vieslynn
Lina dan Mira hanyalah dua sahabat baik yang mahu bercuti untuk lari dari tekanan hidup. Namun, sebuah kemalangan aneh menghumban mereka ke dua dunia berbeza - dunia hikayat Melayu dan dunia fairytale Barat.
Lina terdampar di sebuah kampung misteri, dikejar penduduk yang menganggapnya ancaman. Diselamatkan oleh Hang Tuah, pahlawan legenda yang gagah dan berhati mulia, Lina mula belajar selok-belok dunia itu. Namun, bahaya menanti apabila Nenek Kebayan mahu menangkapnya untuk membuka pintu ke dunia lain.
Mira pula terbangun di rumah tujuh orang kerdil, disambut mesra oleh Snow White. Tetapi selepas Snow White pergi, Mira terpaksa berdikari. Pertemuannya dengan Robin Hood yang sedang mencuri membawa kepada pengembaraan yang penuh aksi, jenaka, dan... rasa yang sukar dijelaskan. Namun, Evil Queen mula memburu Mira sebagai umpan untuk menjatuhkan Robin Hood.
Mereka tidak tahu, Nenek Kebayan dan Evil Queen sebenarnya bersekongkol untuk menggabungkan kedua-dua dunia menjadi empayar gelap di bawah kuasa mereka. Takdir mempertemukan Lina, Mira, Hang Tuah, dan Robin Hood dalam satu misi berbahaya: menghentikan rencana jahat itu - dan mungkin, mencari jalan pulang.