lenzry
"I will be waiting, darling." - Hani Zuhayra
"Jangan ingat kau boleh aman duduk sebelah aku, budak miskin." - Tengku Ryan Zulfarhan
________________________________________
Hani Zuhayra tak pernah minta untuk masuk ke Araela High School. Sekolah elit tempat berkumpulnya anak-anak 'kayangan' yang acah model antarabangsa. Dia masuk pun atas tiket biasiswa penuh sebab dia memang born to be gifted. Setakat subjek Add Math? Sebelah mata pun dia boleh setel sepuluh minit!
Penampilan Hani? Rambut pendek gaya lelaki, pakai seluar kemeja, dan disarung pula dengan hoodie hitam kegemarannya. Lantaklah orang nak kata dia tomboi atau selekeh, yang penting selesa nak bergerak. Misi dia cuma satu: Belajar, kekalkan gred, dan bantu famili dia yang susah. Simple,
kan?
Tapi, tak sampai hari pertama, misi dia dah huru-hara disebabkan seorang mamat gila kuasa.
Tengku Ryan Zulfarhan. Ketua Student Council merangkap anak pemilik yayasan sekolah yang ada rupa macam oppa Korea, tapi sayang... ego setinggi langit! Pantang nampak peraturan sekolah dilanggar, dia akan tunjuk kuasa. Tapi Ryan tersilap langkah bila cari pasal dengan Hani. Hani bukan jenis tunduk pada orang kaya. Lagi Ryan tekan, lagi Hani cabar!
Keadaan makin parah bila mereka ditakdirkan duduk sebelah-menyebelah dalam kelas elit 5 Alfa. Setiap hari kelas bertukar jadi medan perang mental dan ego.
Bukan setakat Ryan, malah 'ulat-ulat bulu' di sekolah itu juga mula cari fasal, termasuk menyentuh adik kesayangan Hani di luar sekolah. Di situ, Hani tunjuk taring sebenar yang dia bukan calang-calang gadis.
Bila maruah menjadi taruhan dan ego mula bertembung... siapakah yang akan melutut dahulu? Adakah Ryan yang akan tunduk pada keunikan gadis miskin itu, atau Hani yang akhirnya terperangkap dalam permainan emosi si putera bangsawan?