BAB 08| NEW

2.1K 188 6
                                    

TIME DOESN'T MATTER LOVE IS FOREVER

🔱🔱🔱


          Aeric menolak troli Supermarket itu perlahan. Dia mencari bahan-bahan rumah yang tinggal sedikit. Mataku dikerlingkan menatap Favian yang bercekak pinggang itu. Wajah tak puas hati dipamerkan membuatkan aku tersenyum sinis.

"Ini ke yang kau kata hal mustahak sampai bangunkan aku jam 5 lebih.", rungut Favian. Bawah mata jejaka itu sedikit gelap akibat kurang tidur. Semalam dia tidur lewat sebab main game.

"Kau diam.", arahku.

Diriku tidak peduli akan pandangan tajam Favian itu. Lantak dialah.

Mataku melihat barangan di dalam troli. Tengah berfikir benda apa lagi yang belum di ambil. Kaki aku berhenti bergerak apabila Favian menghadang di depan.

Dia selamba sahaja campak beberapa coklat cadbury almond.

Aku hanya mampu mengelengkan kepala.

Troli disorong ke bahagian bawang pula. Tanganku mencapai bawang putih, merah dan yang besar.

"Bro, datang sini cepat.", pinta Favian membuat aku menoleh ke arah jejaka itu. Dia nak apa lagi ni?

"Apa?", tanyaku memerhati Favian yang membelakangi diriku. Tiba-tiba Favian menarikku mendekatinya. Bahu kami bersentuhan. Raut wajah aku berubah dingin apabila tangan dia selamba saja mengenggam tanganku.

"Mama, tengok tu."

"Astagfirullah Al-adzim. Jangan tengok, nak.", gadis itu langsung menarik anaknya pergi dari lorong ini.

Aku mendengar itu menarik tanganku, kasar.

"Kau dah kenapa, hah?", tanyaku, hairan.

"Kau cuba tengok kat hujung. Lelaki pakai hoddie hitam tu.", ujar Favian, mendatar. Mata grey light itu melirik ke arah lain. Aku terdiam sebelum memerhati arah pandangan Favian.

Dahiku mengerut apabila lelaki hoddie itu menatap ke arah kami sebelum bergegas keluar dari supermarkets ini.

" Aku dah perasan yang dia ikut kita dari tadi.", beritahu Favian. Tangannya masuk ke dalam kocek seluar.

Pak!

"Auch, asal pukul aku pula ?!", Favian mengosok kepalanya perlahan.

"Yang kau tak bagitahu aku dari tadi, kenapa laknat ?!", marahku. Tak pasal-pasal lelaki tadi itu berjaya melarikan diri.

Favian mencebik.

"Pergi kejar sana.", arahku, tegas.

"Okey.", jawab Favian sepatah sebelum berjalan perlahan. Tangannya kembali masuk ke dalam kocek seluar. Aku hanya mampu mengelengkan kepala. Memang tak akan tertangkap lelaki hoddie tu jika Favian gerak pun kalah kura-kura.

Aku kembali menyambung beli belah aku tadi.

Ketika diri ini sampai di bahagian rak nescafe dan kopi. Mata biru laut milikku tertancap ke arah seorang nenek yang berdekatan denganku. Dia kelihatan berusaha mengambil pack teh yang agak tinggi itu.

Ada beberapa orang yang lalu lalang namun tiada sekali pun niat mereka menolong nenek itu.

Aku mendekatinya sebelum mencapai pack itu.

"Satu je?", tanyaku, mendatar.

Nenek itu tersenyum saja dan menganggukkan kepala.

"Terima kasih, Cu.", ujar Nenek itu.

He's The Headhunter [In Editing] Where stories live. Discover now