syrdhfiaa
Qaleef Syazwan seorang jurulatih tinju muda yang garang, dingin, dan terlalu disiplin. Hidupnya berkisar di antara gelanggang tinju dan impian ayahnya untuk melihat dia menguruskan syarikat keluarga di England.
Erysha Sofea seorang doktor haiwan yang kelihatan tenang di luar, tapi menyimpan luka yang tidak pernah sembuh. Disayangi ramai, tapi hatinya sendiri... kosong.
Pertemuan pertama mereka penuh salah faham dan pandangan sinis. Dia hanya ingin pulangkan hoodie. Tapi tak sangka, dia melangkah masuk ke dalam dunia seorang lelaki yang penuh rahsia dan ego.
Mereka bagaikan api dan ais.
Namun takdir seakan mahu menyatukan mereka dengan cara yang paling tak terduga.
Dua hati, dua jalan hidup... tetapi mungkinkah takdir hanya satu?
"Kau tak ada kerja lain ke selain nak sibuk sibuk tengok orang training?"Lelaki itu bertanya.
'Apa benda dia ni,takkan nak jumpa kawan pon tak boleh,rilekk ahh"
"Tapi.....saya cuma nak hantar barang je" Gadis itu cuba mempertahankan dirinya,walaupun dalam hati dah maki dia.
"Tak payah nak bagi alasan,ni dah dua kali kau datang,asyik tertinggal barang je,otak kau kat lutut ke??"Lelaki itu bertanya lagi dengan lebih lantang suaranya.
**************
- Ini cerita asal dari otak saya sendiri,dilarang keras untuk copy,ciplak,atau ambil idea tanpa izin.
- Setiap dialog, plot twist dan konflik saya fikirkan sendiri, bukan hasil copy paste atau bantuan sistem
-Cerita ni pun entah apa apa je,so enjoy je lah...
kalau suka support,kalau tak suka scroll...
-harsh word,bkn benda tak elok ye,tpi perkataan yang agak kasar.
Peace and Love Always🤍