- PART SEVEN -

30 4 0
                                    


Petang itu......

*Di KSL*

          "Haru, tadi kenapa cikgu panggil kau pergi pejabat?" Tanya Lauren.

         "Ohh...em...dia suruh aku susun buku." Tipu Haru.

           "Haru, aku kenal kau dah lama k? Aku tahu gaya percakapan kau bila menipu." Kata Lauren.

            "Klah, cikgu marah sebab aku selalu tak datang, gred jatuh apa semua tu. Hm entahlah weh." Kata Haru sambil mengeluh.

             "Aku pun taktahu nak cakap apa." Kata Lauren.

         // SKIP \\

     *Masih di KSL*

     "Anda hanya perlu menjawab satu soalan sahaja! Apabila anda tahu jawapannya, cepat-cepat datang ke atas pentas ini. Hadiahnya dirahsiakan tetapi sangat lumayan." Kata-kata tersebut menarik perhatian Lauren dan Haru. Mereka pun pergi ke sana.

       "Soalan pertama......" Kata jurucakap itu.

        "Laa kau nak masuk ke kuiz ni?" Tanya Haru kepada Lauren.

         "Nak lah, mana tahu pemenang dapat tiket pergi Korea ke apa." Kata Lauren dengan penuh semangat.

           "Lol, yelah tu." Kata Haru.

           "Apakah nama fandom BTS?" Tanya jurucakap itu.

          Tanpa membuang masa, Lauren segera berlari ke atas pentas. Memandangkan dia seorang atlit, jadi dia berjaya mengatasi peserta lain yang juga berlari ke atas pentas.

           "Army!!!!!!" Jerit Lauren sebaik sahaja sampai ke atas pentas.

            "Betul!!!" Kata jurucakap itu. Orang ramai menepuk tangan. Ada yang terus berlalu pergi kerana sedih tidak dapat menjawab kuiz itu. Lauren terkinja-kinja di atas pentas.

          "Dah bersedia nak tahu hadiahnya?" Tanya jurucakap itu.

         "Ya!" Kata Lauren.

          "Hadiahnya ialah.......tiket pernebangan ke Korea!" Kata jurucakap itu sambil melayangkan tiket tersebut.

          "Omg mulut Lauren memang masin." Bisik Haru dalam hati. Lauren pula terjerit-jerit di atas pentas seperti orang diserang histeria.

         "Tapi ini cuma tiket pernebangan, kos penginapan dan lain-lain anda perlu tanggung sendiri. Tahniah." Kata jurucakap itu sambil memberi dua tiket itu kepada Lauren.

         Lauren terus turun dari pentas dan menuju ke arah Haru lalu memeluknya.

D R E A MWhere stories live. Discover now