02[Dua]

2 0 0
                                    

Pintu bilik Myunghee di ketuk

"Myunghee sudah sudah lah tu berkurung dalam bilik makan lah"

Kata Park Jimin abang kepada Myunghee

"Korang jelah makan aku tak ada mood"

Kata Myunghee

"Move on lah Myunghee dengan pencapaian yang kau dapat ni boleh jadi semangat pada diri kau"

Nasihat Jimin

Myunghee membuka pintu biliknya

"Kau tak faham tau orang yang paling pandai dalam semester aku tu pun tak dapat markah yang baik eiiii kenapa lah yang kena ajar kitaorang guru kerek tu nak pentingkan kesempurnaan konon diri sendiri pun tak sempurna"

"Kau mengutuk lecturer kau? Tak berkat tau ilmu"

Myunghee mencebik

"Betul lah aku cakap aku dari pagi sampai malam buat benda bodoh tu aku temu ramah ramai orang aku buat semua sendiri cari maklumat lukis semua sendiri tapi dia tak pernah hargai usaha aku"

Kata Myunghee sambil menangis Jimin menggaru kepalanya tak tahu nak buat apa

"Kalau aku tak lepas semester akhir nanti ini semua salah dia"

"Tapi tak akan lah Jin hyung(abang) tu teruk sangat kalau dengan kitaorang elok je kalau lepak sama-sama elok je"

"Dah lah kalau kau nak back-up dia sebab dia kawan kau kau pergi aku tak ada mood"

Jimin mengeluh

"Kau meraung macam orang bodoh pun bukan boleh tambahkan markah assignment kau pun tetap sama baik kau tengok balik apa yang salah dan cuba perbaiki dan buat persediaan untuk assignment akan datang"

"Diamlah"

Pintu bilik Myunghee di hempas oleh Myunghee

"Macam mana Myunghee?"

Tegur Puan Park

"Biar kan lah dia rasanya dia kena redakan kemarahan dia dulu"

Kata Jimin

"Tapi dia tak nak makan ke? Adik kamu tu tengah sedih pujuk lah dia Jimin"

Kata Tuan Park pula

"Bukannya dia sedih ada lah sedih sikit dia tu cuma marahkan lecturer dia je"

Kata Jimin

"Mana kamu tahu?"

"Seokmin bagitahu"

Puan Park dan Tuan Park mengeluh mereka berdua memandang sesama sendiri

I'm his wife [ksj]Where stories live. Discover now