qishyeng
Air mata aku menitik . sedih dan gembira .
bila aku fikir , hidayah ini datang menyapa mungkin berkali kali . bukannya aku tidak nampak orang lain yang menutup aurat dengan sempurna di sekelilingku , tapi aku tidak pernah mengambil endah , tidak pernah kira itu sebagai teguran Allah kepadaku . Terlalu sombong dan angkuh . Aku bersyukur Allah menegur aku melalui paderi tempoh hari . Kalau tidak , mungkin aku tidak sedar lagi bahawa aku tersimpang jauh .
setiap orang pasti ada masa untuk bertaubat sehingga sebelum nyawa dicabut malaikat maut . Bila perkara itu berlaku , semuanya telah terlambat . Aku sendiri menyaksikan seseorang yang begitu rapat denganku . arwah mommy pergi tanpa diduga .
■■■■■■■■■■■■■}>>>
" ermm , kak Aini , boleh tak akak panggil saya Saidatul Khadijah sebab.. " terpamit-pamit ugutan aku kepadanya semata-mata mula mahu berubah ke landasan hakiki .
" sebab.. ?? bukan nama awak , Saedah Khadrij ? " soal cuak seorang wanita 30-an itu .
" sbbenarnya akak , saya minta maaf , Nama asal saya Saidatul Khadijah " pamitku perlahan sejuris air mataku mengalir di setiap liang-liang pora pipi gebuku .
Rambutku yang terdedah dan berwarna keperangan ini tidak layak untuk dipanggil Saidatul Khadijah . Aku benci diri aku . Kerana nama yang mulia itu , aku jijik mahu dilekatkan bersama dengan perangaiku .
" aikk , dah dekat tag tu ? " cuak seorang wanita itu lalu memerhati tali tag nama aku yang bertulisan Saedah Khadrij bte kho Khuzayry
_____________________________________
Enjoy your reading .
Jika terdapat kesalah ejaan , mohon abaikan . Nanti author semak balik ye .
Thankyou guyss .
Jazakumullah hu khairan khatiran . ( semoga allah membalas jasa kebaikan kamu semua ) .
Start = 28 February 2022
End =