SIAPA SANGKA?

1.3K 57 40
                                    

Topi keledar ditanggalkan daripada kepala dan disangkut ke side mirror. Dia membetul-betulkan rambut yang sedikit serabai. Collar baju dikemaskan sebelum kaki menapak ke meja makan yang diletakkan di kaki lima restoran.

"Ali, macam biasa!" Dia memekik sambil menarik kerusi untuk duduk.

Lelaki yang dipanggil Ali kemudiannya menjerit kepada pekerja di bahagian dapur restoran.

"Air kosong satu, nasi putih satu, sup kosong satu, telur dadar satu!"

Sebaik sahaja hidangan sampai, tak toleh kiri kanan, dia meneguk rakus air di dalam gelas.

"Ali, satu lagi!" Dia menunjukkan gelas yang berisi suku air.

"Wei Jo, mengular je kau ni!!!"

Tersembur nasi yang sedang dikunyah apabila bahunya ditepuk secara tiba-tiba.

"Aduh boss, apa ni? Mana ada saya mengular. Ni kan waktu lunch. Lapar la. Duduk la boss, order je apa boss nak. Boss bayar sendiri..."

Suapan diteruskan. Tidak dihiraukan lelaki di hadapan yang sedang menarik kerusi untuk duduk.

Ali tiba membawa segelas air kosong dan mengambil order daripada lelaki di hadapannya.

Jo tersandar kekenyangan setelah hidangan tadi dilahap sehingga licin pinggannya. Sekotak rokok di kocek seluar dikeluarkan dan diletak ke atas meja, lighter dihidupkan namun seketika kemudian dia membatalkan niatnya.

Boss di hadapannya bukan seorang perokok. Malah, tanda larangan merokok yang ditampal pada dinding restoran mengingatkannya kepada jumlah wang ringgit yang akan dikeluarkan jika ketangkapan merokok di kawasan larangan.

"Boss, saya chow dulu la. Sini tak leh sap kok."

Dia melaung nama Ali sambil mengibarkan duit lima ringgit ke udara.

"Takpe, aku bayar. Lepas sap kok nanti kau naik atas ambil sampul biru atas meja aku, hantar kat Mustapha Kamal Holdings. Jumpa dengan Kak Laila."

"Orait boss. Gerak lu, pape roger."

Lelaki yang dipanggil boss sekadar menunjukkan simbol 👌sambil meneruskan suapan.

***

Kau ada berapa bang?"

"Dalam ASB aku ada 1K je. Kau?"

"2K. Takpe la bang. Aku cuba buat loan dengan boss aku."

"Jo, kau okay ke kalau kita mengalah je? Aku tak rasa maklong nak bertolak ansur lagi. Dah lama dia minta kita bayar duit tanah tu. Daripada mak hidup lagi, sampai la mak dah meninggal. Aku rasa kita mengalah je la."

Rokok yang tersisip di bibir disedut perlahan, kemudian dia membuka mulut membiarkan asap berkepul-kepul di udara. Jo segera mengibas-ngibas asap tersebut apabila terdengar Fahmi terbatuk sebaik sahaja asap rokok menerpa ke wajahnya.

Wajah satu-satunya abang yang dia ada itu kelihatan runsing memikirkan perihal tanah yang masih terhutang dengan kakak kepada arwah mak mereka. Jo menarik nafas dan melepaskannya perlahan.

"Bang, aku taknak give up. Kau tak ingat ke mak pesan, kita kena pertahankan tanah tu tak kira walau apapun yang berlaku?"

"Mana nak cari lagi 17K? Jual kancil aku dengan motor kau tu, baru dapat berapa je Jo? Kalau la bulu-bulu kat badan aku ni laku, dah lama aku cukur, jual sekilo 10K."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 30, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CERITERA HATIWhere stories live. Discover now