loeyf4iry
Dia yang terakhir dilahirkan, tetapi pertama merasa sunyi.
Lahir dengan gelaran "manja", tapi luka dalam hatinya tidak pernah dijaga.
Luka Si Anak Bongsu menghimpunkan puisi-puisi tentang suara yang sering diketepikan, tentang cinta yang tidak seimbang, dan tentang harapan yang perlahan-lahan retak. Buku ini adalah luahan seorang anak perempuan terakhir yang dilihat kecil, tetapi menyimpan dunia yang besar dalam diamnya.
Dalam setiap bait, tersembunyi rindu yang tidak pernah dibalas. Dalam setiap halaman, tergambar wajah seorang anak yang belajar bertahan dengan luka yang diwarisi dan diam yang dipaksakan.
Ini bukan sekadar puisi.
Ini adalah jeritan perlahan dari hati seorang anak bongsu yang hanya mahu difahami.