𝟬𝟬 : 𝟬𝟬

888 113 59
                                    

now playing | little do you know
0:00 ────── 0:00
► ▌▌ ■

now playing | little do you know0:00 ─〇───── 0:00► ▌▌ ■

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝗣𝗥𝗢𝗟𝗢𝗚𝗨𝗘
For last

━━━━━━━━━━━━

. ˚ 🌷 °.

DARIEN melakar senyuman lega. Kehadirannya di seberang jalan, memautkan sepenuh pandangannya. Garisan di bibir mereka kini seakan tidak mahu melepaskan kedua-duanya. Jelas sekali pertemuan ini adalah jawapan kepada setiap persoalan yang sebelumnya meragui mereka.

Dengan senyuman yang tidak lagi ragu-ragu menghiasi bibir, setapak demi setapak dihayunkan oleh Darien menghampirinya. Jika langkah besar diambil, mungkin gadis di hadapan matanya itu bakal dikejarkan ke hospital barangkali?

Sama halnya dengan Yara. Jantungnya berdegup lebih kencang sewaktu melihat Darien memendekkan jarak mereka. Keterujaan yang jelas terukir di bibir lelaki itu, menambahkan lagi debaran yang dirasai. Adakah kerana perasaan lega, atau ada sesuatu yang bercanggah di hatinya?

Semoga hanya permainan hati.

Entah mengapa, perasaan Yara berkata yang sebaliknya. Seolah-olah, ada sesuatu yang bakal menandusi kegembiraan itu. Perlahan-lahan, riak wajah Yara berubah mendung ketika dia sudah pun berada di tengah-tengah kawasan lalu lintas yang sepi itu. Melihatkan gadis itu tiba-tiba terpaku di tempatnya, kaki Darien turut terkunci dengan sendirinya.

Masih ada jarak yang berbaki, tetapi mereka masih berdiri di atas ketidakpastian. Mungkin ada sesuatu yang sedang menunggu mereka jika terus melangkah. Namun apa?

Air muka Yara yang kelihatan resah, menyukarkan Darien untuk membacanya ketika ini. Dia bingung melihat Yara yang seperti tidak mahu dirinya berganjak seinci pun. Semua itu terlakar pada anak matanya. Hanya itu yang dapat disimpulkannya kini. Ada apa sebenarnya?

Anak mata mereka saling bertaut buat sekian kalinya, sebelum takdir yang tidak diduga segera mengakhirinya.

SRET...

Suara tayar kereta yang bergeser laju mengekang pandangan, dalam sekejap sahaja meragut nyawa si dia. Kejadian itu menyentakkan Darien yang langsung tidak sempat berbuat apa-apa. Tubuh yang lemah itu, telahpun terbaring di atas jalan sewaktu pandangan Darien kembali berkutik. Sepasang mata yang sayu sempat menyapanya sebelum cecair pekat berwarna merah, laju menodai permukaan jalan.

Semuanya berlaku begitu cepat sehingga lupa akan keterujaan yang mereka genggam sebentar tadi.

"Tt... tak..." Darien berusaha menyanggah apa yang telah berlaku. Bebola matanya langsung tidak berganjak memandang sekujur tubuh yang menyeksa pandangannya. Urat wajahnya menegang, menyaksikan betapa pantasnya takdir berubah.

Ternyata benar, keberaniannya mampu goyah. Terkalahkan dengan seorang perempuan yang dia gelar sebagai 'cinta'.

Darien yang sudah bertakungan air mata, menutup matanya seketika sambil mengetap giginya kuat, berperang dengan perasaannya yang semakin tersiksa. Jarak yang masih berbaki, memaksa raganya pula untuk menghabiskan langkah. Menghampiri gadis yang penuh dengan cecair pekat berwarna merah di sekitarnya.

Tubuh Yara dikalihkan, sekali gus meletakkan kepalanya di atas riba. Tangannya cukup menggeletar semasa dia ingin memangku gadis berwajah sayu itu. Sungguh dia tidak kuat.

Gadis itu masih tersenyum walaupun senyumannya tampak lemah dan tak berdaya. Darien menahan sebak. Pandangannya yang mula berkaca-kaca, membuatkan penglihatannya sedikit kabur. Sesekali dia memandang ke atas, berharap agar dia kuat membalas pandangannya.

'Now I'm afraid. Literally afraid of losing you, little butterfly,' luahnya di dalam hati.

Seakan takdir begitu cemburu akan kebahagiaan sesaat yang mereka punya, sekali lagi mereka diuji. Kuatkah dia yang akan ditinggalkan? Ataukah takdir ingin mengakhiri mereka berdua bersama?

SRET...

Kedengaran bunyi tayar bergeser ngilu semasa membuat pusingan ke arah mereka semula. Darien yang sedar akan pergerakan tayar kereta tersebut, mula memeluk erat tubuh kecil dalam pangkuannya itu. Wajahnya dirapatkan ke dahinya, menutupi pandangan gadis tersebut dengan perasaan yang pasrah.

Darien memejamkan matanya, sementara Yara berusaha untuk mengatur pernafasannya. Dia aneh mengapa lelaki itu mengetatkan dakapannya. Hingga akhirnya, Darien membiarkan sahaja mutiara jernih mengalir di pipi semahunya. Tiada daya untuk menahannya lagi. Seakan dia dapat menyimpulkan penamatnya berupa bagaimana.

Kala ini, hanya takdir yang mampu menjawab. Menjawab kesemua persoalan mereka yang belum sempat dijelaskan, di saat langit masih lagi terbentang indah. Di saat matahari memancarkan sinarnya. Dan di saat pertemuan yang tak mampu melindungi sebuah senyuman. Adakah dia benar-benar gagal menjadi pelindung buatnya?

Mungkin, inilah pengakhirannya. Tidak juga indah, jauh lagi sempurna. Dengan membiarkan cinta mereka berehat sementara di dunia nyata, tetapi selamanya di sana.

 Dengan membiarkan cinta mereka berehat sementara di dunia nyata, tetapi selamanya di sana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

saya harap awak semua suka jalan cerita yara darien.
bismillah, let's begin🌷.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 12, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Right Behind You (in editing)Where stories live. Discover now