AustinLinuse
What I Never Said mengisahkan tentang cinta yang wujud dalam diam tidak pernah diluahkan, hanya ditulis.
Ia mengikuti seorang lelaki yang pendiam, yang memilih untuk menyimpan setiap perasaan dalam sebuah buku, kerana baginya, diam adalah cara paling selamat untuk mencintai seseorang tanpa kehilangan. Setiap rasa yang tidak mampu diucapkan, menjadi ayat. Setiap luka yang disembunyikan, menjadi tulisan.
Namun, segalanya berubah apabila perempuan yang dia cintai akhirnya membaca semua perkara yang selama ini tidak pernah dia katakan. Apa yang tersembunyi kini menjadi nyata tetapi pada waktu yang sudah terlalu lewat.
Cerita ini membawa tentang keberanian yang tidak pernah cukup, ketakutan yang terlalu besar, dan hakikat bahawa kadang-kadang... cinta itu wujud, tetapi masa tidak pernah berpihak.
Kerana pada akhirnya,
tidak semua perasaan sempat diluahkan dan tidak semua cinta diberi peluang kedua.
Disclaimer 🪶
This story was never taken from anyone
it was written from silence,
from thoughts that never found a voice,
and feelings that chose to stay hidden.
This is my first piece.
It may not be perfect,
but every word carries something real.
If there are flaws,
it is only because I am still learning
still finding my way through everything I feel.
Thank you for reading
what I was never able to say.