_urzyraa
Airil Zafran seorang lelaki yang hidup dalam bayangan masa lalu. Setelah lima tahun bergelar duda, hatinya masih terkunci rapat, trauma kehilangan wanita yang dicintainya dalam satu kemalangan tragis membuatkan dia menolak untuk membuka ruang buat sesiapa.
Namun takdir menemukan dia dengan Aira Zahra.
Seorang wanita cekal yang membesar tanpa kasih sayang ibu bapa, namun tetap kuat hasil didikan penuh kasih daripada makciknya, Puan Alia. Kini, Aira berdiri megah sebagai anggota bomba-berani, tegas, dan tidak mudah goyah walau diuji.
Pertemuan mereka bermula sebagai ketua dan anggota.
Namun sejak hari pertama, Airil sedar... Aira bukan wanita biasa.
"You're stronger than I expected... Vixen." - Airil Zafran
"Ha? Vixen?" - Aira Zahra
"Yes, Vixen. Nama panggilan balai untuk kau... and I'm Phantom."
Dari situ, hubungan mereka mula berubah-antara ego, rasa hormat, dan sesuatu yang mereka sendiri cuba nafikan.
Namun, kebahagiaan tidak pernah datang tanpa ujian.
Aulia-wanita yang penuh iri hati menabur fitnah, melabel Aira sebagai perempuan murahan. Lebih kejam, dia berusaha merampas kasih sayang Rayden, anak kecil Airil yang tidak berdosa.
Dalam kekeliruan dan tekanan, ayah Airil memaksa mereka berkahwin.
Perkahwinan yang sepatutnya menjadi permulaan baru... bertukar menjadi medan luka.
Airil yang dibutakan amarah dan salah faham mula melukai Aira bukan sekadar kata-kata, tetapi juga perasaan yang semakin hancur.
Namun di sebalik semua itu, Aira tetap bertahan.
Kerana jauh di sudut hatinya... dia percaya ada kebenaran yang belum terungkap.
Mampukah mereka bersatu di sebalik segala penderitaan?
Atau semuanya akan musnah sebelum kebenaran sempat terbongkar?
Dan bila tiba saatnya... adakah Airil mampu menebus semua luka yang pernah dia ciptakan?