liliescassette
Lapan tahun lalu, satu insiden mengubah haluan hidup Dr. Izell Aqsa sepenuhnya. Dia merupakan seorang mantan atlet acara lawan pedang negara.
Sejak itu, dia memilih untuk tidak menoleh ke belakang.
Kini, meneruskan kehidupan sebagai pendakwa raya, Izell hanya fokus pada fakta, bukti, dan keputusan-tanpa ruang untuk kesilapan... atau kenangan.
Sehingga satu kes mula membawa masuk nama-nama yang sepatutnya tidak lagi berkaitan.
Dalam masa yang sama, Leftenan Zehr Adhwa, seorang pegawai pasukan khas laut, terlibat secara tidak langsung dalam perkara yang sama kerana dia bekas kapten pasukan atlet 'fencing' negara. Kehadirannya bukan kebetulan-tetapi juga bukan sesuatu yang mudah dijelaskan.
Mereka tidak banyak bercakap.
Tidak perlu pun. Selepas semua ini terjadi.
Namun, ada sesuatu dalam cara mereka saling memahami-
seolah-olah pernah berada di tempat yang sama, pada waktu yang sama... walaupun tiada siapa yang menyebutnya.
Semakin jauh Izell cuba menjauhkan diri daripada masa lalu, semakin dekat kebenaran menghampiri.
Dan kali ini, diam mungkin bukan lagi pilihan.