Essay

20 0 0
                                    


𝙆𝘼𝙅𝙄𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙎 𝘾𝙊𝙑𝙄𝘿-19 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝙈𝙀𝙇𝘼𝙉𝘿𝘼 𝙈𝘼𝙇𝘼𝙔𝙎𝙄𝘼

Pada era pascaglobalisasi yang serba moden ini, dunia pada hari ini telah digemparkan dengan satu isu yang terhangat iaitu penularan virus Corona iaitu COVID-19 yang telah meragut beribu nyawa dan virus ini telah pun menular ke serata dunia. Pada awalnya virus ini dikesan pada 19 Disember 2019 yang berlaku di wilayah Wuhan, China yang telah menyebabkan kematian. Tidak kurang juga negara Malaysia turut terkena tempiasnya tanpa disedari dek kerana virus ini mudah tersebar dengan cepat. Antara tanda-tanda seseorang individu dijangkiti virus Corona ini termasuklah batuk berpanjangan selama 14 hingga 21 hari sehingga pada akhirnya mengakibatkan maut. Oleh hal yang demikian, Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengambil keputusan untuk melaksanakan PKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan. Isu penularan wabak covid-19 sudah tidak asing lagi dalam menjadi bual mulut masyarakat masa kini khususnya rakyat Malaysia. Mediamassa mahupun peranti elektronik sudah menjadi sumber utama rakyat Malaysia khususnya dalam mendapatkan sesuatu sumber lebih-lebih lagi saat dunia mendepani penularan wabak covid-19 yang kian meruncing kini. Berbalik kepada persepsi seterusnya,seperti mana yang kita difahamkan bahawa wabak covid-19 telah berleluasa sehingga pelusuk dunia tidak terkecuali di negara kita iaitu Malaysia. Wabak covid -19 tidak asing lagi untuk kita klasifikasikan sebagai kesan kepada masyarakat yang menyebabkan aktiviti kemasyarakatan tidak dapat dijalankan. Hal ini kerana aktiviti kemasyarakatan melibatkan orang ramai tidak kira bangsa dan identiti seseorang. Akhir sekali, kesan covid-19 kepada negara termasuklah ekonomi negara menurun kerana masyarakat tidak dapat bekerja seperti kebiasaannya. Oleh hal yang demikian, masyarakat hilang pekerjaan setelah wujudnya PKP. Perkara ini menyebabkan majikan terpaksa mengurangkan gaji pekerja malahan terdapat juga beberapa pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja.

Wabak covid-19 ini telah memperkenalkan pembelajaran secara atas talian kepada pelajar. Namun begitu, dalam masa yang sama belajar secara atas talian bukanlah satu perkara yang mudah terutama sekali bagi pelajar yang duduk di rumah. Ini kerana perseitaran di rumah tidak sama seperti di sekolah, kolej mahupun universiti. Di rumah, pelajar akan lebih sukar untuk memberi tumpuan kerana terdapat gangguan daripada adik-beradik yang lain dan kadangkala ada segelintir pelajar yang perlu membuat kerja rumah terlebih dahulu sebelum menyertai kelas atas talian ataupun sebelum membuat sebarang tugasan. Gangguan ini menyebabkan pelajar hilang tumpuan dan pencapaian pelajar merosot. Pembelajaran atas talian juga dikatakan sukar kerana pelajar memerlukan internet yang kuat untuk mengikuti kelas melalui Google Meet atau Zoom.

Kajian ini bertujuan untuk memerhati masalah yang menyebabkan wabak covid-19 terus tersebar dalam kalangan masyarakat Malaysia dan seterusnya mencari penyelesaian untuk memutuskan rantaian covid-19.

Objektif kajian ini adalah untuk mengembalikan pembelajaran dua hala di dalam kelas seperti yang biasa dilakukan kepada pelajar. Selain itu, untuk mengekalkan rakyat terhindar daripada wabak covid-19 adalah termasuk dalam obkjektif kajian ini. Tujuan dikemukakan objektif kajian ialah untuk mengenalpasti masalah utama yang menyebabkan wabak covid-19 terus tersebar hingga ke hari ini.

Sebagai peringatan juga, kajian ini ditujukan kepada lokasi yang dinyatakan mempunyai jumlah kes covid-19 yang tinggi atau dikenali sebagai zon merah. Selain itu, idea pengetahuan dan informasi diperoleh berdasarkan berita semasa.

Kajian ini menjangkakan agar memperoleh idea dan jalan penyelasaian untuk menghapuskan wabak covid-19 dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara isu yang terlibat dalam kajian ini termasuklah isu semasa penduduk semenanjung Malaysia berkunjung ke Sabah. Oleh yang demikian, masalah-masalah seperti pembelajaran secara atas talian dan kejatuhan ekonomi negara perlulah diselesaikan agar tidak menjejaskan negara kita pada masa akan datang. Kajian ini berharap dapat membantu sedikit sebanyak untuk mengurangkan kejatuhan akedemik, membendung kejatuhan ekonomi dan akhirnya mengelakkan Pendidikan negara daripada tergendala. 

Covid-19 IssueWhere stories live. Discover now