2

3 2 0
                                    

Nak je aku tengking mamat ni! Tapi carutan aku bergema dalam hati saja. Aku mengetap gigi geram. Muka je hensem tapi benak tahap petala bumi. Kalau ada orang paling benak atas muka bumi ni, aku yakin dia lah orangnya.

"Boleh tak tolong angkat barang saya? Saya tak larat dah nak naik. Saya rasa nak pengsan dah" aku letak belakang telapak pada dahi dan bersandar pada lori.

"Aa" dia akhirnya mengangkat kaki merapati lokasi aku. Aku menarik nafas lega, nasibbaik faham. Kalau tak faham jugak memang aku sekeh tiada ampun dah mamat ni. Geram aku!

Lelaki itu menjenguk kepala ke belakang lori. "Tinggal 1 je. Aku ke kena angkat ni?"

Aku merengus geram. Apalah benak sangat mamat ni eii!!

"Angkat sendirilah. Pekerja kan dah ada, kenapa suruh aku pulak?" Lelaki itu bersuara tanpa rasa bersalah. Sabar Soo Young, ada harapan lagi. Macam mana ya nak jelaskan bagi dia ni faham? Aku menggaru kepala dengan muka stress tertampal di muka.

"Hm, masalahnya ada sorang pekerja je.  Itupun dia macam nak patah kaki angkat barang barang ni" aku cuba menjelaskan dengan nafas yang kuatur. Berharap lelaki ini faham dan tidak memanjangkan lagi perbualan yang sepatutnya tidak panjang ini. Matanya meliar ke atas ke tepi dan sudut sudut lain, macam malas nak dengar apa yang aku cuba jelaskan. Urgh! Dia ni lembam ke apa?

Tahu tak biadab kalau ada orang bercakap, tapi tak pandang mata si penyampai maklumat itu?

"Itu bukan masalah aku. Apa pun memang ini fashion sekarang ke?"

"Mwo?" aku menjadi hairan bila lelaki ini tiba tiba tukar topik. Aku rasa tenaga aku makin lemah disebabkan perbualan dengan lelaki ini. Sia sia aku telan 3 botol air isotonik tadi.

"Butang baju kau—" perlahan saja suaranya, namun itu cukup membuatkan mata aku terbuntang luas. Nasib tak tergolek je bijik mata aku ni.

"Ya sekkiya!  Neo micchinseo?!!" aku menjerit dengan suara paling kuat yang aku pernah ada. Siap pakej aku bedal lagi lelaki ni sebab dia berani berani minta nudes aku, walhal ini kali pertama kami bertemu mata. Watdehek? Buka butang baju? Memang nak kena rejam dengan aku betul lah dia ni!

Bukan sekali bedal, berbedal bedal aku kasi kat dia! Biar dia tahu wanita era milenium ini tidak lagi bodoh dan pendek akal! 

"Hoi, butang baju kau sampai habis boleh tak?" bedalan keempat aku terhenti. Mata aku berhenti pada dada sendiri dan cepat-cepat aku tutup dengan sebelah tangan, siap cover muka tak bersalah lagi. Wah, wahh punya baik bra aku tersembul!

"Aa sssibal" perlahan saja carutan aku. Butang aku rupanya tercabut entah ke mana, dua butang pula tu. Patutlah Nam Sook tadi tak pandang mata aku. Yelah buat apa tengok mata kalau tengok dada lagi best! Urgh! Mesti butang aku tercabut sebab baju ni meregang masa angkat barang banyak banyak tadi. Tak ada idea dah macam mana nak tutup bahagian butang yang tercabut ni. Lelaki kat depan aku ni dari tadi tak berganjak, dan tindakan sepi itu berjaya membuatkan aku tak selesa.

"Tengok apa? Pervert!"

"Patutlah budak tu patah kaki ya? Lemah lutut tengok benda lain" sesedap mi kari saja dia perli. Aku jeling lelaki yang masih berpeluk tubuh di situ. Dia ni kan, hari pertama dah cari pasal dengan aku. Bukan nak hulur aku bantuan kemanusiaan ke apa, langsung tak membantu!

Seolah olah faham kutukan aku, lelaki itu segera membuang jaket. "Aku bukan pervert. Pakai ni. Takpayah nak sambung sambung butang tu, bukan jadi pun" Jaket denim dicampak kepada aku. Tepat jatuh tutup muka aku.

Aku mengetap gigi menahan daripada memaki lelaki ini. Okaylah sebab dia ada hati nurani jadi aku takkan maki dia. "Thanks"

Cepat cepat aku sarung jaket denim ke batang tubuh aku bila ternampak Nam Sook berlari anak mendapatkan aku.

"Lain kali dah tahu pakai kemeja putih, pakailah singlet" dia merapati aku dan mengajar aku. Sempat lagi lelaki ni menyakitkan hati aku. Jari aku laju mengutil rusuk lelaki dengan kuku sebagai balasan.

"Aa, kamsahamnida sebab tolong saya angkat barang. Tak apalah, yang terakhir ni namja chingu saya tolong" aku memeluk manja lengan lelaki yang aku baru jumpa tak sampai 10 minit. Siap lentok kepala nyah.

"Baik kau berlakon sekarang" bisik aku sambil mengetap gigi yang masih mengekalkan senyuman kepada Nam Sook. Nam Sook tengok lelaki tu, lelaki tu tengok Nam Sook.

Memang tidaklah aku nak berdepan dengan Nam Sook ni lagi. Sepanjang 2 jam aku naik turun tangga dengan dia, sepatah haram dia tak tegur. Tak guna betul.

"Oh. Namchin..?" mata Nam Sook memandang aku yang sudah dibaluti jaket denim. Lelaki di sebelah aku pula cuma hadiahkan senyum janggal.  Memang kayu betullah mamat ni tak pandai berlakon.

"Nae nae, kan Hyun?" Aku petik saja nama siapa siapa pun. Berlakon, kan.

Aku menunggu kata kata dari lelaki ini tapi sepatah haram dia tak bersuara. Nafas dia pun aku tak dengar!

"Baik kau jadi pakwe aku sekarang" kata aku perlahan sambil ketap gigi.  Reaksi muka lelaki ni nampak sangat macam kena paksa, memang takpandai berlakon betul. Panas betul hati aku!

"Ani. Saya bukan namchin dia. Dia tipu" Aku dah tercengang. Dia siap leraikan lengan aku. Scene ni sepatutnya sekejap je tau, kau mengaku jadi pakwe aku. Pastu dia blah. Settle je. Aku rasa rahang aku jatuh ke bawah.

"Jagiya, kalau ada lelaki tengok jagiya lagi, jagiya terus cucuk je mata dia nae? Oppa tak boleh ada lelaki tak guna ambil kesempatan kat jagiya macam dia ni.  Jagiya kan isteri oppa" dia menarik pinggang aku rapat ke tubuhnya. Aku pandang mamat ni, oOooOo..  Okay, sekarang aku yang rasa janggal. Gila menjiwai watak mamat ni.  Aku tarik baliklah kutukan aku yang dia kaku berlakon tadi.

Aku mendongak dan cepat cepat meneruskan lakonan. Belakang tubuhnya aku dakap kemas. "Humm!Arasseo yeobo"

Oh
My
God

Aku peluk stranger hensem yang entah siapa siapa yang mengaku jadi suami aku?!  Heol! Hm best pulak peluk dia ni, rasa macam taknak lepas.

"Kalau aku tahu kau tengok dia lagi, siap kau" tiba tiba lelaki ni buat muka bengis. Terkulat kulat budak Nam Sook. Dia angguk sahaja. Nasib tak makan backhand, laju dia angkat kaki masuk lori setelah dia menurunkan kotak berisi barang aku.

"Wah,  kamsahamnida, yeobo"  ucap aku dengan senyuman. Alah seronoknya ada stranger hensem tiba tiba mengaku jadi suami! Siap peluk wiols tau! Damn, he is the hottest one, aku sumpah kat Cheongdam ni dia paling letops.

"Hutang. Kau ingat peluk aku free?" daripada muka manis semanis teh peng, terus jadi muka bengis macam mak singa.

"Hello, siapa peluk siapa dulu?" jeling aku balik.  Terus aku lepas dakapan tadi.

"Siapa selamatkan siapa?"

"Yelah, angkat kotak ni baru aku bayar. Ppaliwa!" aku terus angkat kaki ke dalam apartment.  Baik aku lari cepat sebelum dia pintas aku!

"Yaa!!  Aa sekkiya!"

--

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 03, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

StrangerWhere stories live. Discover now