Ntsyaqeela
𝓡𝓪𝓲𝓺𝓪𝓵 𝓩𝓪𝓲𝓭𝓮𝓷 𝔁 𝓝𝓾𝓻 𝓕𝓪𝓻𝓱𝓪𝓷𝓷𝓪 𝓘𝓻𝓭𝓲𝓷𝓪
Siapa sangka jodohnya adalah seorang lelaki nonchalant?
Nur Farhanna Irdina, seorang gadis ceria yang sentiasa bertenaga dan banyak bercakap, sering dipanggil oleh guru-guru dan rakan-rakannya sebagai "Orang yang banyak mulut". Bagi Irdina, itu bukanlah satu hinaan. Meski begitu, di sebalik tutur kata yang tak berhenti itu, keputusan akademiknya tetap mantap. Kecuali satu subjek, Bahasa Inggeris.
Setiap kali menghadapi subjek itu, Irdina tidak pernah berjaya mencapai keputusan yang memuaskan. Segalanya berubah apabila dia berjumpa dengan jejaka idamannya, Raiqal.
Raiqal Zaiden. Lelaki yang terkenal dengan sifatnya yang nonchalant dan suka bersendirian. Dia kurang selesa dengan tempat yang bising dan terbuka. Ironinya, dia adalah rakan sekelas dan juga jiran selang satu rumah dengan Irdina.
Pertemuan dan perjalanan mereka terasa begitu sempurna, seolah-olah takdir telah menulisnya.
"Can I pursue you?" tanya Irdina.
"Confident enough to go after me, huh?" balas Raiqal dengan nada tenang.
Namun begitu, Irdina tidak pernah putus asa. Dia terus berusaha untuk menawan hati lelaki itu. Kerjanya sedikit lebih mudah kerana Raiqal sudi menolongnya memperbaiki keputusan dalam Bahasa Inggeris.
"Awak! Saya pertama kali dapat keputusan Bahasa Inggeris yang cemerlang!" seru Irdina gembira.
"Congrats. Teruskan usaha," balas Raiqal ringkas.
"Awak bagi kata itu? Tak ada ke 'usaha tangkapkan hati Encik nonchalant'?" tanya Irdina dengan nada berseloroh.
"Berangan," jawab Raiqal seakan menepis gurauannya.
"Wlee! Biarlah!" balas Irdina sambil mencebik.
୨୧
Adakah Irdina mampu bertahan untuk menawan hati Raiqal Zaiden?
Atau..
Adakah dia berjaya membuka hati lelaki yang seakan beku itu?
All Rights Reserved @Ntsyaqeela
|| 𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆 ||