Novelmelayu Stories

Refine by tag:
novelmelayu
WpAddcinta
WpAddmelayu
WpAddkaryaseni
WpAddnovel
WpAddnovelcinta
WpAddmalay
WpAddnovelfiksyen
WpAddromantik
WpAddromance
WpAddmalaynovel
WpAddpenulisan2u
WpAddmalaysia
WpAddnovelmurah
WpAddnovelterbaik
WpAddnovelbest
WpAddsweet
WpAdddearnovels
WpAddceritamelayu
WpAddlovestory
novelmelayu
WpAddcinta
WpAddmelayu
WpAddkaryaseni
WpAddnovel
WpAddnovelcinta
WpAddmalay
WpAddnovelfiksyen
WpAddromantik
WpAddromance
WpAddmalaynovel
WpAddpenulisan2u
WpAddmalaysia
WpAddnovelmurah
WpAddnovelterbaik
WpAddnovelbest
WpAddsweet
WpAdddearnovels
WpAddceritamelayu
WpAddlovestory

373 Stories

  • Senafas Kasih by quinowl
    quinowl
    • WpView
      Reads 41,207
    • WpPart
      Parts 12
    Watak -Vivianna Koh/ Nur Vivianna Raisyah Bte Abdullah -Dato Syed Hakeemy Bin Dato Seri Syed Usmani -Dato Seri Syed Usmani Bin Haji Syed Al-Attas -Datin Seri Sharifah Kalsum Bte Syed Adam -Alvin Chong -David Chong -Ellen Jlow -Sofi Alya Bte Maslan -Kate Suzanne -Marlia Bte Dato Murad -Fattah Ezry Bin Dato Murad Senafas Kasih Vivianna- "Tolong pergi dari hidup aku!Jangan kau muncul lagi.Sebab kau Alvin mati." Keras suara Vivianna.Dia terlalu benci lelaki yang bernama Dato Syed Hakeemy punca lelaki yang ingin mengahwininya mati. Dato Syed Hakeemy- Semakin dia dekat semakin dia rasa sesuatu.'Tarikkan apa yang ada pada gadis cina ini,'desis hatinya.
  • DARI PELAJAR BINAAN KEPADA MASTER BINAAN by hajizi
    hajizi
    • WpView
      Reads 15
    • WpPart
      Parts 13
    Haziq, seorang pelajar kejuruteraan awam di Universiti Malaya, sedang stress menghadapi final exam. Tiba-tiba, telefonnya menerima notifikasi pelik: "ANDA TELAH DIPILIH UNTUK SATU PERMOHONAN." Sebelum sempat dia klik apa-apa, dia pitam dan tersedar dengan muka tertanam dalam lumpur. Dia bangun dalam badan yang bukan miliknya - badan besar, bertatu, dan rahangnya terseliuh akibat tidur di atas tanah. Seorang lelaki kampung bernama Johan memanggilnya "Tuan Rayyan." Haziq baru sedar: dia telah dipindahkan ke dalam badan Rayyan Merah, anak sulung Penghulu Malik dari Kampung Sungai Batu - seorang hooligan terkenal yang baru pecahkan kedai kopi Pak Hamid malam sebelumnya. Penghulu Malik menangis meminta Haziq pergi meminta maaf. Dalam perjalanan ke kedai kopi, semua penduduk kampung lari takut melihatnya. Sistem dunia menunjukkan status Rayyan: "Sampah Kampung" dan "Pemabuk Gila" dengan repuatsi -85. Di kedai kopi, Haziq cuba meminta maaf dengan ikhlas tapi Pak Hamid semakin takut. Johan memberitahu bahawa cara Haziq bercakap tidak kelihatan ikhlas. Pak Hamid mendedahkan bahawa barang-barang yang dipecahkan adalah harta berharga - cerek yang dibeli semasa perkahwinannya 20 tahun lalu. Lebih teruk, ibunya, Mak Yam, sedang sakit tenat akibat kesejukan monsun timur laut. Haziq, sebagai pelajar kejuruteraan awam, tiba-tiba terfikir tentang sistem pemanasan bawah lantai - teknologi yang tidak pernah wujud di dunia ini. Dia melihat peluang: dengan membina sistem ini, dia boleh menyelesaikan masalah Pak Hamid, membina reputasi, dan akhirnya membayar hutang keluarga. Sistem dunia mengaktifkan "RP System" (Relationship Points) . Skor Haziq sekarang: 0. Bab 1 berakhir dengan Haziq yang bersemangat untuk memulakan projek pertamanya dan membina empayar kontraktor dari reputasi yang hancur.
  • Before We Become Us.. by Lunaaaandreaaa
    Lunaaaandreaaa
    • WpView
      Reads 32
    • WpPart
      Parts 7
    Hii Readers welcome to my stories!!🤍 Ayden Zhafran Seorang lelaki berusia 28 tahun yang merupakan CEO muda kepada sebuah syarikat terkenal. Walaupun usianya masih muda, Ayden Zhafran berjaya membuktikan bahawa kejayaan bukanlah sesuatu yang mustahil dicapai dengan usaha dan disiplin. Memiliki wajah yang tampan, ketinggian yang ideal serta penampilan yang kemas, kehadirannya Namun, di sebalik rupa parasnya yang memikat, tersimpan seorang lelaki yang dikenali dengan sikapnya yang tenang, soft spoken, baik hati dan penyayang terhadap orang di sekelilingnya. Ramai yang takut dan segan apabila berhadapan dengannya kerana aura seorang CEO yang sentiasa serius ketika bekerja. Walaupun ramai wanita mengaguminya, bukan mudah untuk mendekati lelaki itu. Sikapnya yang lebih mengutamakan kerja membuatkan dia jarang memberi ruang kepada mana-mana perempuan untuk memasuki hidupnya. Disebabkan itulah ramai yang menganggap Ayden Zhafran seorang lelaki yang dingin dan sukar didekati, Elena Qaisara Seorang gadis berusia 23 tahun yang memulakan langkah pertamanya sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat terkemuka. Berbeza dengan orang lain yang gemar menjadi perhatian, Elena lebih selesa menjalani kehidupan yang sederhana dan tenang. Dengan tubuhnya yang kecil, wajah yang polos serta senyuman yang sentiasa menghiasi bibir, Elena memiliki pesona yang mampu menenangkan hati sesiapa sahaja yang memandangnya. Pipinya yang gebu dan mata yang jernih membuatkan dia kelihatan lebih muda daripada usianya. Elena seorang yang cerdik, rajin Namun, sifatnya yang naif dan terlalu mudah mempercayai orang lain sering membuatkan dia menjadi sasaran mereka yang mengambil kesempatan. Penemuan tidak disengajakan dengan seorang gadis bernama Elena Qaisara bakal mengubah seluruh hidup Ayden Zhafran.
  • Halaman Yang Belum Selesai by Fzann01
    Fzann01
    • WpView
      Reads 37
    • WpPart
      Parts 18
    Fawzan hanyalah seorang pelajar biasa yang melangkah masuk ke sebuah kolej dengan terlalu banyak persoalan dan terlalu sedikit jawapan. Tentang persahabatan. Tentang kegagalan. Tentang cinta. Tentang impian. Dan tentang siapa sebenarnya dirinya. Di sepanjang perjalanan, dia belajar bahawa hidup bukan tentang sentiasa menang. Ada masa dia jatuh. Ada masa dia penat. Ada orang yang datang dan pergi. Ada impian yang terasa terlalu jauh untuk dicapai. Namun setiap kali dia mempunyai alasan untuk berhenti, dia memilih untuk menulis satu halaman lagi. Kerana mungkin hidup bukan tentang mencari pengakhiran yang sempurna. Mungkin hidup cuma tentang terus berjalan, walaupun kita sendiri tidak tahu ke mana arah akhirnya. Ini bukan kisah seorang lelaki yang sempurna. Ini kisah seorang lelaki yang masih belum selesai.
  • SERASI BERSAMA by dearnovels
    dearnovels
    • WpView
      Reads 1,797
    • WpPart
      Parts 3
    Zine Cheritasis. Sekuel daripada Tersampuk Jodoh (KAU ANTARA JODOH).
  • KATA AKHIRMU by eeramli
    eeramli
    • WpView
      Reads 4,059
    • WpPart
      Parts 6
    Takdir yang menemukan mereka kembali yang dahulunya sahabat tapi erti kata lain ada selitnya perasaan cinta , disebabkan satu kejadian si dia melarikan diri Siapakah si dia itu ? Si dia yang membenci dia yang menyayangi Si dia yang setia menunggu dia yang tidak percaya pada takdir "Jangan dekat , aku taknak tengok muka kau lagi , pergi " -Medina haura "Please give me a chance to explain everything Medina " -ezril carl "Tolong jangan seksa aku dengan cinta palsu kau " -Medina haura "Sejauh mana pun kau pergi , aku tetap mencari separuh aku , kau yang aku cinta , hanya Medina haura " -ezril carl KATA AKHIRMU
  • wujudkah peluang kedua? by cikeras
    cikeras
    • WpView
      Reads 6,193
    • WpPart
      Parts 8
    Mengisahkan seorang gadis iaitu ellyna safia yang mampu mendapatkan segalanya. Tetapi jiwanya kosong selepas kematian tunangnya adrian Perubahan yang berlaku ke atas ellyna selepas pulang dari london menyebabkan dia terpaksa mengahwini syed hadrey danial. Banyak liku liku yang perlu dihadapi oleh ellyna safia dan syed hadrey danial.sehingga suatu hari syed hadrey melakukan kekerasan dan mengambil kesempatan terhadap ellyna safia. "Eh perempuan macam kau ni memang tak patut hidup . Dah Berapa ramai jantan dah jadi kekasih kau !"marah syed hadrey kepada ellyna.suatu ketika ellyna diduga dengan dugaan yang sangat berat yang mampu meruntuhkan rumah tangganya.Ellyna meninggalkan syed hadrey dan membawa diri ke london atas beberapa sebab yang hanya orang tertentu sahaja tahu. Tetapi bila dia ingin kembali ke pangkuan syed hadrey dia diseksa oleh syed hadrey.Tetapi dia tidak akan mengalah untuk menagih peluang kedua dari suaminya. Adakah ellyna tidak penat mengejar peluang kedua dari hadrey ?Tapi masih wujudkah peluang kedua untuk dirinya? Kalau nak tahu kenalah bacalah "Wujudkah peluang kedua ?" !!! By :@cikeras Cover by:@qis_desmarets
  • Wanita Terbahagia by lilyadria
    lilyadria
    • WpView
      Reads 99
    • WpPart
      Parts 5
    Nak kata jodoh? Sungguh, Najuwa benar-benar tak faham! Semuanya serba tak kena dengan kehadiran Vincent yang semakin hari semakin menapak ke ruangan hidupnya. Makin dia tolak, makin dekat laki itu menariknya bagaikan magnet berkutub utara yang bertemu utara saling melawan pergerakan arus dan tertarik antara satu sama lain. Najuwa bingung. Saat lamaran itu dia terima, badai mula berbicara. Mulai menggocak kehidupan asalnya. Adakah bahagia tersurat buatnya?
  • Cinta Antagonis by coffeelatte14
    coffeelatte14
    • WpView
      Reads 175
    • WpPart
      Parts 6
    Mengisahkan kisah pertemuan di antara dua orang yang menjurus ke arah perkahwinan yang telah dirancang oleh keluarga tanpa pengetahuan mereka.
  • JODOHKU BABYSITTER by dearnovels
    dearnovels
    • WpView
      Reads 65,846
    • WpPart
      Parts 13
    BAKAL TERBIT NUKILAN NUREEN AHMAD © DEAR NOVELS SDN BHD
  • Lelaki Penuh Kejutan by reeani
    reeani
    • WpView
      Reads 1,252
    • WpPart
      Parts 3
    Penerbitan Fajar Pakeer RM26(SM)/RM29(SS) Daripada seorang penyanyi jalanan yang tidak punya apa-apa, Fadil menempa kemasyhuran bergelar superstar terkenal setelah menjuarai satu pertandingan realiti TV. Namanya menjadi sebutan, digilai ramai peminat dan perempuan-perempuan yang memandangnya sebelah mata dahulu kini cuba mendekati dia semula. Nena - "Boleh kita jadi macam dulu semula?" Qistina - "Tapi... Kalau I jadi girlfriend you, I berani jamin I takkan merajuk. Lagi I sayang you adalah." Dua-dua cantik orangnya. Tetapi, hanya cinta Nuha yang dia dambakan. Cuma masalahnya sekarang, Nuha pula berbelah bahagi hendak terima lamarannya. "Tak apa ke saya kahwin dengan awak?" "Dah tak ada soalan bodoh lain ke kau nak tanya?" "Yalah, awak tu Fad Ashraf. Penyanyi tersohor Malaysia. Saya ni siapa? Taraf saya dengan awak ibarat enggang dengan pipit. Tak kecewa ke peminat awak nanti kalau awak kahwin dengan gadis nobody macam saya ni?" Dapatkah Fadil memujuk Nuha mengahwininya?
  • My Love For You by Achlys1607
    Achlys1607
    • WpView
      Reads 33
    • WpPart
      Parts 5
    Narisaa Sashabella, seorang yg straightforward, kuat delulu, tpi seorang yg baik hati. Hidup Sasha sangat biasa, seorang student yg ace tpi pada satu hari, dia berjumpa dengan lelaki yg misteri aura nya. Dia ingain menjauhi nya namun semakin lama semakin tertarik Sasha dengan lelaki itu. "what a cutie." "Excuse me? Did you called me a cutie?" Itulah interaksi pertama mereka. Ketika setiap hati Sasha bagai di awan, hidup nya bukan lah biasa seperti apa yg dia mahukan. "i will protect you like how precious you are compared to a diamond, bella" ....................... Maafkan sekiranya typo and tk masuk akal, this is my first novel, sekiranya ada salah, sila bagitau hehe...
  • GLOW UP CINTA by azizahami
    azizahami
    • WpView
      Reads 69
    • WpPart
      Parts 3
    Apabila menjadi orang ketiga tanpa dia sedar, membuatkan Zya mengambil keputusan drastik meninggalkan Ayden. Untuk menebus kesalahan tanpa niatnya itu, Zya yang merupakan pemilik salon estetik di ibu kota mengubah Khadijah, isteri kepada Ayden menjadi lebih cantik dan bersinar. Malah Zya mengajar Khadijah untuk menghargai diri dan yakin pada setiap langkahnya. Kerana berkorban perasaan meninggalkan seseorang yang bukan miliknya kerana Allah, maka dia juga telah Allah anugerahkan seorang lelaki yang berganda hebatnya dalam segala hal berbanding Ayden. Kehadiran Ahwaz membuatkan Zya yakin setiap pengorbanan demi kebaikan tak pernah Allah sia-siakan.
  • TOLONG INGATKAN AKU... by kuzaudeen
    kuzaudeen
    • WpView
      Reads 85
    • WpPart
      Parts 3
    Andai aku terlupa apa itu cinta, tolong terus ingatkan aku...-Yasmeen Aliyah Aku akan terus dan terus mengingatkan kau tentang cinta kita....-Ian Areez
  • LILIN by ainulfarihah_
    ainulfarihah_
    • WpView
      Reads 3,794
    • WpPart
      Parts 13
    LILIN mengisahkan tentang Zuhair yang mengalami kehilangan cebisan memori setelah mengalami satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan kecederaan teruk pada dirinya. Pun begitu, dia tidak tahu bahagian manakah dalam ingatannya yang hilang. Lantas, dia mengembara ke bumi Kuantan atau lebih tepat, ke sekolah rendah lamanya untuk bertemu dengan guru-guru yang merupakan lilin membentuk dirinya yang dahulu (tidak lagi sama seperti sekarang). Zuhair kira dia tersilap langkah kerana kembali ke sana setelah beberapa tahun mengelak daripada cuba kembali ke sekolah rendahnya itu, yang akhirnya membuat sesuatu yang dia sudah lama cuba lupakan, kini kembali di ingatan. Perit.
  • Impian by violetUngu
    violetUngu
    • WpView
      Reads 37
    • WpPart
      Parts 15
    Enam belas tahun menghuni tembok Rumah Anak Yatim Kasih Bondda, Amzah menyangka dunia luar adalah sebuah padang permainan yang indah. Namun, saat kaki melangkah keluar pada usia 21 tahun, realiti menamparnya tanpa belas kasihan. Berbekalkan wang saku yang berbaki, sebuah bilik sempit di Flat Sri Melati menjadi saksi bermulanya sebuah perjuangan. Nasibnya berubah apabila bertemu dengan Irfan, pemuda "vibe tinggi" yang memperkenalkannya kepada dunia perniagaan air balang di Bazar Ramadan. Di celah-celah kepulan asap sate dan hiruk-piruk pasar, Amzah menemui cintanya yang sebenar.. seni kulinari. Namun, jalan menuju impian tidak pernah rata. Kehadiran Joe dan Rik, anak orang kaya yang angkuh, sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkan maruah Amzah. Daripada sabotaj gerai hinggalah kepada serangan fizikal, Amzah terpaksa menggunakan setiap inci kemahiran silat yang dipelajarinya demi mempertahankan diri. Ditemani Elisa, gadis mall yang menjadi pendorong semangat, Amzah tekad membuktikan bahawa anak yatim piatu sepertinya juga punya tempat di dapur elit. Adakah resepi warisan arwah ibunya cukup untuk membina "Kafe Impian", atau adakah dia akan tewas di tangan mereka yang memandang rendah pada kasta marhaen?
  • Kompilasi SATU by Annur87
    Annur87
    • WpView
      Reads 19
    • WpPart
      Parts 1
    PRE-ORDER NOVEL KOMPILASI SATU (30/1 hingga 13/2/2023) Ada 3 CERITA dalam 1 NOVEL daripada 3 PENULIS HEBAT ❗️ Genre : Romantik, santai (Lovey Dovey) Blurb : ❤️ BUAH HATI YANG KE-1(b) karya AkuOrgBiasa "Dia cinta pertama awak. And saya ni, buah hati yang ke-1 kurungan b awak. Saya muncul dalam hati awak selepas dia."- Ayoi "Una sayangkan dia. Dia yang buat Una rasa diri Una ni penting. Dia yang manjakan Una, ambik berat pasal Una. Bukan macam orang lain yang selalu tak endahkan perasaan Una! Una dah penat hidup macam ni!" - Una 🍁🍁🍁 ❤️ PLUS-ONE karya Jiyan "End this call if you really need that break. Tapi, jangan cari aku lagi dah lepas ni. Let's just end everything." - Adnin "He will attend... with his plus-one." Plus-one, huh? She used to be his. 🍁🍁🍁 ❤️ DIARI CINTA PERTAMA karya Yana Agasshi "Aisya sentiasa dalam hati abang. Dulu dan sekarang tapi dalam masa yang sama terkadang abang rasa macam abang jauh daripada Aisya. Banyak yang abang tak tahu tentang Aisya" - Firdaus "Itu diari cinta pertama Aisya. Aisya hadiahkan untuk abang." - Aisya 🍁🍁🍁 HARGA 40 SM | 45 SS Harga sudah termasuk postage. Beli ketika pre-order semestinya LEBIH JIMAT DAN MURAH.
  • JODOH SEMENTARA by karnadyapublishing
    karnadyapublishing
    • WpView
      Reads 2,816
    • WpPart
      Parts 5
    "Biar saya bertanggungjawab!!!" - SYARIF Lafaz itu berjaya menghentikan seorang gadis daripada meneruskan keputusannya untuk menamatkan nyawanya sendiri. Ainul Mardhiah nekad untuk membunuh diri setelah ujian besar melanda hidupnya. Namun munculnya Syarif Firdaus telah mengubah apa yang gadis itu nekadkan sebelum ini. "Biar saya bertanggungjawab pada awak dan anak tu. Saya ikhlas, Ainul. Saya akan kahwin dengan awak." - SYARIF "Kau dah gila ke apa! Kau jangan berlagak jadi penyelamat pada aku, Syarif. Aku tak perlukan simpati kau!" - AINUL Penolakan Ainul nyata menghadirkan rasa kecewa dalam hati Syarif. Sekali lagi kerana kekurangan dirinya, cinta yang dihulurkan telah ditolak dengan cukup mudah oleh si gadis. "Saya tahu takkan ada perempuan yang sanggup kahwin dengan saya. Saya ni tak sempurna. Tangan saya cacat. Saya tahu saya tak layak untuk mana-mana perempuan pun." - SYARIF "Syarif... aku..." - AINUL Benarkah Syarif Firdaus tulus ikhlas untuk memelihara maruah dirinya? Hati kecil Ainul tertanya-tanya. Patutkah dia menerima saja lamaran lelaki yang sudah digelar encik penyelamat itu? Jika ya Syarif benar-benar ikhlas memperisterikannya, adakah keluarga lelaki itu turut mampu menerima diri Ainul yang sudah tercela? Mungkinkah jodoh yang bakal terbina nanti kekal selamanya? Atau ia sekadar sebuah jodoh yang sementara?
  • Mr Annoying by sdrhdyni
    sdrhdyni
    • WpView
      Reads 358
    • WpPart
      Parts 1
    Mr Annoying
  • Snow Witch and The Bitch. by fairwable
    fairwable
    • WpView
      Reads 1,533
    • WpPart
      Parts 20
    ❝Bukan si gadis putih salji, tetapi ahli sihir salju.❞ Antara orang yang lemah dan orang yang kuat. Kau akan tolong yang mana? Mestilah yang lemah kan? Itu apa yang aku nak buat. Aku nak jadi seorang Prince kepada seorang Snow White yang tak bersalah. ❝You siapa? Boyfriend dia?❞ ❝Boyfriend? No, no.❞ Tapi bila aku jumpa seorang Wicked Queen, aku terpaksa pilih untuk jadi dia punya Huntsman. Dan akhirnya bersubahat dengan dia untuk lenyapkan Snow White. An enemy in need is an enemy indeed. Hidup aku yang bahagia dengan ibu yang manjakan aku, berubah serta-merta. Aku lari dari keluarga aku dengan membawa seorang gadis yang nak bunuh adik tiri dia. Dan akhirnya aku dan dia menjadi pelarian yang dikejar pihak atasan! Aku confused sama ada aku patut bekerjasama dengan ketujuh-tujuh Dwarfs yang aku dan si dia jumpa, atau berlawanan. Iaitu tetap lindungi dia dari ditangkap. Tapi aku juga penat larikan diri. ❝You setuju tolong I bunuh dia?❞ ❝Ye. Aku setuju.❞ Satu sebab kenapa aku nak lindungi dia. Sebab dia bukan Snow White. Bukan Wicked Queen. Dia... adalah Snow Witch. Dan aku? ... -january2023