Vanessawrites7
Laila mempunyai segala yang diimpikan oleh setiap wanita.
Seorang suami yang mencintainya sepenuh hati. Seorang lelaki yang sentiasa berada di sisinya dalam setiap suka dan duka, yang tidak pernah gagal membuatnya tersenyum walaupun pada hari-hari yang paling sukar.
Dia juga dikurniakan sepasang anak kembar yang menjadi penyeri hidupnya. Gelak tawa mereka memenuhi setiap sudut rumah, menjadikan setiap hari terasa lebih bermakna. Walaupun hidup mereka tidak sempurna, Laila tidak pernah meminta lebih daripada apa yang dimilikinya.
Dan sebuah keluarga yang tidak akan ditukarnya dengan apa pun di dunia ini.
Namun sebuah kemalangan telah meragut semuanya.
Apabila Laila membuka mata semula, dunia yang dikenalinya sudah tidak lagi sama.
Orang di sekelilingnya mengatakan bahawa dia telah koma selama setahun.
Lebih mengejutkan, tiada seorang pun mengenali suami dan anak-anak yang selama ini hidup bersamanya.
Seolah-olah mereka tidak pernah wujud.
Tetapi bagaimana mungkin mereka hanya mimpi...
sedangkan setiap kenangan, setiap sentuhan, dan setiap pelukan masih terasa begitu nyata?
Jika itu semua hanyalah mimpi,
Kenapa hatinya masih merindui mereka?