IMAN, ILMU, AMAL DAN IKHLAS

4 0 0
                                    

Pada suatu malam, Imam Ghazali rahmatullah alaih sedang sibuk menulis kitab. Tiba-tiba seekor lalat hinggap berhampiran beliau. Imam Ghazali rahmatullah alaih mengamati lalat itu dan mendapati ia kelihatan dalam kehausan.Memang betul anggapan Imam Ghazali kerana lalat itu kemudian masuk ke dalam bekas dakwat beliau dan meminum dakwat tersebut.Imam Ghazali rahmatullah alaih pun berhenti menulis dan menyaksikan peristiwa itu. Beliau membiarkan lalat itu menghisap dakwatnya. Sesudah si lalat puas minum, Imam Ghazali membantunya keluar dari bekas dakwat tersebut. Terbanglah si lalat itu pergi meneruskan perjalanannya. Tidak lama selepas kejadian itu, Imam Ghazali rahmatullah alaih bermimpi bertemu dan berhadapan dengan Allah Taala.Di dalam mimpi itu, Allah Taala bertanya kepada Imam Ghazali rahmatullah alaih, "Wahai Ghazali, tahukah engkau apa yang menyebabkan Aku memasukkan engkau ke dalam syurga?"Imam Ghazali rahmatullah alaih termangu dan berfikir. Beliau menyangka bahawa semua ibadah yang dilakukannya selama ini seperti solat, puasa, zikir dan lain-lainlah yang menyebabkan beliau dimasukkan ke dalam syurga.
Imam Ghazali rahmatullah alaih menjawab, "Mungkin kerana ibadah solatku, ya Allah."
"Bukan!" tegas Allah Taala.
Imam Ghazali rahmatullah alaih berkata lagi, "Mungkin kerana ibadah zakatku, ya Allah."
"Bukan!" tegas Allah Taala lagi.
Seterusnya, Imam Ghazali rahmatullah alaih berkata, "Mungkin kerana ibadah puasaku, ya Allah."
Allah Taala tetap berkata, "Bukan!"
Imam Ghazali rahmatullah alaih mencuba lagi, "Mungkin kerana ibadah hajiku, ya Allah."
Allah Taala masih berkata "Bukan!"
Semua jawapan Imam Ghazali rahmatullah alaih ternyata bukan jawapan yang Allah Taala inginkan,kerana Allah Taala terus berkata, "Bukan!"Akhirnya, Imam Ghazali rahmatullah alaih berkata, "Hanya Engkau yang Maha Mengetahui."
Allah Taala menjelaskan,
"Wahai Ghazali, masihkah engkau ingat bahawa sewaktu engkau sedang menulis kitab pada suatu malam, ada seekor lalat masuk ke dalam bekas dakwatmu. Engkau merasa kasihan kepadanya dan engkau membiarkan lalat itu minum sepuas-puasnya. Setelah selesai ia minum, engkau membantunya keluar dari bekas dakwat itu. Lalat itu kemudian terbang dengan gembira selepas dahaganya hilang.Itulah yang menyebabkan Aku memasukkanmu ke dalam syurga, iaitu keikhlasanmu membantu makhlukKu walaupun ia hanya seekor lalat."Begitulah kelebihan amal yang dilakukan dengan ikhlas, yang mampu membawa manusia ke dalam syurga. Sebaliknya, amalan yang besar tetapi tidak ikhlas bagaikan fatamorgana yang tiada nilainya.Imam Ghazali rahmatullah alaih menekankan perihal pentingnya ilmu, amal dan ikhlas.Beliau berkata,"Orang yang tidak berilmu mendapat seksaan, orang yang berilmu tanpa amalan juga menerima seksaan, orang yang beramal tanpa keikhlasan turut diseksa. "Oleh sebab itu penting bagi kaum muslimin mengamalkan ilmu, amal dan ikhlas. Itu adalah tiga perkara yang tidak dapat kita pisahkan.Ikhlas mudah diucapkan tetapi tidak mudah dilaksanakan. Ini kerana maksud ikhlas adalah melakukan segala sesuatu semata-mata kerana Allah.Rasulullah SAW bersabda
"Sesungguhnya Allah Taala tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap keredhaan Allah Taala.
(HR Abu Daud dan An-Nasa'i)
Pernah suatu ketika di dalam suatu peperangan, ketika Saidina Ali r.a hendak membunuh seorang musuh, musuh itu telah meludahi muka, maka terus dilepaskan peluang untuk membunuh musuh tersebut.Apabila ditanya mengapa beliau melepaskan musuh tersebut sedangkan beliau berpeluang membunuhnya,maka dijawab oleh Saidina Ali r.anhu, “Aku takut kalau-kalau aku membunuhnya kerana marah ia meludahiku dan bukannya kerana Allah Taala.”Demikian contoh orang yang ikhlas yang sanggup menepikan kepentingan diri dalam usaha mencari keredhaan Allah.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Jan 12, 2021 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

IMAN, ILMU, AMAL DAN IKHLAS Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang