❃.✮:▹ ◃:✮.❃

418 47 170
                                    

you are my sunshine

" Tobio! " Kageyama tersenyum. Gadis yang berada di hadapannya itu memusingkan badannya beberapa kali, menikmati pemandangan bunga sakura. Gadis itu memandang Kageyama sambil tersenyum.

Senyuman lelaki itu makin lebar. Senyuman itu sudah cukup untuk membuatkan dia berasa gembira. Dia mendekati gadis itu. Badan gadis itu ditarik ke dalam pelukannya.

Dia beruntung kerana memiliki gadis itu. Y/N kelihatan amat sempurna dimatanya.

" Y/N " Nama gadis itu disebut dengan penuh kasih sayang. Y/N mendongak, memandang muka Kageyama.

" I love you "

" I love you too " Pelukan makin dieratkan, seolah-olah tidak mahu melepaskan gadis itu.

my only sunshine

Rambut Kageyama kelihatan serabai. Lelaki itu mundar-mandir. Salahnya kerana melepaskan amarahnya kepada Y/N. Gadis itu langsung tidak melakukan apa-apa kesalahan. Semua ini salahnya. Kalau dia tak tengking Y/N, mesti Y/N tak merajuk dengan dia.

Kageyama meraup mukanya beberapa kali. Dia melangkah masuk ke biliknya, yang juga dikongsi dengan Y/N. Kelihatan gadis itu sudah berselubung dengan selimut. Dia mengeluh kecil.

Perlahan-lahan kakinya dihayunkan ke arah katil. Kageyama membetulkan posisinya di sebelah Y/N. Wajah yang masih bersisa air mata itu ditenung lama. Rasa bersalah mula menguasai dirinya.

" Maafkan saya. Saya tahu semua ni salah saya. Saya tak berniat pun nak tengking awak. Awak tak salah pun " Pipi Y/N diusap perlahan. Sungguh, dia amat sayangkan gadis itu. Kageyama menggigit bibirnya.

" Saya tak nak awak menangis. Saya nak awak senyum je. Awak tahu, awak nampak cantik sangat bila awak senyum, sunshine " Rambut Y/N dibelai. Pinggang gadis itu dirangkul erat. Kageyama meletakkan kepalanya di sebelah Y/N.

Pelukan lelaki itu dibalas. Y/N memandang muka Kageyama. Matanya masih berkaca.

" Maafkan saya. Saya janji takkan marah awak dah " Kepala Y/N ditarik perlahan mendekati dada bidang milik Kageyama. Kageyama mencium kepala Y/N dan mengusapnya beberapa kali.

" Don't leave me "

" I won't "

you make me happy, when skies are grey

Kageyama merengus kencang. Beg yang mengandungi barang peribadinya diletakkan di atas sofa. Bau kari yang memenuhi segenap ruang menarik perhatiannya. Dia berjalan menuju ke dapur. Kelihatan isterinya itu sedang ralit mengacau kari yang dimasak olehnya.

Badan Y/N dirangkul dari belakang. Kageyama menyembamkan mukanya ke leher Y/N. Lelaki itu mendiamkan diri.

Dia tak pernah sangka yang dia akan mengalami hari yang paling buruk dalam hidupnya. Kageyama cuba menahan tangis, dia tidak mahu nampak lemah di depan Y/N. Pelukannya makin erat.

Y/N melepaskan rangkulan. Dia memusingkan badannya. Muka suaminya itu dipandang dengan senyuman. Kedua-dua tangannya mengusap pipi milik Tobio.

[ C ] sunshine | kageyama tobioWhere stories live. Discover now