Hallo, macam yang korang kenal aq. Aku Aryan Kyle atau lebih tepat Kyle. So enjoy la kisah hidup aku.
**********
Seorang lelaki yang sedang termenung di pondok tersentak apabila namanya dipanggil.
"Aryan" terlihat seorang gadis tersenyum manis ke arahnya.
"Hurmm. Apa"
"Jom teman saya" gadis itu mengerdipkan matanya berkali kali.
"Taknak aku ada kerja kena selesaikan" Kyle menggalas begnya ingin pulang ke rumah. Gadis itu menghalang jalan Kyle.
"Kau nak apa" dingin sahaja suaranya.
"Please teman la saya pergi beli barang. Nanti kalau ada orang kacau saya macam mana" gadis itu bersuara perlahan. Wajah Kyle yang tadinya dingin berubah.
"Ish ye la. Kau tunggu sini aku nak masuk kelas kejap ada barang tertinggal" Kyle melangkah ke arah bangunan. Gadis itu melihat lelaki yang berambut perang itu pergi. Dia tersenyum nipis. 'Aryan lembut ja sebenarnya' senyuman dia mati apabila terdengar namanya dipanggil.
"Woi perempuan" gadis itu melihat tiga orang gadis yang berjalan ke arahnya iaitu elly,ina dan uni. 'Urh pengacau sekolah' getus hati gadis itu. Aish lambat pula si Aryan ni.
Elly datang ke arah gadis itu lalu menolaknya.
"Kau kenapa hah" jerkah elly. Gadis itu mengerutkan dahinya. Apa salah aku.
"Aku ada buat apa" soalannya tadi membuat rambutnya pula ditarik.
"Auch! Sakitlah, korang kenapa hah!?" Gadis itu menjerit.
"Sakit? Ha tu la balasan sebab kau rampas Kyle dari kawan kitaorang" pipi gadis itu menjadi mangsa tamparan dari Uni.
"Sejak bila aku rampas Kyle korang? Dia yang datang dekat aku" sakit ditampar dibiarkan.
"Hey! Kau dengar sini, kalau kau rapat lagi dengan Kyle siap kau" Elly memberi ugutan lalu pergi dari situ diikuti oleh rakannya.
'Eleh macam kau berani' Gadis itu mengejek Elly and the gang perlahan. 'dengan Aryan pun kecut ada hati nak rapat dengan dia' gadis itu masih mengejek. Marah tak habis lagi ni. Matanya melilau dan menangkap susuk tubuh yang sedang bersandar di dinding. Gigi diketap, gadis itu berjalan ke arah lelaki berambut perang itu lalu menarik rambutnya.
"Argh!! Sakitlah" jerit Kyle apabila rambutnya ditarik.
"Ha ambil kau. Orang tengah sakit dekat sana dia boleh acah macho dekat sini"
"Aduh aduh lepaslah"
"Taknak"
"Ish. Bukan aku taknak tolong kau tapi aku tau kau boleh handle bitches tu. Kalau aku masuk campur jadi lain pula" Kyle berkata sambil menahan pedih.
Gadis itu melepaskan rambut Kyle.
"Dah jom teman saya" gadis itu berjalan dahulu meninggalkan Kyle yang masih membetulkan rambutnya.
"Habis rosak rambut aku" bebel Kyle.
"Woi! Cepatlah"
"Ya ya" Kyle mengejar gadis itu.
*************
Kyle melangkah masuk ke dalam rumahnya. Sofa dituju lalu menghempaskan dirinya di atas sofa. Mata ditutup, penat melayan kerenah si gadis. Sedang elok dia merehatkan mata terdengar suara seseorang berdehem. Matanya dibuka lalu melihat ke arah bunyi. Terlihat Lay di situ.
"Kau nak apa" Kyle bertanya malas
"Boss ada kerja untuk kau" Lay berkata sambil membelek belek pistol di tangannya.
YOU ARE READING
NINE
AdventureTerperangkap di hutan ciptaan seseorang? Kisah sembilan jejaka yang terperangkap di hutan ciptaan seseorang. Cara untuk keluar dari hutan itu amatlah susah bagi mereka meskipun bagi orang lain cara keluar dari hutan itu amat mudah... Kerana mereka t...