aynnazrien
Nuh Maleeq hanya ada satu misi dalam hidupnya ; Ingin merasa nikmat tenang. Misi yang mungkin tidak pernah akan dicapai disebabkan keadaan dirinya. Sehinggalah pada suatu hari, 30 saat yang paling tenang dalam hidupnya muncul meninggalkan kesan paling dalam buat Maleeq.
RASA ITU MELEKAT KUAT DALAM DIRINYA. Dan dia dambakan rasa nikmat itu untuk terus ada dalam hidupnya. Tapi juga mustahil. Bila mana kunci pada rasa itu adalah orang yang tak mungkin dia miliki.
'Dia milik orang. Berhenti berharap.'
'Kau bukan Maleeq yang aku kenal. Kenapa mengalah sebelum cuba ni?'
'Sebab aku penat bergantung harap pada manusia. Biar je lah kalau aku perlu hadap kau seumur hidup sekalipun.'
'Aku yang muak dengan kau.'
Tercabar dengan ayat itu, Nuh Maleeq akhirnya mengambil langkah pertama. Tak sangka, ada sinar yang tak dia percaya. Namun baru sahaja dia berani berangan untuk mencapai misinya, kunci itu pilih untuk mengundurkan diri bila mengetahui tentang dirinya. Kesalkah Maleeq dengan pilihannya?
"Maaf, Maleeq. Saya tak sanggup ulang lagi derita lama. Antara kita tak patut pun mula. Biar saya yang tutup cerita." - Aira Khadeeja.
"Kalau seumur hidup adalah bayaran masa yang saya perlu buat untuk takluk awak jiwa raga.. Saya janji, tiada sesaat pun saya akan bazirkan untuk capai misi saya. Dan sekarang, HANYA AWAK MISI SAYA." - Nuh Maleeq.
Akan tercapaikah misi sebenar yang diidamkan Maleeq? Mampukah dia hidup normal dengan cinta bila mana hidupnya dicipta untuk mengejar misi?Adakah Khadeeja akan membenarkan rasa cinta menakluki dirinya sekali lagi? Atau ada takdir lain yang Allah simpankan untuk mereka?