aRviell
KAMARAH MAYREEN ialah seorang gadis yang berdikari dan tekad mencari duit sendiri tanpa menyusahkan ibu bapanya. Peluang itu datang apabila dia menerima tawaran kerja daripada kenalan bapanya - sebagai seorang babysitter.
Pada mulanya, semuanya kedengaran normal... sehinggalah Kamarah mengetahui siapa sebenarnya yang perlu dia jaga.
Bukan kanak-kanak. Bukan bayi. Tetapi seorang lelaki dewasa berusia 27 tahun.
Gila? Mungkin.
TENGKU DARIEN MATEEN, seorang jejaka yang kehidupannya berubah selepas terlibat dalam satu kemalangan tragis. Insiden itu membuatkan mental dan tingkah lakunya kembali seperti kanak-kanak - polos, jujur, dan bergantung sepenuhnya kepada orang di sekeliling.
"Hi, my name is Ien! What's your name, akak?"
- TENGKU DARIEN MATEEN
"Nama saya Kamarah Mayreen. Panggil saya Kamarah. Jangan panggil akak, sebab saya lagi muda daripada awak, tau?"
- KAMARAH MAYREEN
Pada awalnya, Kamarah merasakan tugas ini langsung tidak masuk akal. Namun, apabila dia mengetahui kisah sebenar di sebalik perubahan Darien, hatinya mula lembut.
Sedikit demi sedikit, dia belajar memahami... dan akhirnya bersetuju untuk menjaga lelaki itu.
Cliche?
Mungkin.
Tetapi dalam kisah yang bermula dengan tanggungjawab ini, siapa sangka ia akan berkembang menjadi sesuatu yang jauh lebih rumit daripada sekadar tugas seorang babysitter
*kalau nak tahu lebih lagi, Sila baca, ya?
*cerita ni, saya tak ada copy dgn cerita org lain. ini idea drpd saya sendiri.
Sekian, Terima kasih.