Steve menadah air hujan menggunakan tangannya sambil memandang ke arah langit. Dia tahu yang ini bukan hujan betul tapi ni hujan tiruan atau lebih tepat hujan ciptaan. Dia memandang ke arah yang lain.Terlihat Kyle yang sedar bersandar di batang pokok. Justin sedang membelek luka di tepi bibirnya. Alvin memandang ke arah langit. Haruto memandang hujan lalu mengeluh... entah bila dia nak keluar dari tempat ni. Dia terdengar bunyi tangisan kecil. Haruto berpaling melihat Meor yang air matanya mengalir. Farish memejamkan mata membiarkan air hujan mengalir di wajahnya. Luka hanya dibiarkan sepi. Lega nanti luka balik. Itu prinsip dia.
Zack memandang semua orang. Atau lebih tepat pada Luth yang sedang merenung dirinya sendiri di lopak air. Luth terasa diperhati mengangkat mukanya dan matanya bertembung dengan Zack. Wajah Zack terlihat serba salah. Luth memberikan senyuman nipis tapi tidak dibalas oleh Zack.
Akibat tidak tahan akan semua ini Meor bersuara.
"Kenapa? Kenapa tiap kali kita gaduh, hujan akan turun. Kenapa hujan tu macam marah dengan kita... hiks... aku dah penat dengan semua ni. AKU SUMPAH KALAU AKU DAPAT SIAPA DALANG DALAM SEMUA NI AKU BUNUH DIA" Semua memandang Meor dengan riak tidak percaya. Siapa tak terkejut Meor yang nampak lemah dan lembut tu menjadi lebih seram dari yang lain.
"Aku rasa aku dapat tau macam mana cara untuk keluar dari sini" Steve bersuara
"Macam mana" Alvin laju bertanya. Dia penat dengan semua ni. Dia nak balik.
"Satu cara ja. Orang yang perangkap kita sekarang nak kita berbaik dan jalan keluar akan muncul dengan sendiri."
"Why? Kenapa dalam banyak-banyak cabaran. Yang ni kita kena buat" Zack mengumam tapi dapat didengar oleh semua orang.
"Ini je jalan keluar yang kita ada" Steve tersenyum memujuk.
Luth bangun dari duduk. Mata bundarnya memandang semua orang disitu. Iris matanya memandang Steve. Dia menarik nafas sebentar.
"Aku ikut kau" katanya dengan muka yang dingin. Dia nak keluar. Keluar dari sini dan pergi jauh jauh dari mereka semua.
Steve senyum nipis. Dia bangun lalu berdiri di sebelah Luth sambil melihat yang lain dengan wajah yang penuh berharap.
Alvin bangun lalu mengangguk. Zack yang dari tadi melihat Luth akhirnya berdiri. Meor yang masih tunduk melihat ada tangan yang sedang menghulur untuk disambut. Dia menggangkat mukanya dan terlihat Haruto yang sedang tersenyum nipis. Walaupun nipis tapi mampu mencairkan hati mana mana gadis.
"Kau nak keluar kan" Haruto berkata dengan tangannya yang tidak berubah
Meor menyambut huluran tangan Haruto lalu mereka berdiri. Steve melihat ke arah tiga orang yang ego dan keras kepala.
"Justin, Kyle, Farish tak nak join kitaorang ke"
"Cit" Justin berdecit lalu pergi dari situ.
"Kau nak aku join korang. Huh kau ingat aku tak tau yang kau nak kitaorang ikut cakap kau. Kau ingat kau ketua kat sini. Huh tak da masa aku nak layan korang semua yang bodoh tambah tambah kau Steve. Bodoh!" Kyle berlalu pergi
Alvin ingin pergi menumbuk Kyle tapi ditahan oleh Zack. Dia mendengus geram. Mata mereka semua sedang melihat Farish yang masih menutup mata di pokok itu. Terasa diperhati, Farish membuka mata lalu memandang mereka semua sinis atau lebih tepat menghina. Hanya pandangan tajam oleh Farish mereka sudah tau apa jawapannya yang diberikan. Farish seorang yang susah bercakap. Sekali dia mengeluarkan kata kata memang menusuk kalbu.
Mereka memandang Steve. Ingin penjelasan.
"Aku rasa kita kena tunggu diorang setuju dulu... aku tak rasa orang yang cipta hutan ni setuju bila hanya kita ja bersatu tapi ada yang tak setuju" mereka hanya menggangguk.
Meor sedang merenung dirinya dalam lopak air itu ditenung oleh Haruto. Bagi Haruto, Meor adalah seorang yang mempunyai spilt identity. Kalau lihat dari segi luaran Meor seorang yang lembut dan manja. Tapi jika Meor naik angin tiada siapa boleh lawan. Haruto melangkah ke arah Meor lalu duduk di sebelahnya.
"aku tengok kau macam kau rindu someone" Haruto bersuara menghilangkan kekok. Kekok kerana mereka mana pernah duduk dan bertanya khabar kalau mereka bercakap pun ada ja kata kata sinis.
"Hurmm... memang"
"kau anak manja ke"
Meor menoleh sebentar "Takda lah. Memang aku rindu family aku tapi aku lagi rindu dia"
"Ouh... dia tu special ka bagi kau"
"Ya dia memang istimewa. Aku sayang dia tapi disebabkan semua ni aku tak boleh jumpa dia. AKU AKAN CARI JUGA SIAPA DALANG SEMUA NI!!" suara meor berubah keras.
Haruto menelan air liur. 'Bahaya betul dia ni'. Dia berdehem "kau nak jadi kawan aku"
Meor menoleh kali kedua "kawan?"
"Yep,lagipun aku malas la gaduh gaduh. Kalau kau taknak takpa, aku tak paksa" Haruto ingin bangun dari duduknya. Tiba tiba meor menghulurkan tangannya. Haruto melihat tangan itu.
"Tengok je? Sambut la... kata nak kawan" meor senyum nipis. Haruto tersenyum manis lalu menyambut huluran Meor.
"Dah jom pergi tidur"
Mereka bergerak ke tempat tidur masing masing yang dibuat oleh diri sendiri. Steve yang dari tadi melihat haruto dan meor, tersenyun. Dia mengeliat menegangkan uratnya. Matanya ditutup. Merehatkan dirinya yang letih pada hari tersebut.
"Argh" terdengar jeritan seseorang. Mereka semua menuju ke arah jeritan. Steve membuntangkan matanya...
"JUSTIN!!"
How with it?
🙂
YOU ARE READING
NINE
AdventureTerperangkap di hutan ciptaan seseorang? Kisah sembilan jejaka yang terperangkap di hutan ciptaan seseorang. Cara untuk keluar dari hutan itu amatlah susah bagi mereka meskipun bagi orang lain cara keluar dari hutan itu amat mudah... Kerana mereka t...