Chapter 1

33 1 0
                                    

Payung dibawa keluar dari beg galasnya sebaik sahaja dia menapak keluar dari pejabat. Dia dongak memandang langit yang sudah bertukar warna. Langit yang petang tadi sangat cerah akhirnya memilih untuk menunjukkan sisi sedihnya. Tangan dibawa ke udara ingin menadah titisan hujan yang jatuh.

Pernah dia baca di sebuah buku. Buku itu mengatakan yang kadang hidup itu menuntut engkau untuk menjadi seperti hujan. Hujan yang tak pernah penat menjatuhkan dirinya tanpa memilih tempat untuk jatuh. Hujan yang menerima keadaannya.

Kalau dulu dia tidak memahami tulisan itu tetapi semakin dia meningkat dewasa dia akhirnya faham akan maksud disebalik kata-kata itu.

Bila dilihat kebelakang. Hidupnya tidaklah senang tetapi tidak juga berat. Macam-macam ujian yang telah dia lalui. Daripada kehilangan orang tersayang sehingga patah hati terberat semua pernah dia lalui. Menjadi Qistina Alia tiadalah berat sangat tetapi cukup membuat dia menangis setiap malam. Tapi itu semua sudah berlalu. Dia penat menjadi lemah.

Dia tersenyum kecil tanpa sedar. Ahh bagaimanalah dia boleh melalui semua itu? Apakah aku baik-baik sahaja selama ini?

Qistina hanya mampu tersenyum memikirkan tentang perjalanan hidupnya selama ini. Tahun ini usianya sudah mencecah 26 tahun. Usia dimana sepatutnya dia sudah mencapai separuh daripada impiannya. Tetapi tidak. Sehingga kini tiada satu pun diantara cita-citanya dapat diwujudkan.

Monolog dihati terhenti apabila telefon bimbitnya berdering kuat. Pantas panggilan yang masuk itu dijawab.

"Assalammualaikum Shazwani"

"Waalaikummussalam. Qistina engkau dekat mana?"

" Aku baru je keluar office ni. Kenapa?"

" kau datang hospital. Keputusan pemeriksaan kau dua hari lepas dah keluar"

Qistina tersentak buat seketika. Tiba-tiba perasaan takut menguasai dirinya. Takut akan keputusan yang mungkin tidak memenuhi harapannya.

"okay. See you soon"

Panggilan dimatikan. Telefon digengam. Nafasnya dilepaskan cuba menghilangkan debaran di hati. Insyallah tu qis, semua baik-baik sahaja. You gonna be fine. Nothing will happen. Trust Allah.

Payung dibuka dan langkah terus dibawa menuju ke kereta.

Sebaik sahaja dia sampai di hospital dan selapas pendaftaran dia menunggu sebentar di tempat menunggu sebelum namanya dipanggil oleh jururawat.

"Cik Qistina Alia"

Dia terus berdiri. " ye saya"

Kaki dibawa menuju ke pejabat Shazwani.

"duduk. Cik qistina"

Kata shazwani atau lebih tepat Doktor Syazwani, Pakar bedah. Ye syazwani memang sahabatnya tetapi hari ini syazwani menjadi doktornya.

"macam mana keputusannya?" soal qistina sebaik sahaja dia duduk di kerusi.

Syazwani diam buat seketika. Wanita itu hanya merenung dirinya. Fail di sebelahnya dibuka dan ditunjukkan kepadaku. Komputernya di pusing menghadap aku yang dimana skrinnya menunjukan hasil keputusan CT scan dan MRI yang dia lakukan dua hari lepas.

" okay. Listen Cik Qistina. Now, we are going to talk about something very serious. Today, the one in front of you is a doctor, not your best friend"

Qistina memandang Syazwani keliru.

" Wani, kenapa ni?"

"doktor. Today im your doctor" Syazwani potong kata-kataku. Matanya sudah berair menahan tangis.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LAST CHAPTERWhere stories live. Discover now