Zittar
Kyra bukan gadis biasa. Di sekolah elit yang dipenuhi anak-anak orang berpengaruh, namanya cukup dikenali, bukan kerana kepintaran semata, tetapi kerana kenakalannya yang sukar dijangka. Pada usia 18 tahun, Kyra hidup dalam dunia yang penuh kemewahan, namun kosong tanpa kasih sayang. Sebagai anak tunggal kepada jutawan ternama, dia memiliki segalanya... kecuali perhatian daripada papa dan mamanya yang sentiasa sibuk.
Di sekolah, Kyra adalah ribut, suka mengusik, mencabar, dan membuat huru-hara kecil yang menghiburkan dirinya. Tapi sebaik melangkah masuk ke rumah agam yang luas dan sunyi, dia berubah menjadi seorang gadis yang pendiam, menyendiri, dan tenggelam dalam dunia lukisannya. Hanya kanvas dan warna menjadi teman setianya, meluahkan rasa yang tak pernah mampu diucapkan.
Segalanya mula berubah apabila seorang pelajar baru muncul, Zayn, anak kepada seorang VIP yang berpengaruh. Berbeza dengan orang lain, Zayn tidak mudah terpengaruh dengan sikap Kyra. Malah, pertemuan pertama mereka dipenuhi dengan pergaduhan kecil dan usikan yang tak pernah berhenti. Namun di sebalik sikap sabarnya, Zayn melihat sesuatu dalam diri Kyra yang orang lain gagal fahami kesunyian yang terpendam di sebalik senyuman nakalnya.