hajizi
Haziq, seorang pelajar kejuruteraan awam di Universiti Malaya, sedang stress menghadapi final exam. Tiba-tiba, telefonnya menerima notifikasi pelik: "ANDA TELAH DIPILIH UNTUK SATU PERMOHONAN." Sebelum sempat dia klik apa-apa, dia pitam dan tersedar dengan muka tertanam dalam lumpur.
Dia bangun dalam badan yang bukan miliknya - badan besar, bertatu, dan rahangnya terseliuh akibat tidur di atas tanah. Seorang lelaki kampung bernama Johan memanggilnya "Tuan Rayyan." Haziq baru sedar: dia telah dipindahkan ke dalam badan Rayyan Merah, anak sulung Penghulu Malik dari Kampung Sungai Batu - seorang hooligan terkenal yang baru pecahkan kedai kopi Pak Hamid malam sebelumnya.
Penghulu Malik menangis meminta Haziq pergi meminta maaf. Dalam perjalanan ke kedai kopi, semua penduduk kampung lari takut melihatnya. Sistem dunia menunjukkan status Rayyan: "Sampah Kampung" dan "Pemabuk Gila" dengan repuatsi -85.
Di kedai kopi, Haziq cuba meminta maaf dengan ikhlas tapi Pak Hamid semakin takut. Johan memberitahu bahawa cara Haziq bercakap tidak kelihatan ikhlas. Pak Hamid mendedahkan bahawa barang-barang yang dipecahkan adalah harta berharga - cerek yang dibeli semasa perkahwinannya 20 tahun lalu. Lebih teruk, ibunya, Mak Yam, sedang sakit tenat akibat kesejukan monsun timur laut.
Haziq, sebagai pelajar kejuruteraan awam, tiba-tiba terfikir tentang sistem pemanasan bawah lantai - teknologi yang tidak pernah wujud di dunia ini. Dia melihat peluang: dengan membina sistem ini, dia boleh menyelesaikan masalah Pak Hamid, membina reputasi, dan akhirnya membayar hutang keluarga.
Sistem dunia mengaktifkan "RP System" (Relationship Points) . Skor Haziq sekarang: 0.
Bab 1 berakhir dengan Haziq yang bersemangat untuk memulakan projek pertamanya dan membina empayar kontraktor dari reputasi yang hancur.