adlyneidz
If sin had a face, it would wear my smile"
Aruna Nayla. Gadis kacukan Melayu-Jepun yang sangat digeruni dalam komuniti yakuza di Tokyo. Known as the Akuma for Ryuusei-kai, salah satu kumpulan yakuza yang sedang berkembang di negara matahari terbit itu. Membesar dalam persekitaran yang berbahaya sejak kecil menjadikan Aruna sebagai seorang wanita dingin dan keras hati. Baginya, dunia ini tempat pertarungan. Dan dia akan kalah sekiranya dia terlalu ikutkan emosi.
Ryu Arden. The heir of Ryu Holdings. Siang sibuk menguruskan syarikat keluarganya, malam dia sebagai Leo, ketua The Reikon, pasukan elite yang sering ditugaskan untuk membantu pihak polis memburu pasukan mafia yang bertapak di Malaysia. Berbeza dengan Aruna, Arden merupakan seorang yang lebih tenang. Namun, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Arden yang tenang jangan disangka tiada gelora. Arden sanggup lakukan apa saja, meskipun perlu membunuh bagi melindungi orang yang tersayang. Walaupun nyawanya menjadi galang ganti.
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Ryu Arden dan Aruna Nayla di selatan tanah air dalam satu misi milik The Reikon menjadi permulaan kepada kisah mereka berdua.
"Think carefully before you speak. Macam mana aku boleh ada di sini?" - Aruna Nayla
"Duduk dulu. Kau belum sembuh lagi." - Ryu Arden
Kehilangan Aruna disalah tafsir. Aruna dianggap pengkhianat. Dan peraturan dalam organisasi yakuza, pengkhianat harus dibunuh. Pengkhianatan Aruna sewaktu misi di Malaysia menjadi pencetusan pergaduhan antara ketua-ketua yakuza di Jepun. Tuduh menuduh, pertumpahan darah, pengambilan kuasa dari kumpulan yakuza yang lain. Sesuatu sedang berlaku dan Aruna tahu ini bukan kebetulan. Apakah yang sebenarnya terjadi? Dapatkan Aruna menyelesai konflik yang berlaku antaranya dengan Ryuusei-kai?