MENANGIS KETIKA BERLAKU KEMATIAN

0 0 0
                                    

SOALAN :

Mana satu menangis yang haram masa kematian dan mana satu menangis yang tidak haram?

Benarkah dikata orang syaitan masuk ke dalam rumah yang ada orang menangis kerana kematian?

JAWAPAN :

Hukum menangis ketika berlaku kematian adakalanya diharamkan dan adakalanya diharuskan.

MENANGIS YANG HARAM

Menangis ketika berlaku kematian yang diharamkan olih syarak dan dilaknat pelakuknya disebut sebagai niyahah.

Arti niyahah ialah meratapi akan mayat atau meraung yakni berteriak mengangkat suara atau menangis dengan bertempik atau terlolong-lolong atau menampar-nampar pipi atau mengoyak pakaian atau berguling-guling dan sebagainya dari kelakuan menangis yang jahiliyah.

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Nabi saw bersabda :

اثْنَتَانِ فِي النَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ الطَّعْنُ فِي النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ

Artinya : “Dua perbuatan pada manusia yang keduanya adalah perbuatan orang kafir yaitu menghina pada keturunan dan berteriak atas mayat.” (Hadith riwayat Muslim)

Dan diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. Nabi saw bersabda :

لَيْسَ مِنَّا مَنْ ضَرَبَ الْخُدُودَ، وَشَقَّ الْجُيُوبَ، وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ

Artinya : “Bukan dari amalan kami mereka yang menampar pipi (ketika kematian) dan mengoyakkan pakaian dan menyeru dengan ucapan-ucapan jahiliyah.” (Hadith riwayat Syeikhain)

Dan telah diriwayatkan daripada Anas r.a. :

أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَى عَلَى امْرَأَةٍ تَبْكِي عَلَى صَبِيٍّ لَهَا فَقَالَ لَهَا اتَّقِي اللَّهَ وَاصْبِرِي قَالَتْ وَمَا تُبَالِي أَنْتَ بِمُصِيبَتِي فَلَمَّا ذَهَبَ قِيلَ لَهَا إِنَّهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخَذَهَا مِثْلُ الْمَوْتِ فَأَتَتْ بَابَهُ فَلَمْ تَجِدْ عَلَى بَابِهِ بَوَّابِينَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَعْرِفْكَ فَقَالَ إِنَّمَا الصَّبْرُ عِنْدَ أَوَّلِ صَدْمَةٍ

Artinya : “Sungguhnya Nabi saw telah lalu kepada seorang perempuan yang sedang menangis atas anaknya (yang mati). Maka Nabi saw berkata baginya : Takutlah kamu akan Allah dan bersabarlah. Kata perempuan itu : Dan apa engkau peduli dengan musibah yang menimpa aku. Maka ketika Nabi saw beredar seorang telah memberitahu perempuan itu bahawasanya yang bercakap dengannya tadi ialah Rasulullah saw. Perempuan itu telah kematian anaknya (kerana itu dia jadi bersangatan perasaannya). Lalu dia datang ke rumah Nabi saw dan didapatinya tidak ada orang yang menunggu pada pintunya. Kemudian berkata perempuan itu : Wahai Rasulullah. Aku tidak mengenali akan engkau (meminta uzur). Maka sabdanya : Hanyalah sabar itu ketika permulaan (datang musibah).” (Hadith riwayat Muslim)

Berkata Imam Al-Qurtubi :

الظاهر: أنَّه كان في بكائها قدر زائد من نوحٍ، أو غيره ولهذا أمرها بالتقوى

Artinya : “Bermula yang zahirnya bahawasanya pada tangisan perempuan itu lebih daripada meratap atau lainnya maka kerana itulah Nabi saw menyuruhnya supaya takut kepada Allah.” (Kitab Al-Mufhim)

Soal Jawab Ustaz Azhar IdrusWhere stories live. Discover now