1

9 2 0
                                    

Aku meletakkan kotak kedua sebaik sahaja kaki mencecah di depan pintu rumah bernombor 110. Takguna, banyak pulak barang aku masih berlonggok kat bawah tu.  Dahla tangga apartment ni tak boleh rilek dia punya curam!

Aku betulkan urat urat belakang yang sudah tergeliat dan terikat pintal. Apa, ingat kotak ni ringan? Cepat cepat aku masukkan passcode dan sepak kotak ke dalam rumah.

HUWAA, OMMA!!  ADA BERPULUH LAGI KOTAK NAK KENA ANGKAT!

Aku melepaskan beberapa keluhan sambil mengipas ngipas muka dengan tapak tangan. Peluh ni kalau perah, dah boleh dapat sebotol besar minyak masak rasanya. Aku takfaham betullah apartment ni, dah tahu lift rosak cubalah baiki. Ini biar aje terbengkalai macam tu. Naya lah siapa yang pindah tingkat atas sekali.

Sempat juga aku perhati keadaan sekeliling apartment sepanjang proses pemindahan barang ni. Kejiranan sini agak kosong, mungkin sebab aku sampai sini waktu orang bekerja. Memang silap percaturan betullah,  dahlah dapat apartment yang tak ada lift. Aku tengok budak bawak lori pun termengah dah angkut kotak aku. Bukan salah aku, dia jugak yang beria nak tolong aku tadi. Setelah menghirup sebeberapa banyak oksigen, aku menuruni tangga membawa langkah ke bawah di mana kotak-kotak aku berlonggok.

"Boleh saya tahu, kenapa awak pindah sini?" tiba tiba budak itu bersuara ketika kami sama sama menuruni tangga. Punyalah dah lama dia turun naik tangga dengan aku, baru sekarang dia nak ajak bersembang. Sempat aku jeling lori, tinggal beberapa kotak lagi dengan beberapa perabot kecil seperti meja lipat, kerusi berbentuk kerang dan rak kasut. Memang patah la rusuk aku harini.

"Saya kerja kat kawasan sini, sebab tu pindah sini. Kawan saya yang cadangkan rumah kat sini" ringkas saja jawapan aku sambil pandang lelaki itu. Aku perasan tiap kali aku tengok dia, mesti dia tak pandang mata aku. Hm aku dah agak, mesti dia rasa malu bersembang dengan orang cantik. Mungkin dia rasa dia tidak layak memulakan perbualan kepada orang cantik seperti aku. Aku tekankan, mungkin.

"Aa, macam tu. Sayangnya lift apartment ni dah lama rosak. Mesti awak penat angkat barang. Kebetulan kawan saya pun ada kerja lain harini" dia bersuara kesal.  Aku taktahu dia kesal sebab dia tak ada kawan harini ataupun kesal sebab dia terkontang kanting kena angkut barang aku ke atas dengan tangga. Betul betul mencabar keimanan zahir dan batin kerja dia hari ni.

Aku ketawa kecil sebagai penambah perisa. Jujurnya aku janggal dengan situasi sekarang sebab aku tengah lelah, jadi aku tak ada mood nak bercerita atau memperkenalkan diri sekarang. Boleh tahan berat nakmampos juga kotak kotak aku tu.

Hm, dan aku rasa lelaki ni memang pemalu sebab dia langsung takboleh tengok mata aku. Hm cantik sangat ke aku ni? Matanya asyik ke bawah saja.

Hampir satu jam, akhirnya tinggal sebuah kotak sahaja. Sebuah kotak lagi budak Nam Sook tu dah angkut awal awal. Tak guna, dahlah kotak paling kecik dia bawa. Patutlah laju semacam dia bawak masa berselisih kat tangga. Mesti dia takut dapat kotak paling besar kalau aku sampai awal tadi. Aku menyumpah dalam hati.

Bukan aku tak bayar servis dia angkut barang. Tapi, aku perempuan kut? Aku mengeluh dan cepat cepat sejukkan hati. Perabot aku pun dia banyak angkatkan tadi.

"Anyeonghaseyo. Hai" aku menyapa seorang lelaki yang menuju ke arah pintu masuk apartment. Lelaki itu berhenti seketika dan memganggukkan kepalanya sebagai balasan kepada sapaan aku.

"Wae?  Kita kenal ke?" dia berbasa basi. Aku yang dari tadi control senyum sekali lagi menyumpah lelaki yang masih tak berganjak dari tempat dia berhenti. Dasar bahalol,  dia taknampak ke aku ni termengah? Aku kat lori kot? Lori barang kot? Taknampak ke kotak besar alam ni?

"Ani.. Saya Bae Soo Young, baru pindah.. Huh.. kat sini... harini.. Jadi.. Saya.. Huh.. Penat sikit.. " aku buat buat penat. Hakikatnya memang aku rasa nak tercabut tangan kaki dah pasal ulang alik angkut barang. Aku taktahulah dia ni buta tahap berapa, takkan taknampak aku mengipas ngipas panas? Kakinya masih tercegat di situ, tiada tanda-tanda mahu bertanya khabar tentang aku yang sudah separuh mati ini.

"Okey, kreom?" dia masih di situ, tak berganjak walau seinci.

"AA DASAR BODOH!! ANGKAT LA BARANG AKU, BONGOK!"

--

StrangerWhere stories live. Discover now