2

1.2K 43 5
                                    

"shhhh shhhh shhhh"
Akif menepuk nepuk belakang Tihani yang menangis itu.
Kertas kerja di atas meja dihadapannya itu ditatap sayu.

Ini lah masalahnya bila bawa anak datang office.
Tihani dari tadi meraung, nak kata lapar dah bagi susu.
Ape jer lagi budak ni nak? Takkan rendang kut.

Kepala digeleng tersedar akan kebodohan diri sendiri.
Budak 4 bulan kau nak bagi makan rendang?

Dia ni nak kata ayah terbaik tak juga, bukannya dia reti sangat jaga anak, lebih-lebih kecik lagi budaknya, buat anak reti la.
Aduh.

Baby sitter? Dah ada yang datang interview tapu cam hampeh. Semua nak bajet lawa.
Bukan nak mengasuh si Tihani tapi nak mengurat si bapak budak tu.

Kalau tak mengurat pun,  ade yang macam pembunuh misteri.
Takmau aku. Mau dibunuh anaknya nanti kan merana.
Lepastu ada yang tak berapa cantik.
Bukan memilih rupa sangat, tapi erm nak lah jugak yang sedap dipandang.
Kalau yang cantik pun, ditampar mukanya mahu jadi asma anak daranya itu sebab berdebu habis!

Suara menangis Tihani semakin kuat.
Kepala didongak ke atas.
Muka dikerutkan. Ingin saja dia mengikut Tihani menangis bersama.
Argh stressnya! Takda ke pengasuh yang baik nak jaga anak aku ni?

Akif bangun dari kerusi mewahnya itu lalu melangkah keluar dari officenya

PA nya si Amina atau puan Amina bingkas bangun, dengan perut memboyot nya.
"Nak kemana ni tuan?"

Akif menoleh, bibirnya dicebik.
"Saya tak tahu la akak. Tihani ni asyik menangis jer dari tadi"

Puan Amina melihat ke arah Tihani.
Mukanya kemerah-merahan.
"Saya rasa Tihani tak sihat ni. Baik tuan bawa pergi ke klinik"
Ujarnya.

Akif terkejut "tak sihat?" Soalnya cemas.
Kalut ii dia pergi ke arah lift
Bertahan anak daddy. Jangan pergi dulu

Puan Amina yang melihat hanya menggelengkan kepala.
Kalut betul bapak budak ni.
Haish




Akif cepat cepat melangkah keluar dari lift menuju ke arah tempat parking kereta

Kawannya Raif yang kebetulan singgah di office sahabatnya itu menegur Akif yang kelihatan gabra sekali

"Kau nak pergi mana?" Soal Raif lalu mendekati Akif.

Akif menoleh ke arah Raif
"Hah kau! On time betul. Mane kereta kau?"
Tanpa menjawab soalan Raif.
Akif terdahulu menarik tangan Raif menuju ke pintu keluar.

"Kau kenapani?" Soala Raif hairan
Dengan muka pucatnya, dengan Tihani dalam dukungan.
Erk macam orang gila meroyan plak.

"Nanti ii la aku citer, sekarang ni mane kereta kau. Cepat bawak aku pergi klinik"

"Ade ii kat depan tu aish kau ni" Raif merengus lelu berjalan kedepan
Akif mengikut langkah Raif.

Mereka berdua masuk ke dalam kereta bmw milik Raif.

"Bawa aku pergi klinik terdekat"
Arah Akif.
Tihani dalam dukungannya itu sudah menangis perlahan-lahan.
Tak sekuat tadi.
Ditepuk penuh kasih sayang.










"Aish kau ni, aku ingatkan ape la tadi" marah Raif apabila mereka duduk di kerusi dalam sebuah restoran.

Akif yang menolak stroller bayi yang baru dibeli tadi hanya tersengih tak bersalah.
"Mane la aku tahu Tihani menangis sebab berak"
Ujarnya lalu duduk berhadapan Raif.

Habis jatuh maruanya apabila mengetahui sebab Tihani menangis, rupa rupanya anaknya itu menangis sebab tak selesa.
Merah habis mukanya di klinik tadi apabila nurse memberi tahu hal sebenar.
Argh!

DUDA MUDA (Very Slow Update)Where stories live. Discover now