Part 29

192 20 0
                                    

Sudah 3 bulan Jimin bekerja dengan Yoongi. Namun sepanjang 3 bulan itu Jimin dan Yoongi menjadi pekerja dan majikan saja. Seperti dan dijanjikan,Jimin bekerja dengan Yoongi sebagai PA.

Tok tok tok

"Tuan,kejap lagi ada meeting dengan client tentang syarikat." Kata Jimin dan berjalan keluar semula. Yoongi menghela nafas dalam. Sudah! Dia sudah cukup penat semua ni.

Jimin mendinginkan dirinya selama 3 bulan ni. Dia memandang kertas itu dengan pandangan kosong. Dia memandang ke arah pintunya semula.

Pandangan Yoongi terjatuh pada sebuah frame dimana ada gambar Minra disana. Dia memandang mengeluh perlahan. Betul ke dia terlalu memandang Jimin dengan pandangan Minra.

Tok tok tok

"Yoongi." Namjoon masuk kedalam pejabat Yoongi dengan selamba. Yoongi memandang di tajam dan mencampakkan pennya. Nasib baik Namjoon dapat elak.

Namjoon duduk selamba di sofa sana. Dia memandang ke arah Yoongi yang masih menatapnya tajam.

"Okay aku sorry! Aku just pergi treatment. Kau tahukann."

"Dan tinggalkan Hoseok hyung tanpa kata?"

"Aik? Aku dah bagi dia satu surat."

"Hyung ingat dengan hati marah dia nak baca ker surat macam tu?" Namjoon mengangkat bahu.

"Kau dengan Jimin?"

-_-_-_-

Jimin memasukkan dirinya kedalam cafe. Dia mengoderkan makanan dan minumannya lalu mencari tempat duduk. Dia mencari tempat duduk namun tidak dapat cari.

Baru saja dia nak berjalan ke depan tanganya ditarik oleh seseorang dan mendudukan dirinya di sebuah meja. Jimin sedikit terkejut kerana itu adalah bossnya sendiri.

"Tuan..."

"Aku ada benda nak cakap." Jimin menganggukan kepalanya. Dia memandang ke arah Yoongi dengan pandangan bertanya.

"Kau macam lari dari aku. Kalau kau masih terasa dengan apa Hoseok hyung cakapkan 3 bulan lepas aku minta maaf. Kau jangan makan hati sangat,dia dalam keadaan sedih..."

"Tak. Saya tak salahkan sesiapa. Namjoon hyung,Tae hyung,Jin hyung atau Hoseok hyung. Tuan pun saya tak salahkan. Saya cuma kecewa."

"Kecewa?" Yoongi memandang Jimin pelik. Kenapa namja manis itu mahu berasa kecewa pulak tetiba.

Jimin menarik nafas dalam dan menghebus perlahan. Dia memandang wajah Yoongi dengan pandangan sedikit sedih dan sedikit kecewa.

"Saya tahu Tuan tahu saya cintakan tuan. Tuan tahu saya sayangkan Tuan lebih dari majikan. Tapi Tuan hanya diamkan diri saja. Itu saya tak kisah. Yang saya sakitnya bila tuan pandang saya sebagai Kim Minra. Bukan Park Jimin."

"Jim ak..."

"Kalau one day tuan akan cintakan saya,saya nak tuan rechceck balik perasaan tuan. Saya bukan Kim Minra. Saya Park Jimin."

-_-_-_-

Jimin membuat kerjanya dengan baik. Dia sesekali akan mengeluh kerana banyak kesalahan dia buat. Dia akan berjumpa dengan banyak staff yang membantu dirinya.

Jimin tidak akan lari dengan keirian hati orang. Banyak saja staff disini iri dengan dirinya. Terlebih Jimin ke sini tanpa interview apa-apa. Yoongi sudah memasukinya dengan senang.

"Jimin."

"Ne. Ada ap...Tae hyung?" Taehyung tersenyum melihat Jimin. Jimin juga membalas senyuman Taeyung dengan manis.

"Teman hyung kejap."

"Tapi..."

"Yoongi dah tahu." Akhirnya Jimin berjalan pergi. Mereka berdua berjalan untuk ke sebuah cafe kecil dibaawah pejabat besar itu. Taehyung memandang Jimin dan tersenyum.

Mereka berdua berdiam diri dulu. Mereka berdua memandang satu sama lain dengan cangung. Ini kali pertama selepas 3 bulan mereka berpisah.

"Jimin...hyung nak minta maaf dengan apa yang jadi. Hyung tak nak Jimin fikir buruk ten..."

"Takpe hyung. Hyung tak salah pun. Jim tahu apa yang hyung buat." Kata Jimin dengan senyuman juga. Dia memandang ke arah Taehyung dengan tulus.

Taehyung sedikit lega dengan apa yang Jimin cakapkan. Dia pun sudah mendapat balasan daripada Yoongi dan Namjoon. Mereka berdua saling berpandangan.

"Thanks Jimin sebab faham hyung."

"Takde apalah hyung."

"Mesti Yoongi jaga kau baikkan? Dia sayangkan kau tau. Dia tak semarah ni kalau aku sentuh milik dia." Jimin tersenyum kecil. Dia memandang ke arah luar tingkap.

"Dia tak cintakan Jim hyung. Jim tahu dia amik Jim sebab terbayangkan bekas kekasih dirinya."

"Jimin. Yoongi tak macam ni tau dengan Minra dulu. Aku yakin dia memang..."

"Dahlah hyung...jangan bagi harapan dekat Jim."

TBC

My Story (Yoonmin) End✔Where stories live. Discover now