alyshadreams
Layla Elvina pernah jadi bahan gelak.
Dulu, dia hanya gadis biasa yang belajar untuk bertahan-dengan senyuman yang dipaksa, dan hati yang perlahan-lahan kebal dengan kata-kata orang.
Dan Fariz Hakim?
Dia bukan yang paling kejam.
Tapi dia juga bukan yang berhenti.
Beberapa tahun kemudian, dunia berubah.
Layla Elvina bukan lagi gadis yang sama.
Dia kini berdiri di bawah cahaya lampu, menjadi wajah utama kempen-dipandang dengan kagum, bukan lagi dengan hina.
Dan Fariz?
Dia hanya satu nama dari masa lalu.
Satu memori yang tidak pernah Layla simpan.
Sehinggalah takdir mempertemukan mereka semula.
Satu projek.
Satu pasangan.
Dan seorang lelaki yang akhirnya sedar... apa yang dia pernah abaikan.
Tapi Layla?
Dia tidak pernah menunggu.
Dan dia juga tidak bercadang untuk mula sekarang.
Kerana ada yang datang bukan untuk diperbaiki,
tetapi untuk diingati... dan dilepaskan.
-
Dalam dunia yang akhirnya berpihak kepadanya,
Layla hanya ada satu jawapan-
thank you, next.