Selepas dia mengalunkan azan di MASJID AL FATIH,masjid besar keluarganya, bondanya terus datang mendakap tubuhnya dengan wajah yang terharu dan bahagia..
"Subhanallah sayang,anak bonda TENGKU MUHAMMAD RAYYAN AL FATIH..bonda bangga dengan Rayyan..Terima Kasih sebab sudi tunaikan permintaan bonda sayang"ujar bondanya iaitu PERMAISURI SITI AISYAH AZIZAH
mengalir air mata ,terharu seorang ibu melihat anaknya mengalunkan azan dengan tenang dan merdu untuk memenuhi permintaannya..kalau orang lain mungkin dah terketar-ketar kerana di suruh azan di khlayak ramai..
"Bonda apa ni Ray tak nak tengok air mata bonda mengalir macam ni..Ray tak suka"lembut sahaja bicara si PUTERA MAHKOTA sorang ni
Tersenyum sahaja dia melihat keletah bonda kesayangannya itu..kononnya sedih dan akan merinduinya setelah dia berangkat ke London untuk sambung pelajarannya
"Alah bonda kamu tu semua benda di boleh menangis....kaki drama saja permaisuri kita ni"mencebik si suami melihat isterinya beria menangis ...
sempoi saja si RAJA itu menyampuk perbualan si anak dan si isteri ..membulat mata bonda di gelar kaki drama oleh ayahnya...
"TUANKU SULTAN RAFIE AL FATIH..."meleret saja Bonda Aisyah memanggil nama si suami..
Baru bonda aisyah mahu menyambung ayatnya sudah ditahan oleh Raja Rafie.."Sayang nanti abang buatkan pavlova ye"lembut saja Raja Rafiee memujuk..tahu sangat Raja Rafie cara nak pujuk bonda Aidyah
Makin galak Tengku Rayyan gelak melihat pergaduhan manja didepan dia...
"Ayah bonda,selalu sangat manja-manja macam ni lah saja je buat Ray cemburu"sampuk Tengku Rayyan..makin cebik bibirnya melihat tangan bondanya sudah pun berada di genggaman ayahnya ,Raja Rafie.
"Dah tu kahwin lah"perli bonda Aisyah
'saje je tau buat aku macam ni...paiti'muncung bibir Tengku Rayyan bila bicara soal kahwin
"Dah..dah jangan nak tambah drama..buat pening kepala ayah je"Bebel Raja Rafie
'ceit..ayah dengan bonda yang buat drama romantik depan rakyat-rakyat KINGSLAND...dia pula yang kena'Bebel Rayyan mencebik bibirnya
"Ampun Tuanku ..Raja Rafie ,Permaisuri Aisyah,Putera mahkota..terima kasih sudi singgah dimasjid dan melaungkan azan di sini..patik amat berbesar hati dengan kedatangan Tuanku kemari..Dan merdu sungguh launggan azan Putera mahkota sebentar tadi.."ujar Habib ketua masjid yang berada di situ..
"Allahu Habib Hamzah..saya pon nak berterima kasih sebab terima kedatangan saya last minutes,dan jangan lah bertuanku tuanku..saya dah anggap habib macam ayah saya..nanti jemputlah datang ke istana saya ya..sudah lama saya mahu menjemput habib"balas Raja Rafie merendah diri,dan memeluk Habib Hamzah.. lagipun walau dia berpangkat raja dia masih hormat dengan habib yang selalu mengajarnya mengaji dan diajar mendalam tentang islam sewaktu dia kecil
Dia terlalu rapat dengan Habib Hamzah..dialah orang pertama yang Raja Rafie rapat suatu ketika dulu..Raja Rafie dengan beraninya datang mendekat dan meminta supaya Habib Hamzah lah yang mengajarnya solat ketika Raja Rafie berumur 4 tahun..Dan sekarang Masjid yang bernama MASJID SULTAN AL FATIH dihadiah kan kepada Habib Hamzah sebagai tanda terima kasih
Tengku Rayyan yang melihat hanya tersenyum...Dia bangga kerana mengidolakan ayahnya ..kerana walau ayah nya itu seorang raja tapi jika dipandang dari sisi lain ..ayahnya itu selalu meletakkan diri nya seperti rakyat-rakyat biasa tidak suka membesar-besarkan pangkat tuanku..tapi bila dah jadi raja apa boleh buat..Raja tetap Raja..
YOU ARE READING
GADIS MISTERI MR.KING
Randomkerana satu tuduhan ,si gadis tersebut di hina,dicaci ,dibuang oleh keluarga mak cik nya iaitu adik kepada ibunya yang telah mengasuh dirinya sejak umur 10 tahun ..walau di buat seperti orang gaji dan sering di seksa dirumah itu dia masih bersyukur...