WanNurul086
Muhammad Akif dan Muhammad Akid adalah anak kembar Izara Ayla dan Athif Imran. Mereka juga mempunyai adik kembar perempuan bernama Izyan Aira. Ye kembar 3, dan seorang lagi adik perempuan yang jarak 8 tahun dari mereka bernama Izyan Airis.
Akif belajar bertinju bersama Athif semasa umurnya 6 tahun, dan dia telah menjadi peninju wakil Malaysia seawal 17 tahun. Akid pula ingin mengikuti jejak Athif menjadi tentera Malaysia, lebih tepat lagi. Komando. Aira pula ada minat yang sama seperti Akif, iaitu menjadi peninju wanita mewakili Malaysia. Airis mempunyai keunikan mata kirinya berwarna biru laut dan mata kanannya berwarna coklat cair, dan itu membuatkan dia ingin mengikuti jejak Ayla pula.
"Don't touch my sisters or I'll break your neck" - Akif
"Aku rasa aku takkan jumpa wanita sehebat umi" - Akid
"Kau nampak parut dekat pipi aku ni? Celah mana cantik yang kau cakap tu?" - Aira
"Unik? Then why they call me 'pelik'?" - Airis
Akif menjadi sangat protective jika melibatkan Aira atau Airis, Akid pula penuh dengan dendam jika seseorang menyakiti atau mengkhianati keluarganya.
Aira tidak percaya jika ada lelaki yang ikhlas ingin bersamanya kerana mempunyai parut dipipi. Airis tidak yakin dapat menjadi seperti Ayla kerana menganggap keunikan matanya itu adalah satu kelemahan dirinya.
Adakah Akif dapat menjaga adik-adik nya?
Akan adakah wanita yang dapat membuat Akid jatuh cinta?
Ikhlaskah hati lelaki yang ingin memiliki hati Aira?
Akan sedarkah Airis bahawa keunikan matanya bukan lah satu kecacatan?