Wattpadmalaysia Stories

Refine by tag:
wattpadmalaysia
WpAddwattpad
WpAddromance
WpAddmalaysia
WpAddnovelmelayu
WpAddmelayu
WpAddwattpadmalay
WpAddcinta
WpAddmalay
WpAdddrama
WpAddmisteri
WpAddmarriage
WpAddceo
WpAddenemiestolovers
WpAddlove
wattpadmalaysia
WpAddwattpad
WpAddromance
WpAddmalaysia
WpAddnovelmelayu
WpAddmelayu
WpAddwattpadmalay
WpAddcinta
WpAddmalay
WpAdddrama
WpAddmisteri
WpAddmarriage
WpAddceo
WpAddenemiestolovers
WpAddlove

83 Stories

  • Bila Kekasih Merajuk by ambopadusi
    ambopadusi
    • WpView
      Reads 398
    • WpPart
      Parts 38
    Bagi Luqman, setiap kilometer yang ditempuh di atas motosikalnya sebagai rider adalah demi sebuah masa depan bersama Qistina. Biarlah tubuhnya lencun dihujani air mata langit atau terbakar terik matahari, asalkan impian untuk menghalalkan gadis pujaan hatinya tercapai. Namun bagi Qistina, status Luqman sebagai penghantar makanan tidak pernah cukup untuk menjamin hari esok. ​Satu pesanan ringkas yang salah difahami menjadi titik mula badai. Qistina memilih untuk mengikut amarah dan melayan ego. Baginya, rajuk itu satu ujian cinta. Dia sengaja "jual mahal" dan menolak setiap pujukan Luqman yang datang bersama tubuh yang sarat kelelahan. ​ "Kau ingat mudah sangat nak pujuk aku?" ​ Kata-kata itu dilemparkan tanpa sedar bahawa kesabaran seorang lelaki yang paling setia juga mempunyai sempadannya. Apabila sekeping kertas membongkar segala rahsia dan pengorbanan Luqman yang tersembunyi, Qistina tersedar daripada silapnya. Namun, apabila dia berlari untuk berpaut semula pada dahan cinta mereka, yang tinggal hanyalah sebuah pintu rumah yang berkunci rapat. ​ Luqman sudah pergi membawa hatinya yang hancur. Dan Qistina tertinggal bersama beg roti dan penyesalan yang tidak berhujung.
  • OPS : CHRYSALIS II (SLOW UPDATE) by thekaellee
    thekaellee
    • WpView
      Reads 211
    • WpPart
      Parts 15
    Pegawai farmasi. Itulah pekerjaan seorang Amelia Safiya. Hidup normal. Rutin hariannya setiap hari sama. Bangun pagi. Bersiap. Pergi ke kedai. Melayan pelanggan. Kerja. Balik. Setiap hari rutin yang sama. Sehingga satu mimpi merosakkan segalanya. Seth Akram. Detektif persendirian dengan kadar penyelesaian kes yang tinggi, melebihi rata-rata detektif lain yang sebaya dengannya. Dihormati rakan sekerja kerana berjaya menyelesaikan kes pertamanya di Black Crimson dengan cemerlang. Namun siapa sangka, bayang hitam tujuh tahun lalu rupanya masih menghantui. Masih di sini, menanti masa untuk muncul kembali. Pertemuan antara Amelia dan Akram yang pada awalnya hanya kebetulan, kini menjadi satu misi. Satu arah tuju. Amelia yang mahu mencari makna disebalik mimpi-mimpinya. Akram yang mahu mengejar dan menangkap bayang hitam yang disangka sudah dikurung tujuh tahun lalu. Mampukah mereka, dalam perang minda melawan masa, menuju ke arah tujuan masing-masing?
  • Dunia Fantasi by dkaarka
    dkaarka
    • WpView
      Reads 20
    • WpPart
      Parts 1
    Setiap orang mempunyai dunia fantasi mereka sendiri. Semuanya bermula di sebuah perpustakaan awam yang sunyi. Ali dan Danish hanya mahu membaca buku tentang fantasy, tetapi ▉▉▉▉▉▉▉ kepada Marissa tanpa sengaja membuka pintu kepada sesuatu yang lebih besar.
  • Bukan Bayangan Dia by yayaavila
    yayaavila
    • WpView
      Reads 8
    • WpPart
      Parts 9
    Dua wajah yang serupa. Dua hati yang berbeza. ​Maya - Gadis lembut yang mencintai dalam senyap dan sanggup berkorban apa sahaja. Mina - Kembar yang gilakan perhatian dan menggunakan kecantikan sebagai senjata. Ryan - CEO dingin yang menyangka dia telah menemui cinta sejati, tanpa menyedari dia sedang ditipu oleh bayangan. ​Semakin Ryan mengejar Mina, semakin banyak kebaikan "Mina" yang dirasakannya. Namun Ryan tidak tahu, setiap kebaikan, perhatian, dan kasih sayang yang dirasainya itu... sebenarnya milik Maya. ​Apabila topeng rahsia mula retak, siapakah yang akhirnya berada di hati Ryan? Dan adakah Maya masih ada untuk menunggunya?
  • Ingkar Dari Setia by asmanizadin
    asmanizadin
    • WpView
      Reads 102
    • WpPart
      Parts 4
    Nuha Eryna tidak pernah menyangka bahawa perkahwinan yang dibina atas dasar cinta bersama Ilham Wafiy akan berakhir dengan pengkhianatan yang merobek hatinya. Kehadiran Seroja Airis memusnahkan kepercayaan yang selama ini digenggam erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya, Nuha merasai luka yang paling dalam. Tidak berdarah, namun cukup tajam untuk melumpuhkan seluruh jiwanya. Dunia yang dahulu penuh warna kini kelam dan sepi. Dalam runtuhan rumah tangga yang hancur, dia cuba berdiri sendiri. Di tengah kekosongan itu, Hud Rafael hadir sebagai nafas tenang. Bukan untuk menggantikan sesiapa, tetapi untuk mengingatkannya bahawa dia masih layak untuk bahagia. Saat setia dikhianati, mampukah Nuha belajar melepaskan... dan memilih dirinya sendiri untuk kembali bahagia?
  • Hanya Mimpi by Vanessawrites7
    Vanessawrites7
    • WpView
      Reads 26
    • WpPart
      Parts 2
    Laila mempunyai segala yang diimpikan oleh setiap wanita. Seorang suami yang mencintainya sepenuh hati. Seorang lelaki yang sentiasa berada di sisinya dalam setiap suka dan duka, yang tidak pernah gagal membuatnya tersenyum walaupun pada hari-hari yang paling sukar. Dia juga dikurniakan sepasang anak kembar yang menjadi penyeri hidupnya. Gelak tawa mereka memenuhi setiap sudut rumah, menjadikan setiap hari terasa lebih bermakna. Walaupun hidup mereka tidak sempurna, Laila tidak pernah meminta lebih daripada apa yang dimilikinya. Dan sebuah keluarga yang tidak akan ditukarnya dengan apa pun di dunia ini. Namun sebuah kemalangan telah meragut semuanya. Apabila Laila membuka mata semula, dunia yang dikenalinya sudah tidak lagi sama. Orang di sekelilingnya mengatakan bahawa dia telah koma selama setahun. Lebih mengejutkan, tiada seorang pun mengenali suami dan anak-anak yang selama ini hidup bersamanya. Seolah-olah mereka tidak pernah wujud. Tetapi bagaimana mungkin mereka hanya mimpi... sedangkan setiap kenangan, setiap sentuhan, dan setiap pelukan masih terasa begitu nyata? Jika itu semua hanyalah mimpi, Kenapa hatinya masih merindui mereka?
  • Tentang Aku by CikLaraPerindu
    CikLaraPerindu
    • WpView
      Reads 447
    • WpPart
      Parts 1
    Kenali Diriku Dari Aku
  • My Love Tengku Aydan Elhan by wnaqmanja
    wnaqmanja
    • WpView
      Reads 94
    • WpPart
      Parts 7
    Aurellya Nur Aleesya- gadis ceria, manja dan sedikit degil. Dunia kecilnya berubah apabila dia terperangkap dalam perkahwinan tanpa cinta bersama Tengku Aydan Elhan, lelaki yang berdarah bangsawan yang terkenal dengan sikap dingin, tegas dan penuh rahsia. Dalam dunia dua jiwa yang berbeza, pertembungan ego, luka silam dan kasih yang mula berputik perlahan-lahan mencinta warna baru dalam hidup mereka. Aurellya ingin lari, tapi hati pula semakin bertambat pada lelaki yang dulunya asing... Dan kini menjadi dunianya. Mampukah cinta itu kekal bila rahsia lama mula terbongkar?
  • Stressful Fairyland: But I'm Too Stress To Care by TriHumairah27
    TriHumairah27
    • WpView
      Reads 27
    • WpPart
      Parts 2
    Ellis Gotobed is a hardworking third year engineering student. Always in dean list, he likes to study like crazy. Like really hardcore, that he have to take med for it everytime its final exam. One day, Ellis forgot to study for a test because he's too engrossed on an important project, which is like a pseudo-final year project. But don't worry, there's still hope! You see, there was a rumour that a fairy lived inside the big old tree next to the Manufacturing Department's main building. The Tree Fairy was said to be able to grant any wishes. So, yea, instead of world peace, Ellis is going to wish for his grades instead.
  •         Mahkota Yang Dicuri Hati by syahfaiqafiq
    syahfaiqafiq
    • WpView
      Reads 40
    • WpPart
      Parts 4
    Putera Mahkota Aydan Iskandar hidup dalam kemewahan, namun tidak pernah memiliki kebebasan untuk memilih jalan hidupnya sendiri. Sebagai pewaris takhta Kerajaan Arvania, setiap langkahnya ditentukan oleh istana, termasuk soal cinta. Segalanya berubah apabila dia bertemu Elara Sofia, seorang gadis biasa yang tidak mengenali identiti sebenar Aydan. Pertemuan yang tidak disengajakan itu perlahan-lahan menumbuhkan perasaan yang tidak pernah mereka jangka. Namun, cinta mereka menjadi sasaran apabila rahsia istana mula terbongkar. Pengkhianatan, perebutan takhta dan musuh yang bersembunyi di sebalik senyuman sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa. Mampukah Aydan mempertahankan takhtanya tanpa kehilangan wanita yang dicintainya? Atau adakah Elara terpaksa mengorbankan cintanya demi keamanan sebuah kerajaan? Kerana dalam dunia diraja... Tidak semua mahkota membawa kebahagiaan. Dan tidak semua cinta mampu bertahan di atas takhta.
  • Derita Arabella by dergadiesz
    dergadiesz
    • WpView
      Reads 16
    • WpPart
      Parts 18
    PENGENALAN WATAK DERITA ARABELLA!! Arabella Binti Mad Zain ( Bella ) Anak kedua keluarga. Gadis lembut, penyabar, kuat bekerja. Siang bekerja di pejabat, malam bekerja part time di 7-Eleven untuk membantu keluarga. Arep Zuhair ( Arep ) Abang Bella. Anak sulung yang sering menjadi kebanggaan keluarga. Sayang keluarga tetapi sering tidak sedar pengorbanan adiknya. Zulaikha ( Ika ) Adik perempuan Bella. Manja tetapi sebenarnya menyayangi Bella. Zul Afieq ( Afieq ) Adik lelaki Bella. Banyak bergantung kepada Bella sejak kecil. Amizah Binti Gahar ( Umi ) Ibu Bella. Sayang keluarga tetapi terlalu memberi perhatian kepada anak-anak lain hingga sering terlepas pandang Bella. Mad Zain Bin Bahran ( Ayah ) Ayah Bella. Tegas dan keras dalam mendidik, namun tidak sedar kata-katanya sering melukakan hati Bella. Ayra Qisteena Binti Johan ( Ayra ) Kawan baik Bella sejak zaman sekolah. Orang yang paling memahami kesunyian Bella. Naura Mikayla Binti Ahmad Nazri ( Naura ) Sahabat Bella yang sentiasa menjadi tempat Bella meluahkan perasaan. Qays Nashril Bin Mohd Talha ( Qays ) Lelaki yang menyukai Bella. Satu-satunya orang yang nampak nilai Bella sejak awal.
  • words from the heart by firdauxxsykez
    firdauxxsykez
    • WpView
      Reads 319
    • WpPart
      Parts 14
    "if there's ever a day we can't be together, keep me in your heart, i'll stay there forever" it's been 4 years since i went inactive on wattpad. and here i am, back to writing the most confessional and heartfelt poetry, straight from my heart. i hope everyone is in good health. in this book, you will find literature that i wrote, inspired from real-life events and experiences. but for most, you may define these words by yourself. enjoy and have a nice day.
  • Love Destiny by nurizz_atyy
    nurizz_atyy
    • WpView
      Reads 56
    • WpPart
      Parts 3
    Adeliya Sofea ialah isteri kepada Ashraff Hanif mereka dijodohkan oleh kedua dua ibu bapa mereka Adeliya memang menyukai Ashraff tapi tidak kepada Ahsraff kerana dia terlalu gila kepada Mobile Legends dan tidak pernah bercinta sekalipun,sudah dua bulan mereka berumah tangga tetapi Adeliya tidak pernah sekalipun gagal membuat tugas seorang isteri namun Ashraff tidak sekali mengambil tahu tentang isterinya itu dia hanya fokus kepada Mobile Legends sahaja kalau tidak pun mesti keluar lepak dengan kawan kawannya itu...
  • THE ZAPWOMAN  by 1Adam1
    1Adam1
    • WpView
      Reads 21
    • WpPart
      Parts 2
    ever feel like getting hit by a lightning?,well Alya already get hit by it,and instead of die,she receive power that she can just look at her novel,what will Alya face in her journey? read THE ZAPWOMAN,now!
  • Short Stories 𑣲⋆ by smellyvegetables
    smellyvegetables
    • WpView
      Reads 62
    • WpPart
      Parts 9
    A collection of love stories for the ones who love too deeply, leave too quietly, and remember too much. Each story is different, but all of them carry the same heartbeat. Love in its softest, messiest, most human form; First love. Gentle love. Healing love. Friendly love and maybe, somewhere in between, a little piece of you. You are my gentle kind of forever ֶָ֢ 。 ₊°༺❤︎༻°₊ 。 book cover was edited on my canva!
  • Diari Bayang Azuan by wansingle40
    wansingle40
    • WpView
      Reads 6
    • WpPart
      Parts 1
    > Dalam setiap cerita gelap yang aku tulis, ada serpihan diri aku yang aku tak pernah cerita pada sesiapa. Ruangan ini adalah tempat aku simpan semuanya - fikiran yang tersangkut, ilham yang datang di tengah malam, dan luahan yang tak sempat keluar dalam dialog watak. Selamat datang ke ruang peribadi aku. Kalau kau jumpa rahsia di antara baris - itu bukan kebetulan.
  • ADEAN ZULKARNAEN - Lelaki Yang Ku Dambakan by DeanaZaheara
    DeanaZaheara
    • WpView
      Reads 520
    • WpPart
      Parts 16
    ADEAN ZULKARNAEN - Lelaki Yang Ku Dambakan. Deana Zaheara | Adean Zulkarnaen 𝐷𝑒𝑎𝑛𝑎 𝑍𝑎𝒉𝑒𝑎𝑟𝑎 menyimpan perasaan cintanya selama 5 tahun terhadap 𝐴𝑑𝑒𝑎𝑛 𝑍𝑢𝑙𝑘𝑎𝑟𝑛𝑎𝑒𝑛 sejak bangku sekolah lagi. Banyak dugaan yang ia hadapi tetapi dia tetap menjaga perasaan cintanya kerana dia tidak mahu mengotori cinta yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Beberapa tahun kemudian , akhirnya lelaki tersebut mengajaknya untuk berkahwin. " Saya tunggu awak selama lima tahun 𝐀𝐝𝐞𝐚𝐧." 𝐷𝑒𝑎𝑛𝑎 𝑍𝑎𝒉𝑒𝑎𝑟𝑎 " Awak ikhlas ? " balas 𝐴𝑑𝑒𝑎𝑛 𝑍𝑢𝑙𝑘𝑎𝑟𝑛𝑎𝑒𝑛 " Kalau dah lima tahun saya tunggu awak , awak rasa saya main - main ke ? " balas 𝐷𝑒𝑎𝑛𝑎 𝑍𝑎𝒉𝑒𝑎𝑟𝑎 dengan nada yang agak marah. " Kalau macam tu jom kita kahwin." balas 𝐴𝑑𝑒𝑎𝑛 𝑍𝑢𝑙𝑘𝑎𝑟𝑛𝑎𝑒𝑛
  • Asmara Di Hujung Nyawa by rozesdeer
    rozesdeer
    • WpView
      Reads 1,141
    • WpPart
      Parts 8
    𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟏𝟗𝟓𝟎. Zayida Almira, seorang gadis yang bukan sahaja dikurniakan kecantikan, tetapi juga keanggunan sebagai seorang penari tradisional. Gerak tubuhnya bagaikan puisi yang menari di udara, memukau setiap mata yang memandang. Namun, di sebalik keindahan itu, dia menjadi mangsa kezaliman seorang lelaki bernama Bahari-lelaki yang tidak pernah mengenal erti cinta, hanya nafsu dan obsesi yang membara. Demi memiliki gadis itu, dia sanggup mencalar maruah Zayida hingga tiada jalan lain untuknya selain menerima takdir perkahwinan yang penuh derita. Kehidupannya berakhir dengan tragis, namun dengan dendam yang terikat pada darah, dia kembali menghantui suaminya melalui keturunannya yang ke-7. --- 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓. Zayeda Almera Ladeena, keturunan ke-7 yang mewarisi nama dan takdir yang tidak pernah dia ketahui. Tanpa sedar, hatinya tertarik pada seorang lelaki bernama Andika Afsar Allaudin-majikannya. Namun, mengapa setiap kali dia berada di sisi lelaki itu, muncul perasaan déjà vu yang mencengkam jiwa? Ada sesuatu tentang lelaki itu yang menarik, tetapi juga penuh teka-teki. Sedang Zayeda cuba memahami kehadirannya, seorang lagi lelaki muncul dalam kehidupannya―Raja Muhammad Ziaulhaq. Namun, niatnya bukan untuk mendekati Zayeda, sebaliknya menyuruh Zayeda menjauhi Afsar. Siapakah Andika Afsar Allaudin yang sebenarnya? Dan mengapa Raja Muhammad Ziaulhaq begitu mendesaknya menjauh? Dalam kekeliruan dan misteri yang semakin meruncing, satu kebenaran menanti untuk dirungkai... dan mungkin, ia bukan yang mampu diterima dengan mudah. HORROR & HISTORICAL ROMANCE • Boleh tengok ig saya @rozesdeer.x for more information:) and sinopsis.
  • Paparazzi by Blackcat-_-01
    Blackcat-_-01
    • WpView
      Reads 17
    • WpPart
      Parts 1
    It all started with a single photograph. She was just a paparazzi. Her job was simple-take the shot, sell the story, then forget the faces behind the fame. But he was different. Every time her camera captured those blue eyes, it became harder to tell the difference between admiration... and obsession. Unfortunately, he already has a girlfriend. Even more impossible, they are separated by their different faiths. But to her, love has never known any boundaries. If she can't have him... No one else will.
  • Miss Cookies 🍪 & Mr Coffee  by nasha2711
    nasha2711
    • WpView
      Reads 133
    • WpPart
      Parts 30
    Cookies Vs Coffee, perang abad ini... Sofia dan Hakim tak pernah ngam. Tapi Haikal dan Fara yang jadi saksi... Makin lama, dorang pun terjebak.. Soalnya, siapa confess dulu?? Cinta tak selalu datang dengan manis cookies atau pahit coffee.. Kadang kadang, ia datang dalam bentuk taruhan bodoh, gaduh mulut, dan tawa yang tak pernah habis Bila Sofia dan Hakim terperangkap dalam perang ego, Haikal dan Fara jadi penonton setia. Tapi siapa sangka... empat hati sebenarnya sedang diuji. Allergic cookies? Allergic coffee? Hati pula allergic pada siapa?