amirulafiq_co
Ryan seorang pelajar pendiam yang lebih suka menyendiri, namun hidupnya berubah apabila bertemu dengan Arif, seorang lelaki yang ceria dan bertenaga pada hari pertama orientasi kampus. Walaupun pada mulanya berat hati, Ryan perlahan-lahan membuka diri kepada Arif, yang tidak henti-henti mendekatinya.
Mereka tinggal di blok asrama yang sama di tingkat yang berbeza dan persahabatan mereka berkembang menjadi ikatan yang kuat. Namun, di sebalik senyuman cerah Arif, Ryan menyimpan perasaan yang sukar untuk dia ungkapkan: Dia sedang JATUH CINTA dengan kawan baiknya.
Terperangkap antara ketakutan dan keinginan, Ryan menyembunyikan perasaannya, sehinggalah suatu hari dia menerima berita buruk tentang kesihatannya yang membuatkan dia sedar bahawa masa tidak menyebelahinya.
Di tengah-tengah pergolakan emosi dan rahsia yang disimpannya, adakah Ryan berani meluahkan isi hatinya kepada Arif? Atau adakah perasaan itu akan terus terkubur apabila masa semakin surut?
Sebuah kisah tentang cinta yang tidak terucap, persahabatan, dan keberanian dalam menghadapi kehilangan.