darwishanjwa
BLACK SPIDER SERIES
[SEKUEL MY DAHLIA]
❀ 𝓒𝓪𝓱𝓪𝔂𝓪 𝓫𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓼𝓮𝓴𝓪𝓭𝓪𝓻 𝓬𝓪𝓱𝓪𝔂𝓪 𝓽𝓮𝓽𝓪𝓹𝓲 𝓬𝓪𝓱𝓪𝔂𝓪; 𝓷𝓾𝓻 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓶𝓮𝓷𝓰𝓪𝓳𝓪𝓻𝓲 𝓮𝓻𝓽𝓲 ; 𝓬𝓲𝓷𝓽𝓪 ❀
Cinta monyet atau cinta sejati?
Cinta yang sementara atau cinta yang selamanya?
Diakhir kebahagiaan atau luka yang tergores?
Itu adalah ketentuanNya.
Nur Jasmine. Seorang gadis yang dilahirkan dalam keluarga yang tidak kaya segalanya. Kasih sayang ibu bapa? Duit? Harta benda? Semua itu dia tidak ada. Dia hanya ada kasih sayang seorang nenek. Neneknya yang sentiasa memberi semangat dan penguatnya untuk terus hidup dan belajar sehingga dia mendapat tawaran daripada universiti luar negara.
William Adrean. Seorang pelajar senior di mana Jasmine belajar. Selepas habis sem dia terus menghilang dari khayalan Jasmine. Tapi siapa sangka ada sebab disebalik kehilangannya.
Beberapa tahun kemudian...
Jasmine datang lapor diri di salah satu syarikat yang tersohor.
"You?" -NUR JASMINE
"Idiot girl?" -WILLIAM ADREAN
"Saya tak bodoh lah. Saya ni budak bijak ye. Encik Boss je yang bodoh. Tak reti nak tolong saya dulu. Macam mana kalau ada perogol bersiri ke datang kacau saya macam mana? Memang masatu saya tak datang lapor dirilah jawapannya." -NUR JASMINE
"Kaki ada. Boleh guna untuk lari. Bukan duduk berdiri terpacak dekat situ." -WILLIAM ADREAN.
...
William sedang berusaha untuk kebaikan Jasmine tanpa Jasmine tahu. Tapi dalam dia berusaha ada rahsia yang terungkap. Rahsia ketika dia pergi menghilangkan diri.
"Abang minta maaf, Nur. Abang tahu sayang benci abang. Sayang luahkan semua perasaan marah, benci sayang pada abang. Pukul abang. Biar badan abang yang jadi tempat lepasan, Nur. Asalkan Nur tak sakitkan diri Nur lagi. Please, Nur." -WILLIAM ADREAN.
"Nur sayang abang sampai mati. Nur nak cinta kita ni kekal selamanya sehingga di akhirat kelak." -NUR JASMINE