BAB 24
Imran berhenti seketika di Petronas Petrol Station untuk menghilangkan rasa lelahnya. Penat drive ler tu...
"Yang, abang nak masuk dalam sekejap. Nak beli air. Sayang nak apa-apa tak?" Tanya Imran kepada isteri tercinta.
Yana sekadar mengelengkan kepala sahaja.
"Okay. Abang pergi sekejap, ya." Imran terus berlalu pergi meninggalkan si isteri sendirian di dalam kereta.
Sambil menunggu encik suami, sambil dia melayari laman sosial facebook. Hmm... Isu apa yang menarik hari ni, ya? Scroll punya scroll, dia terjumpa pulak dengan satu artikel ni.
'Semalaman Arwah Amir dalam tong biru tu! Sampai kembang mayat. Ya ALLAH... Memang tak punya hati. Kejam!'
Link yang disediakan segera dibuka untuk membaca kisah selanjutnya.
Mood yang sedia baik terus bertukar tak baik apabila dia selesai membaca artikel tersebut.
"Mak kandung jenis apa kau ni, haa? Sanggup kau dera anak sendiri. Bangang betullah! Kalau kau tak reti nak jaga, kau biarkan jerlah mak angkatnya yang jaga. Hmm... Sampai mati budak ni kau kerjakan. Grrr..." marah Yana.
Aplikasi facebook itu terus ditutupnya. Tak sanggup nak tengok lagi. Disebabkan ini isu yang paling hangat, maka ramai kawan-kawan facebooknya duk kongsi artikel yang sama. Sakit hati tau...
Ketika dia sedang hanyut melayan perasaan, encik suami pun muncul.
"Dah kenapa dengan muka tu? Berkerut jer abang tengok. Ada masalah ke sayang?" Tanya Imran, ingin tahu.
Yana mengeluh lemah. "Tak adalah. Yana cuma geram jer, bang."
"Geram? Abang bukannya lama pun kat dalam tu. Sekejap jer, kan. Takkan itu pun sayang nak geram." Kata Imran pulak.
"Yana bukannya geram dekat abanglah. Yana geram kat ni, haa..." Telefon bimbitnya itu terus diberikan kepada encik suami.
Imran terpinga.
"Abang tengoklah dekat facebook Yana tu. Ramai yang duk share pasal satu artikel ni. Itu yang buat Yana geram tu. Huh! Okaylah. Yana nak pergi toilet sekejap." Yana terus melangkah keluar dan segera menuju ke arah toilet.
Telefon bimbit si isteri di pandang dengan dahi yang berkerut seribu. Aplikasi facebook dibuka. Hmm... Artikel apa, ya? Scroll, scroll dan terus scroll, akhirnya dia jumpa jugak artikel yang dimaksudkan oleh isterinya itu. Link yang disediakan seger dibuka dan dibaca dengan penuh tekun.
Imran mengeluh, lemah. "Patutlah bini aku berangin..." monolognya, perlahan. Aplikasi facebook itu terus ditutupnya.
"Peewittt..."
Yana mengerling sekilas ke arah lelaki muda yang berada di atas motorsikal RXZnya itu. Jelingan maut diberikan kepada lelaki muda tersebut.
Lelaki muda itu menyengih macam kerang busuk.
"Hey, bro! Awek tu bagi respon dekat lu der. Apa lagi? Pergilah." Suruh lelaki muda, berbaju belang itu. Mungkin kawannya.
Tanpa membuang masa, lelaki muda itu terus berlalu pergi menuju ke arah tandas awam.
"Kau orang nak bet dengan aku tak? Aku yakin sangat yang dia akan dapat perempuan tu. Percayalah!" Katanya dengan penuh confident.
"Takkan dapat punyalah..." kata lelaki muda, berambut perang itu.
Yana mempercepatkan langkahnya apabila terasa dirinya diikuti oleh seseorang dari belakang. Huh! Mesti mamat tadi ni... Haish! Budak kutu rayau memang macam ni ke perangainya??? Grrr... Pintu toilet segera ditolak lalu dia cepat-cepat meloloskan dirinya ke dalam toilet. Fuh! Selamat...
YOU ARE READING
Isteriku, kakak kawasan 2
ActionDia ganas... Dia kasar... Tapi dia juga... Seorang isteri yang penyayang