyai permaisuri terlebih dahulu?
"Maaf, aku tak bersetuju untuk berkahwin dengan Adika. Aku tertarik dengan kakaknya, Anggun." - Rufasa -
"Anggun? Tapi dia tak berkebolehan untuk bantu kau memerintah. Rakyat dia pun tak menyokong kedudukan takhtanya." - Mufasa -
"Ini perkahwinan aku, sudah pasti aku lah yang berhak memilih siapa yang akan menjadi permaisuri aku." - Rufasa -
Perkahwinan dengan seorang puteri agung yang tak dijangka. Calon sepatutnya yang sudah dirancang untuk bersama Rufasa, namun Rufasa menolak untuk menerima.
Anggun? Siapakah gerangan si dia? Mengapa Rufasa mahu jadikan dia sebagai permaisuri? Mengapa tidak berkahwin dengan adiknya, Adika, sahaja?
"Kau tak rasa jijik dengan aku ke? Aku bukanlah pewaris yang sempurna untuk dijadikan isteri." - Anggun -
"Jikalau pokok boleh tumbuh seindah daunnya, mengapa Jemala tidak?" - Rufasa -
Tidak disangka perkahwinan yang awalnya bertujuan politik, mengulit cinta dalam hati yang keras.
Tetapi.. satu rahsia terungkap membuatkan Rufasa bingung. Pilihan yang dia ada amat sulit untuk dia putuskan.
Bagaimanakah pengakhiran Langkadewa selepas ini?