Ambopadusi Stories

Refine by tag:
ambopadusi
ambopadusi

5 Stories

  • Lelaki Syurga by ambopadusi
    ambopadusi
    • WpView
      Reads 42
    • WpPart
      Parts 8
    Selepas kembali hidup daripada kematian, Ziyad Arman dikurniakan kemampuan melihat cahaya kebaikan dan kegelapan dosa dalam hati manusia, tetapi ujian terbesar lelaki yang digelar "Lelaki Syurga" itu bermula apabila dia jatuh cinta kepada Sofina Raisha - wanita dengan masa lalu paling gelap yang mampu menguji sama ada dia kekal dengan cahaya yang selama ini dijaganya atau hanyut dalam cinta dunia.
  • Bila Kekasih Merajuk by ambopadusi
    ambopadusi
    • WpView
      Reads 490
    • WpPart
      Parts 40
    Bagi Luqman, setiap kilometer yang ditempuh di atas motosikalnya sebagai rider adalah demi sebuah masa depan bersama Qistina. Biarlah tubuhnya lencun dihujani air mata langit atau terbakar terik matahari, asalkan impian untuk menghalalkan gadis pujaan hatinya tercapai. Namun bagi Qistina, status Luqman sebagai penghantar makanan tidak pernah cukup untuk menjamin hari esok. ​Satu pesanan ringkas yang salah difahami menjadi titik mula badai. Qistina memilih untuk mengikut amarah dan melayan ego. Baginya, rajuk itu satu ujian cinta. Dia sengaja "jual mahal" dan menolak setiap pujukan Luqman yang datang bersama tubuh yang sarat kelelahan. ​ "Kau ingat mudah sangat nak pujuk aku?" ​ Kata-kata itu dilemparkan tanpa sedar bahawa kesabaran seorang lelaki yang paling setia juga mempunyai sempadannya. Apabila sekeping kertas membongkar segala rahsia dan pengorbanan Luqman yang tersembunyi, Qistina tersedar daripada silapnya. Namun, apabila dia berlari untuk berpaut semula pada dahan cinta mereka, yang tinggal hanyalah sebuah pintu rumah yang berkunci rapat. ​ Luqman sudah pergi membawa hatinya yang hancur. Dan Qistina tertinggal bersama beg roti dan penyesalan yang tidak berhujung.
  • Jangan Kau Dengar #wattys2026 by ambopadusi
    ambopadusi
    • WpView
      Reads 558
    • WpPart
      Parts 36
    Di tengah hiruk-pikuk Kuala Lumpur, Aisya - seorang gadis kota yang gemar dunia K-Drama dan percaya pada "green flag" sempurna - bertemu dengan Zarul, seorang mekanik dari Sayong yang hidupnya jauh dari glamor. Pertemuan mereka yang bermula dalam hujan di Jalan Tun Razak membawa kepada hubungan yang perlahan-lahan berkembang, penuh kejujuran, kesederhanaan, dan rasa selamat yang Aisya tidak pernah temui sebelum ini. Namun, perbezaan dunia mula menjadi ujian. Aisya yang terbiasa dengan persepsi dan pandangan orang luar mula goyah apabila gambar Zarul bersama seorang influencer mencetuskan keraguan. Tanpa sedar, dia mula menulis skrip buruk dalam fikirannya sendiri - dipengaruhi oleh suara orang lain dan bayangan drama yang sering ditontonnya. Dalam kekeliruan itu, Aisya menjauh, melukai hati lelaki yang hanya tahu mencintai dengan cara yang jujur. Zarul pula memilih untuk tidak memaksa. Dia pulang ke kampung di Sayong, membawa hati yang retak, namun tetap setia menunggu - kerana baginya, cinta bukan tentang memujuk dengan kata manis, tetapi tentang hadir tanpa syarat. Apabila rindu mengatasi ego, Aisya nekad menjejaki Zarul ke Sayong. Di situ, jauh dari kebisingan kota, dia mula melihat cinta dalam bentuk yang paling tulen - sederhana, perlahan, dan ikhlas. Di tepi Sungai Perak, di antara labu sayong yang dibentuk dengan sabar, Aisya belajar bahawa cinta sebenar bukan tentang kesempurnaan, tetapi tentang kepercayaan dan kesanggupan untuk membaiki apa yang retak. Kisah ini mencapai kemuncaknya apabila dua dunia yang berbeza akhirnya bertemu - bukan kerana salah satu berubah sepenuhnya, tetapi kerana kedua-duanya memilih untuk memahami. Jangan Kau Dengar adalah sebuah kisah cinta tentang kepercayaan, kesetiaan, dan keberanian untuk tidak mendengar suara dunia - sebaliknya memilih suara hati yang benar-benar tahu siapa yang layak untuk diperjuangkan.
  • LEO: Cermin Sang Waktu #wattys2026 by ambopadusi
    ambopadusi
    • WpView
      Reads 652
    • WpPart
      Parts 48
    Leo adalah seorang penyiasat persendirian yang berkarisma dan misteri. Dikenali di kalangan golongan elit kerana keupayaannya menyelesaikan kes dengan pantas dan tanpa jejak, Leo hanya mengendalikan misi yang mudah. Prinsipnya jelas: jangan beremosi, jangan bertanya, dan ambil bayaran. Namun, reputasinya itu tersembunyi di sebalik anugerah psikometri yang dimilikinya, keupayaan untuk melihat sejarah sesuatu objek dengan hanya menyentuhnya. Dunia Leo berubah apabila dia menerima kes daripada seorang kolektor jam antik, Richard Wong. Dalam kes itu, Leo diminta mencari barangan yang hilang. Dengan kemahirannya, Leo dapat tahu yang barangan itu telah disembunyikan. Sebagai balasan, Leo menuntut sebuah jam tangan Rolex Submariner yang diwarisi daripada mendiang ayah Richard. Leo menyedari bahawa jam tangan itu mengandungi serpihan misteri Cermin Sang Waktu yang telah diubah suai. Apabila Leo menyentuh jam itu, dia bukan sahaja mendapat imbasan masa lalu, tetapi dia juga menyedari kebenaran di sebalik kematian misteri ayah Richard. Dia kini tahu bahawa dia tidak keseorangan dengan anugerah itu. Leo juga mengetahui musuhnya yang sebenar, Tan Sri Ariff, seorang konglomerat kejam yang telah memburu Cermin Sang Waktu sejak sekian lama. Dia kini menjadi sasaran, dan pertembungannya dengan Dayana, seorang pendakwaraya yang dingin, akan menentukan sama ada dia dapat melindungi kebenaran di sebalik Cermin Sang Waktu.
    +22 more
  • The Roly-Poly Heart by ambopadusi
    ambopadusi
    • WpView
      Reads 183
    • WpPart
      Parts 14
    Seoul, 1979. ​ In a city painted in neon lights and the intoxicating scent of vinyl, Lee Mi-rae is nothing more than the girl behind the counter at her father's record shop. By day, she's invisible. By night, she's a ghost haunting the edges of The Moonlight-the hottest disco club in the city. ​ At the center of it all is Kang Jin-woo, a boy with moves as smooth as silk and a heart as cold as ice. He's the undisputed king of the dance floor, and Mi-rae is just another face in the crowd he refuses to notice. ​But Mi-rae has a secret. She's learned the rhythm of the Roly-Poly: no matter how many times life-or Jin-woo-knocks her down, she's going to bounce right back. ​ With the city on the brink of a new decade and a high-stakes dance competition looming, Mi-rae decides it's time to stop standing in the shadows. She's going to dance until he has no choice but to see her. ​ In a world of spinning mirror balls and fading disco tracks, will she finally steal his heart, or will she be left spinning in the dark? ​ Get ready for a retro-fueled journey of glitter, heartbreak, and the courage to stand back up.