RaraRenzz
Hayyan Furqan
Seorang pemanah yang hebat sejak di bangku sekolah. Disiplin bila depan target, tapi dengan member dia memang banyak ragam. Nakal, annoying dan sentiasa senyum. Handsome, tinggi, kulit sawo matang cerah, jam besi sentiasa melekat. Gayanya nampak seperti awek keliling pinggang, tapi hakikatnya dia tak pernah bercinta selepas satu tragedi. Dia fikir dia kebal, hinggalah muncul coach baru.
Humaira Qaisarah
Dia pernah menjadi pemanah negara Turkiye semasa melanjutkan pelajarannya di Turkiye. Lebih dikenali sebagai Rara dalam dunia memanah negara. Cuma student dia tak pernah tahu siapa dia sebenarnya, sebab dia perkenalkan diri sebagai Coach Qai. Tegas, garang, dan bila dia pegang bow, auranya terserlah. Seorang yang sangat berpendirian dan sangat setia. Raut wajahnya yang ayu tetapi garang membuatkan dia tidak mudah didekati oleh lelaki.
Dia cuba kekalkan profesional, tapi Hayyan dengan sikap keras kepala, suka melawan, kadang sengaja palau, buat padang selalu jadi medan tegang. Antara disiplin ketat dan ego yang tak nak mengalah, mereka mula berbalas panahan tanpa anak panah. Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab.
Tetapi, saat Humaira mengenali siapa sebenarnya Hayyan, dia mula menjauhkan diri. Hayyan kembali hilang arah tatkala Humaira pergi menghilangkan diri. Satu persatu kisah silam mereka dibuka tanpa dipinta.
"Aku penat Hayyan, aku ingat 10 tahun tu dah cukup untuk aku move on dan lupakan kau." - Humaira Qaisarah
"Aku minta maaf Merah sayang, aku sedar aku salah... Kita mula balik please Merah?" - Hayyan Furqan
"Merah, 10 tahun. 10 tahun kau tinggalkan aku tanpa sebarang notis, aku cari kau, aku tunggu kau. Jangan tinggalkan aku lagi please." - Hayyan Furqan
"I love you, Hayyan." - Humaira Qaisarah
"I love you more, Merah." - Hayyan Furqan
Persoalannya, siapa sebenarnya yang bakal jatuh dulu... Hayyan, atau coach yang dia cuba cabar setiap masa? Berjayakah Hayyan ingin menawan hati Humaira semula?
START: 7 Julai 2025
END: