SOAL KUBUR

1 0 0
                                    

SOALAN :

Minta ustaz sebut secara ringkas tentang soal jawab di alam barzakh supaya dapat menambah pengetahuan saya dan dikongsikan olih umat Islam.

Adakah orang Islam sahaja yang akan disoal?

Bagaimana dengan orang kafir dan orang munafik dan kanak-kanak?

JAWAPAN :

Untuk memenuhi permintaan tuan adalah memadai saya sertakan disini fatwa Syeikh Khalili As-Syafie yang memuatkan beberapa keterangan yang sangat elok dan mencukupi sebagai pengetahuan bagi orang awam.

Berkata Syeikh Al-Khalili :

"Ketahui olih mu semoga Allah memberi taufiq akan kamu bahawasanya soal kubur itu berlaku ia dengan ijmak ulamak. Maka tersebut pada kitab sahih Bukhari dan Muslim dan lain dari keduanya dari jalan Qatadah daripada Anas r.a. beliau berkata : Rasululah saw telah bersabda :

إن العبد إذا وضع في قبره، وتولى عنه أصحابه أنه يسمع قرع نعالهم، قال: يأتيه ملكان فيقعدانه فيقولان له: ما كنت تقول في هذا الرجل؟

Artinya : Sungguhnya seorang hamba itu apabila diletakkan di dalam kuburnya dan sekelian saudara-mara dan sahabatnya telah berpaling pulang sungguhnya mayat itu mendengar akan bunyi geseran sandal mereka kemudian datang olih dua orang malaikat lalu kedua malaikat itu mendudukkannya dan berkata kedua malaikat itu baginya : Apa kamu kata pada seorang lelaki ini (yakni Nabi Muhammad?

Dan pada riwayat Ibnu Mardawaih :

Apa kamu kata pada lelaki ini yang adalah dia berada dikalangan kamu yang dipanggil akan dia dengan nama Muhammad? Maka jika adalah mayat itu orang mukmin maka dia kan berkata : Sungguhnya lelaki itu adalah hamba Allah dan Rasulullah. Lalu dikatakan bagi mayat itu : Lihatlah akan tempat dudukmu dari api neraka sungguhnya Allah telah menukarnya dengan tempat di dalam syurga.

Rasulullah saw bersabda : Maka mayat itu melihat kepada kedua tempatnya di neraka dan di syurga itu.

Berkata Qatadah : Telah disebutkan bagi kami sungguhnya akan diluaskan bagi mayat itu akan kuburnya tujuh puluh hasta dan memenuhi atasnya olih kehijauan.

Dan adapun mayat yang munafik dan kafir maka dikatakan baginya : Apa kamu kata tentang lelaki ini? Lalu jawab mayat itu : Aku tidak tahu dan adalah aku hanya mengatakan apa yang dikata orang. Lalu dikatakan : Kamu tidak tahu dan kamu tidak ikut lalu dipukul akan mayat itu dengan pemukul daripada besi sekali pukul lalu bertempik mayat itu dengan satu tempikan yang mendengar tempikannnya itu olih sekelian yang berdekatan melainkan jin dan manusia.

Ada pun orang mukmin yang telah baligh atau orang munafik yang dibangsakan kepada Islam dengan sebab dia bersyahadah maka akan disoal akan keduanya tanpa khilaf.

Dan adapun orang kafir maka telah berkata Ibnu Abdil Al-Barri : Tidak akan disoal kerana tiada faedah bagi menyoalnya. Dan berkata Imam Qurtubi dan Ibnul Qayyim : Akan disoal dari kerana sungguhnya segala hadith padanya sangat jelas dengan soalnya dan dibuat ibarat daripadanya pada sebahagiannya dengan munafik yang dikehendaki dengan dia ialah orang kafir dan orang yang ragu tentang Allah.

Dan adapun kanak-kanak yang belum mukallaf maka telah berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Sungguhnya kanak-kanak itu tidak akan disoal dan bermula soal kubur itu hanya khusus bagi yang mukallaf dan ialah yang zahir dari kitab Ar-Raudhah. Dan Al-Qurtubi dan satu Jemaah telah menjazamkan dengan disoal kanak-kanak seperti orang dewasa dan sungguhnya aqal itu akan disempurnakan bagi mereka supaya kenal mereka dengan demikian itu akan tempat duduk mereka dan kebahagiaan mereka dan dihampakan jawapan dari perkara yang disoal daripadanya.

KESIMPULAN

Ijmak ulamak atas bahawasanya sabit adanya soal kubur di alam barzakh dimana malaikat Munkar dan Nakir akan mendatangi mayat yang telah diletakkan di dalam kubur.

Orang Islam dan orang kafir dan orang munafik yang mukallaf akan disoal di dalam kubur.

Kanak-kanak tidak akan disoal di dalam kubur kerana mereka belum mukallaf menurut pendapat jumhur ulamak dan kata setengah ulamak kanak-kanak juga disoal tetapi hanya sekadar disoal sahaja tidak seperti disoal mayat yang telah dewasa." (Kitab Fatawa Al-Khalili ala Mazhab As-Syafie)

wallahualam

ustaz Azhar Idrus

Teks Asal Fatwa Syeikh Al-Khalili :

اعلم وفقك الله تعالى أن سؤال القبر واقع إجماعا، ففي الصحيحين، وغيرهما من طريق قتادة عن أنس قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: "إن العبد إذا وضع في قبره، وتولى عنه أصحابه أنه يسمع قرع نعالهم، قال: يأتيه ملكان فيقعدانه فيقولان له: ما كنت تقول في هذا الرجل؟ ". وعند ابن مردويه: ما كنت تقول في هذا الرجل الذي كان بين أظهركم الذي يقال له محمد؟، قال: فأما المؤمن فيقول: إنه عبد الله ورسوله، فيقال له: انظر إلى مقعدك من النار، قد أبدلك الله به مقعدا من الجنة، قال النبي - صلى الله عليه وسلم -: فيراهما جميعا".

قال قتادة: وذكر لنا أنه يفسح له في قبره سبعون ذراعا، ويملأ عليه خضرا، وأما المنافق والكافر فيقال له: ما كنت تقول في هذا الرجل فيقول: لا أدري، كنت أقول ما يقول الناس، فيقال: لا دريت، ولا تليت، ويضرب بمطارق من حديد ضربة، فيصيح صيحة يسمعها من يليه إلا الثقلين، أما الكبير المؤمن، أو المنافق المنسوب للإسلام بالشهادة فيسألان بلا خلاف، وأما الكافر، فقال ابن عبد البر: لا يسأل، إذ لا فائدة لسؤاله. وقال القرطبي وابن القيم: يسأل لأن الأحاديث فيها التصريح بسؤاله، ويعبر عنه في بعضها بالمنافق المراد منه الكافر، أو المرتاب.

وأما الصغير الذي لم يكلف، فقال الحافظ ابن حجر: إنه لا يسأل، والسؤال خاص بالمكلف، وهو ظاهر كلام الروضة، وجزم القرطبي، وجماعة بسؤال الأطفال كالبالغين، وأن العقل يكمل لهم ليعرفوا بذلك منزلتهم وسعادتهم، ويلهمون الجواب عما يسألون عنه، قال: وهذا ما تقتضيه ظواهر الأخبار، وقد جاء أن القبر ينضم عليهم كما ينضم على الكبار، قال اللقاني: قلت: وظاهر الرسالة يشهد له، وهو أحد قولي الحنابلة، والآخر: أنهم لا يسألون، واختاره الجلال تبعا لشيخه ابن حجر، وذكر أن فتاوى أئمتهم عليه، وبعض من شرح عقيدة النسفي من الحنفية جزم بأن كل ميت يسأل صغيرا كان، أو كبيرا، قال: وتوقف أبو حنيفة في سؤال الأطفال المشركين، ودخولهم الجنة، وهم عند غيره يسألون. وأقول: الحق عندي في مسألة الأطفال الوقف، إذ ليس فيها خبر مقطوع به

فتاوي الخليلي على المذهب الشافعي

مطلب: هل يسأل الميت في قبره الصغير والكبير إلخ

Soal Jawab Ustaz Azhar IdrusWhere stories live. Discover now