anginxsenja
Kehidupan Hana Sofia dirasakan cukup sempurna di sisi Iqram Fayyad, seorang pramugara tampan yang menjadi dambaan ramai tetapi hanya meletakkan Fia sebagai permaisuri tunggalnya.
"Biar la satu dunia ni datang mengurat abang, biar la beribu perempuan puji abang kacak... hati abang, cinta abang, dan jiwa abang ni hanya ada nama Hana Sofia seorang sahaja dari dulu, sekarang, dan selamanya." - Iqram Fayyad
Namun, di sebalik senyuman menawan di awan biru, kerjaya Iqram rupa-rupanya menyimpan rahsia perit yang menguji kesabaran.
"Abang tu nyawa Fia, dunia Fia. Kalau jadi apa-apa dekat abang... macam mana? Fia tak nak ambil risiko apa-apa pasal kesihatan abang." - Hana Sofia
Mampukah bahtera cinta yang dibina atas dasar kesetiaan ini bertahan apabila garis takdir tiba-tiba menghantar ujian yang mempertaruhkan nyawa dan air mata?